Saya pun tak terkecuali. Memang teringin nak tahu bagaimana rupanya udang galah viral dengan harga seringgit seekor ini. Memang teringin nak beli udang galah seringgit seekor ni.
Merasa Udang Galah RM1 Seekor Dari Terengganu
Nak dijadikan rezeki, Allah S.W.T temukan saya dengan seorang peniaga yang menjual udang galah ini di tepi jalan menuju ke Econsave Parit Buntar. Peniaga wanita, hanya jual udang ini dalam bekas polesterin.Asalnya, saya bawa emak saya jalan-jalan cari buah. Emak saya teringin nak mencari buah untuk cucu-cucunya. Jadi, saya pun bawalah emak saya ronda-ronda di satu petang.
Setelah dapat beli buah cempedak dan buah rambutan, saya pun singgah di satu gerai payung tepi jalan. Car boot sale gitu .. buka bonet, letak meja dan letak barang nak jual. Barang nak jual tu adalah Udang Galah RM1.
Saya belek dua bekas polesterin. Satu udang galah yang bersaiz agak besar, dan satu lagi bersaiz sederhana. Harganya RM1 dan RM1.50 seekor.
"Dik .. apa beza dua udang ni?" tanya saya.
"Ni besar sikit bang, tu sebab RM1.50 seekor" kata wanita tu.
"Segar ke ni?" tanya saya.
"Baru sampai pagi tadi ni bang .. terus jual sini ... " kata wanita tu.
"Baru sampai dari mana?" tanya saya lagi.
"Dari Kuala Terengganu ... " jawabnya.
Teringin Nak Beli Bila Masuk Berita
Aha .. memang betullah udang galah viral harga RM1 ni datangnya dari Terengganu. Memang sebelum ini pernah tular dua gadis menjual udang galah dengan harga seringgit semasa bulan puasa hari tu sampai masuk dalam akhbar.Masa saya baca berita pasal udang galah RM1 di Terengganu tu, saya kata dalam hati .. "bestnya kalau boleh beli udang galah murah macam ni ..."
Ni la gambar awek jual udang galah yang dipaparkan di akhbar masa bulan puasa hari tu. Udang galah yang dijual tu datangnya dari seorang pemborong di Besut, Terengganu.
Tup tap ... udang galah viral harga seringgit dari Terengganu ni dah ada di tempat saya.
Uhh apa lagi, saya pun belilah dalam 12 ekor .. cukup RM12. Emak saya bayar .. haha.
Bawa balik rumah. Terus saya snap nak kongsikan gambar udang galah viral ni kepada isteri. Seronok isteri saya sebab nanti boleh jamu anak sulong kami (Amri) yang memang gemar makan udang galah ni.
Beli Sebagai Habuan Kepada Anak Cemerlang Exam
Nak jamu beri makan kat Amri sebab berjaya dapat tempat pertama dalam peperiksaan baru-baru ni. Kasik habuan gitu ... hehe.[Baca] Anak Saya Amri Kekal Cemerlang di Ulul Albab
Boleh tahanlah saiz udang galah RM1 ni. Memang saiz yang sesuai untuk hidangan. Kata emak saya, saiz macam ni memang sedap nak digoreng. Kalau besar sangat, isinya mungkin terlalu kenyal dan keras, kurang berjus gitu.
Udang galah ni sedapnya dibuat gulai masak lemak cili api. Tetapi sebab ianya udang yang masih dikira segar, maka saya simpan untuk dibuat goreng rempah bila Amri balik dari asrama.
[Baca] Resepi Udang Galah Goreng Sempoi
Tips Simpan Udang Galah
Kalau nak simpan udang galah supaya kekal segar .. hanya buang taiknya dan terus simpan dalam freezer. Jangan dibasuh. Letakkan dalam bekas atau plastik lutsinar.Bila nak makan, baru dibasuh dengan bersih.
Merasa juga kami sekeluarga makan udang galah viral harga RM1 dari Terengganu. Ingatkan kena ada kat Terengganu je boleh dapat udang galah ni, rupanya udang ni dah merata boleh dijumpai.
Menurut penjual tu, udang galah dari Terengganu ni dihantar dalam kotak, menerusi bas ekspress. Bukan macam hantar guna lori ikan tu. Kiranya, udang tu pagi ditangkap dari kolam, petang tu dah mula dihantar kepada penjual/peraih serata Malaysia.
Tempat anda ada ke jual udang galah viral harga seringgit seekor ni?
Tak berani beli, baru ni masuk berita ada org beli udang rm1 sekor bila makan habis bengkak gatal muka sbb kayanya udang ni dtg dari thailand dan terlebih taruk formalin.
ReplyDeleteYa, saya pun tahu isu tu. Tapi alhamdulillah, kami makan udang galah ni .. semua ok je. Tak ada rasa gatal atau alahan.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.