Alhamdulillah. Amri, anak sulong saya yang bersekolah di Sekolah Ulul Albab masih dapat mengekalkan prestasi yang baik dalam akademik. Syukur kerana pilihan kami menempatkan Amri di sekolah ini bukan satu kesilapan, malah menjadi kebanggaan buat kami sekeluarga.

Pilihan Terbaik, Kekalkan Amri di Sekolah Ulul Albab

Amri berjaya kekal prestasi di TMUA
Bila kenangkan balik, memang ketika Amri menerima tawaran ke sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA), fikiran kami agak berbelah-bahagi. Bukan apa, risau takut Amri tak dapat nak 'ikut' silabus yang ketat di sekolah yang menitik-beratkan hafazan Al Quran dan pengajian agama.

Mungkin ada yang pernah baca sebelum ini, saya menceritakan bagaimana isteri saya dan Amri mengalirkan air mata di minggu pertama persekolahan kerana 'culture shock' yang perlu dihadapi.

Memang perit untuk dihadapi pada awal-awal persekolahan.

[Baca Dah?] Cabaran Hebat Belajar di Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab KPM

Mana tidaknya, kena bangun pagi seawal jam 4:00 pagi untuk memulakan persekolahan. Jadual pembelajaran pula ketat dan hampir tiada masa waktu berehat kecuali sabtu dan ahad.

Saya boleh katakan jadual belajar di Sekolah TMUA adalah lebih mencabar jika nak dibandingkan dengan jadual waktu sekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kalau anda tengok jadual belajar pelajar TMUA ni, tentu akan rasa senak dan bimbang anak-anak (jika ada) tak mampu nak handle.

Tapi itulah, saya sebagai bapa tentunya mahu yang terbaik untuk Amri.

Sebagai seorang bapa, saya cuba yakinkan bahawa pilihan yang telah dibuat adalah pilihan terbaik, bukan sebab kerana saya lebih cenderung inginkan anak-anak mendalami ilmu agama di sekolah rasmi, tetapi saya mahu anak-anak saya melengkapkan diri dengan sahsiah terbaik untuk hadapi masa depan yang makin hebat dugaannya.

Bayangkan.

Takut Dengan LGBT Menerpa Masyarakat

Jika dulu kita tak nampak masalah seperti LGBT seperti sekarang, tetapi kini ia seolah terlepas daripada halangan taboo masyarakat dan juga agama, sehingga ia menjadi satu perkara yang tidak kisah disebar-luas dalam masyarakat.

Malah, terdapat gologan ini yang secara terang-terangan mengaku sebagai kaum LGBT yang dah sah melanggar hukum fitrah manusia normal dan juga agama Islam. Tak tahu malu malah berbangga.

Baginda S.A.W pernah bersabda: Antara perkara yang paling aku takuti berlaku kepada umat aku ialah apabila mereka melakukan seperti perbuatan umat Nabi Lut. (HR al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Itu sebabnya saya takut, dan mahu anak-anak dijauhkan daripada perkara-perkara seperti ini. Fahaman agama mesti kuat. Kena mula dari saat mereka masih belum keluar mengenal dunia.

Cara paling baik adalah membolehkan mereka mendampingi Al Quran. In Sha Allah, Amri yang kami tempatkan di sekolah Ulul Albab akan dapat menjadikan Al Quran sebagai pedoman hidupnya bila lebih dewasa kelak.

Daripada Anas r.a., Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.” 
Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (H.R lbn Majah)

Amri berjaya kekal prestasi di TMUA
Amri berjaya kekal prestasi di TMUA
Alhamdulillah, tahun ini .. Amri berjaya mendapat tempat kedua secara keseluruhan untuk tingkatan dua (batch kedua) program TMUA. Amri juga berjaya menjadi pelajar terbaik untuk matapelajaran Geografi selain tempat pertama di kelasnya.
Pelajar terbaik tingkatan 2 TMUA Sekolah Agama Nibong Tebal
Senarai pelajar cemerlang tingkatan 2 TMUA Nibong Tebal
Walaupun, Amri kekal menjadi top 3 terbaik di sekolah, pencapaian Amri masih belum sehebat rakan sekolahnya yang kekal menjadi top 1 keseluruhan tingkatan dua iaitu Ain Suffiyah Binti Rossaffie. Malah, sejak dari tingkatan satu lagi, kehebatan pelajar perempuan ini sukar digugat.

Saya bangga dengan apa yang telah dicapai oleh Amri, malah sekolah TMUA ini. Sekolah yang menempatkan Amri bukan sekadar mempunyai pelajar yang cemerlang dan hebat, tetapi telah berjaya melahirkan tokoh dihormati dalam masyarakat.

Pelajarnya bukan setakat hebat dalam akademik dan hafazan, tetapi juga kegiatan kurikulum yang lain seperti kawad kaki, renang dan memanah.

Semoga Amri dan anak-anak TMUA yang lain akan kekal menjadi pelajar cemerlang dan terbaik, dengan asas kukuh dalam hafazan serta pemahaman Al Quran. Agama sebagai benteng diri dalam menghadapi hiruk-piruk kehidupan masyarakat yang sudah nampak semakin jauh dari agama.

Allahu Akbar. Moga Allah permudahkan segalanya.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah, semoga terus sukses 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah .. mudah-mudahan dengan doa rakan-rakan pembaca blog ini, Amri akan dapat kekalkan kecemerlangan dalam bidang ini.

      Delete
  2. betul masalah LGBT and masalah sosial lain yg buatkan saya pun antar anak masuk sekolah rendah integrasi....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, bijaknya amri. Semoga terus sukses !

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah. Nak istiqomah selalu. Tak boleh lalai dalam bab didikan agama khususnya.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement