Cara Membuka Akaun Adsense Lebih Daripada Satu
Ya. Sebenarnya boleh je anda nak buka lebih daripada satu akaun Adsense. Lagi-lagi jika anda nak asingkan pendapatan Adsense tersebut menerusi beberapa blog yang berbeza niche.Cumanya, saya suka nak nasihatkan ... teknik mendapatkan lebih daripada satu akaun Adsense ini tidaklah digalakkan. Tapi, ia tidak menjadi satu kesalahan dari segi terma dan syarat Adsense, dan sebenarnya Adsense benarkan anda untuk buka akaun lebih dari satu, terutama untuk asingkan antara website peribadi dengan website perniagaan.
Jika anda refer pada support Adsense ini - SINI, tiada larangan khusus untuk anda buka lebih dari satu akaun Adsense.
Tapi ia lebih galakkan anda (jika nak buat lebih satu akaun Adsense), membezakan dua akaun Adsense tersebut kepada 'individual' dengan 'business'.
Kenapa Google Adsense minta anda bezakan?
Sebab anda perlu hantar penyata cukai atau berikan nombor cukai kepada Adsense. Ia supaya anda boleh claim kepada kerajaan (jika ada) sebarang pengecualian cukai.
Orait.
3 Teknik Untuk Buka Akaun Adsense Tambahan
Katakan anda mahu buka satu lagi akaun Adsense. Apa perlu anda buat?Mudah sahaja.
Google Adsense sendiri ada beritahu .. hehehe...
Cara Pertama
- Daftar akaun Adsense baru dengan menggunakan email baru (yang juga gmail).
- Untuk website, masukkan url blog baru anda dengan domain sendiri.
- Anda boleh pilih samada gunakan untuk individual atau business.
Cara Kedua
- Daftar akaun Adsense menerusi Youtube.
- Anda tidak perlukan blog untuk tujuan ini. Anda boleh sahaja mendapatkan akaun Adsense anda dengan syarat, saluran YouTube anda punyai lebih 1000 subscribers dan sudah melebihi had paparan minima (views) yang ditetapkan untuk monetization.
Cara Ketiga
- Unlink atau buang blog yang ada Adsense dari senarai website dibenarkan di dashboard (mesti domain sendiri).
- Daftar akaun Gmail baru, dan ambil-alih ownership pada blog yang dah kena unlink tu.
- Daftar Adsense baharu dengan menggunakan link blog tersebut.
Aha... sekarang anda dah tahu.
Ini antara cara yang telah saya gunakan, dan memang anda boleh dapat satu akaun Adsense yang baru.
Ni bukti ... dua akaun Adsense yang berbeza .... satu akaun tu ditunjukkan id Adsense (baru) bagi membezakan dua akaun Adsense berbeza, satu lagi tak tunjuk sebab ia akaun Adsense lama saya.
Oh ya, ada satu langkah penting yang harus anda tahu bila memohon akaun kedua Adsense ini.
Penting! Kena Pastikan Butiran Ini Berbeza
Menurut Google Adsense support team, jika mahu mendapatkan akaun Adsense berbeza, perkara ini perlu dipastikan:- Nama penerima bayaran mesti berlainan - Saya cadangkan anda letaklah nama isteri, anak dan gunakan akaun bank mereka untuk penerimaan bayaran. Jika ia akaun untuk business, maka letakkan nama perniagaan anda dan akaun perniagaan anda.
- Alamat berlainan - Anda tentu tidak mahu surat id pengesahan Google tiba ke alamat lain, jadi buat cara berikut .. jika dalam akaun Adsense pertama, anda tulis alamat seperti Jalan Pertiwi 1, maka untuk akaun baharu, anda tulislah alamat menjadi Jln Pertiwi Satu.
Sekali lagi saya suka nyatakan, pihak Team Adsense tidak mengganggap ia satu kesalahan, namun tidak digalakkan.
Kenapa mereka tidak galakkan anda ada lebih daripada satu akaun?
- Sebab sukar nak pantau dari segi performance iklan.
- Prinsip satu akaun untuk semua servis Google.
Daripada pengalaman saya mempunyai akaun Adsense sejak 2007, adalah lebih baik anda dapatkan dua akaun Adsense untuk blog/website dan untuk YouTube.
Ia bakal mempengaruhi kadar CPC dan CTR yang penting dalam Adsense.
[Dah Tahu?] Senarai 101 Syarikat Iklan Untuk Blog/Website
Ok.
Harap sedikit perkongsian ilmu berkaitan Adsense ini akan bantu rakan-rakan blogger yang mahu menjana income USD menerusi blog masing-masing.
Jika belum ada akaun Adsense penuh, boleh dapatkan Panduan Adsense yang kini dijual dengan harga diskaun. Nak tempah? Terus ke link ini untuk kod diskaun khas - Diskaun Khas Panduan Adsense Revive
Semoga berjaya.
Info bermaanfaat..
BalasPadamSaya punya adsense sampai sekarang tak lulus lagi..hehehehe
Masih setia menunggu..tak tau kenapa ..
terima kasih, dah lama ternanti artikel ni
BalasPadamThank you for the info bro...
BalasPadamnice info..., ini adalah artikel yang saya cari selama ini
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.