Semasa sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, isteri saya telah jumpa cara paling mudah nak masak dan menikmati lemang sendiri di rumah. Tak perlu susah-susah nak cari orang jual lemang di tepi jalan... huhu.
Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
Saya fikir tentu ramai dah tahu tentang Lemang Segera. Ia dijual dalam bentuk pek samada seperti Ketupat Segera. Ada pelbagai jenama, tetapi yang paling terkenal dan sering menjadi pilihan pengguna adalah jenama Adabi dan juga Nona.
Perghhh Lemang Segera tu. Memang dasyat perkembangan teknologi makanan sekarang.
Kali Pertama Buat Lemang Segera Sendiri di Rumah
Ini merupakan kali pertama isteri saya beli lemang segera ni. Kalau ikut kebiasaan, kami akan beli lemang 'segar' kat Kampung Kedah, salah satu lokasi popular di area Parit Buntar kalau nak makan lemang ni.Jika di tepi jalan, orang jual lemang bakar dengan harga sekitar RM8 hingga RM12 sebatang. Ada sesetengah tempat pula, lemang dijual sehingga mencecah RM18 sebatang. Ia bergantung pada saiz dan juga jenis lemang, macam lemang jagung, lemang pulut merah dan macam-macam lagilah.
[Dah Baca?] Cara dan Tips Memasak Lemang Menggunakan Air Fryer
Saya dan ahli keluarga lain memang suka makan lemang. Itu sebab isteri saya beli Lemang Segera untuk mencuba masak sendiri di rumah.
Bukan apa, pernah beli lemang tepi jalan tapi isinya mentah dan tak berapa sedap, sampaikan kena buang begitu sahaja. Ada tu mudah sangat jadi basi sehingga tak boleh lagi dimakan. Membazir tu.
Jadi, nak cubalah pula Lemang Segera.
Bagaiman Cara Masak, Apa Rasa Lemang Segera Ni?
Cara masak Lemang Segera ni taklah susah mana pun. Hanya rebus dan masukkan sahaja santan kelapa. Dah ada peket santan segera dalam pek Lemang Segera ni pun .. gunakan sahaja. Cumanya, kalau rasa nak lebih lemak berkrim, boleh je tambah sedikit santan segar.Lemang yang dimasak di rumah ni, anda tak perlu gunakan kayu api, tak perlu nak jaga api kecil atau api besar, dan tak perlu susah-susah nak terbalik-terbalikkan macam membakar lemang asli.
Hmm .. sedaplah juga.
Rasanya macam lemang biasa kita makan tu, tetapi ia mungkin tak sesedap lemang asli yang dibakar. Yelah, tak ada nak sukat garam, tak ada nak sukat santan .. jadi rasanya tu tak boleh nak adjust sangat macam kita membuat lemang asli tradisional.
Dengan menggunakan Lemang Segera, boleh jimat masa... tu je. Ia memudahkan kerja dan paling penting, ia boleh dijadikan hidangan cepat bila lemang dicari kat tepi jalan tu tak dijumpai atau dah habis dijual.
Nak bawa pek lemang ni pun mudah, boleh menikmatinya ketika berkhemah atau pergi jalan bercuti ke mana-mana.
[Baca Juga] Resepi Rendang Ayam yang Mudah & Sedap
Kalau nak cuba masak lemang sendiri di rumah, bolehlah try pek Lemang Segera ni. Ada je jual kat pasaraya dan kedai runcit.
Nak beli online di Shopee dan Lazada pun ok .. ada je jual.
lagi mudah wat yg segera ni kan,
BalasPadamkat sini lemang dalam rm10 rm12 bergntung pada size.huu
Tu la pasal. Zaman sekrang sbb susah nak cari buluh lemang, tu sebab lemang bakar agak mahal harganya.
Padambaru pertama kali dengar..
BalasPadamyang penting boleh dimakan..
sedap atau tidak soal kedua la jika keadaan tidak mengizinkan
Tiap kali raya mesti kita masak lemang gini je..
BalasPadamAda juga membeli yang batang..
Nanti Tuan cuba yang palas pulak, keluaran adabi gak, pun senang dan mudah...
Hmm lama dah tak makan ketupat daun palas. Kalau raya, selalunya emak saya yang buat. Nanti nak carilah ketupat palas segera. Terima kasih ye sbb tambahkan info.
Padamsaya bab pulut kurang sikit, tapi bila teringin makan juga, sakit perkara kedua...
BalasPadamOhh tak tahan makan pulut ye? Hmm memang kadangkala kalau banyak makan pulut mcm lemang ni boleh buatkan sebu dan pedih ulu hati.
PadamUlasan baru tidak dibenarkan.