Selamat Hari Raya Qurban. Kawasan anda ada buat ibadah Qurban/Korban tak? Kalau ada, anda tentu nak tahu cara nak simpan daging korban tu untuk tempoh yang lama kan? Saya tahu mesti ada yang dapat daging berkilo-kilo sempena Hari Raya Qurban ini.

Mustahil sekali kalau nak dijamu kesemuanya untuk keluarga. Jadi, nak tak nak kenalah simpan juga separuh dan jadikan stok daging di rumah. Lagi-lagi kalau saiz keluarga agak kecil dan bukan semua ahli gemar makan daging.

Tips & Cara Betul Menyimpan Daging Korban

Tips untuk simpan daging segar agar kekal kualiti dan tahan lama
Untuk itu, kena tahulah cara betul untuk menyimpan daging tersebut supaya ia kekal sedap, terasa segar, kekal kualitinya dan paling penting boleh tersimpan untuk tempoh yang agak lama.

Menerusi FB Chef Mawi, beliau telah berkongsi kaedah penyimpanan daging yang betul yang patut dicuba, lebih-lebih lagi ketika banyak korban dilakukan.

1. Elak Cuci Daging Korban/Segar Sebelum Disimpan

Jangan basuh daging untuk pastikan kekal tahan dan berkualiti
Sebelum disimpan, daging korban yang segar jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, dikhuatiri kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging seterusnya merosakkan kualiti daging tersebut.

Mencuci daging hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.

2. Simpan Daging Dalam Kuantiti Kecil ke dalam Sejuk Beku (Freezer)

Cara Betul Simpan Daging Dalam Peti Ais Supaya Tahan Lama
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan (2-4 kg) di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja. Biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. In Sha Allah daging korban yang segar tadi dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.


3. Elak Terus Simpan Daging ke Dalam Ruang Sejuk Beku

Sebelum disimpan di dalam freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

[Dah Baca?] Resepi Mudah Daging Masak Hitam Kashmir

4. Elak Cairkan Daging Beku Guna Air Panas

Jika hendak memasak daging korban yang telah beku, jangan cairkan ais dalam daging atau daging yang beku tersebut menggunakan air panas!

Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip bersuhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging lembut dan ais cair, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

5. Guna Plastik Lutsinar

Jangan guna plastik warna hitam kerana ia adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Sebaiknya gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal.

[Baca Juga] Haram Daging Qurban/Korban Dijadikan Upah Untuk Penyembelih

Dapat ilmu dan tips dapur yang super simple ini untuk kekalkan kesegaran daging korban? Aha, jangan lupa untuk kongsikan dengan yang lain ya.

Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya, in Sha Allah.

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tuan, tips dia sama juga dengan ikan dan ayam sebenarnya.
    Seeloknya kalau beli ikan dan ayam, jangan di cuci, terus masuk dalam bekas ikut kuantiti dan masyk dlm freezer.
    Kecuali udang, kalau nak kekal kesegaran, di cuci, letak air dlm bekas dan letak gula dan masuk dlm freezer. Nak guna hanya letak di luar saja, tak payah di rendam.

    Saya dr dulu buat macamtu, tips dr atuk cina saya hehehe.
    Ikan ayam pun sama, hanya buang taik, kemudian masuk dalam bekas tanpa di cuci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh terima kasih kerana sudi kongsi TIPS TAMBAHAN ini. In Sha Allah akan dipraktikkan nanti.

      Delete
  2. setakat ini saya belum lagi rasa daging korban

    stok tak dapat lagi tahun ini..

    in shaa Allah tahun hadapan nak menyumbang 1 bahagian agar dapat juga merasa daging korban..

    kalau daging yang dah dimasak..selalu la jugak

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas tips ini. saya selalu buat pekasam je. hihi

    ReplyDelete
  4. TQ SHARE...bnyk daging dh peti tu..huhuh

    ReplyDelete
  5. Tips yg sangat bagus, saya baru tahu tips yang last tu

    ReplyDelete
  6. baru tahu pasal tak payah cuci dulu tu..alhamdulillah, info yang bermanfaat..daging korban saya masih dalam peti sejuk beku..ingat nak masak tomyam daging lah nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement