Saya memang suka memasak. Apabila ada kelapangan di rumah, saya akan masak beberapa resepi kegemaran saya. Antara menu resepi kegemaran paling mudah untuk dilakukan di rumah adalah resepi Tum Yam atau Tom Yam.

Cara Mudah Masak Resepi Tom Yam Asli dan Original Thai

Cara Mudah Masak Tom Yam Original Thai yang Sedap
Menu resepi Tom Yam tak macam dulu. Sekarang, dah ada cara mudah nak masak Tom Yam yang sedap dan juga original... hehe. Lelaki macam saya memang suka cara masak macam ni, sebab tak rumit dan boleh dipelbagaikan.

Jika saya nak masak Tom Yam cara mudah, saya akan dapatkan pes tom yam yang banyak dijual di kedai dan pasaraya. Apa ada hal .. hanya gunakan pes, saya masukkan sahaja di dalam air mendidih dan kemudian masukkan bahan-bahan lain.

Biasanya, saya akan masak Tom Yam jika ada udang segar.
Udang Segar untuk Masak Tom Yam Asli Original
Baru-baru ini, isteri saya beli sekilogram udang yang segar dari ladang. Harga sekilogram adalah RM22 je. Cukup murah kalau nak dibandingkan dengan harga udang di pasar.

Saya biasanya dapatkan pes Tom Yam jenis botol. Contoh macam di bawah ini ...
Pes Tom Yam Asli Original
Hmm ... Thai Tom Yum Original. Saya gunakan pes ini dalam suku botol kalau nak masak Tom Yam yang sedap.

Cumanya, kalau nak tambah pedas, saya akan mesinkan cili api dalam 4-5 biji dan campurkan bersama pes ini ke dalam periuk air mendidih.

Selepas dah dikacau sebati, saya akan masukkan udang segar, kek ikan, bebola ikan/ketam/udang, beberapa jenis cendawan, brokoli dan juga serai yang dah diketuk. Jika ada sotong, saya akan tambahkan sedikit sotong.
Cara Memasak Tom Yam Sedap Dengan Udang
Kadang tu, saya akan tambahkan tomato untuk lebihkan rasa masam. Untuk lebih rasa original Tom Yam Thai, saya biasanya akan memasukkan daun limau purut. Baru ada bau wangi Tom Yam original .. hehe. Nak makan pun tambah selera gitu.

Mungkin ada yang tak tahu ...

Tom Yam original Thai adalah untuk makanan laut yang ditambah dengan sedikit sayuran.

[Baca] Resepi Tom Yam Asli Satun Siam

Cuma di Malaysia, ada masakan Tom Yam yang dipelbagaikan dengan menambah kepingan daging dan ketulan ayam.

Bila dah ditambah bahan haiwan darat macam ni ... ia dah tak jadi Tom Yam original dah .. huhu.

Pernah try masak resepi Tom Yam dengan ikan Siakap tak?

Aha, cubalah ...  pasti terangkat punya.


Kalau tak ada ikan Siakap, boleh gunakan ikan Jenahak dan juga Pari. Perghhh ... best wooo dapat makan dengan nasi panas. Hirup kuah Tom Yam slurppp je bunyi ... haha....

Terliur tak? Kalau ada rasa terliur, bolehlah masak Tom Yam hari ini .. hanya dapatkan pes Tom Yam macam saya tunjukkan tu untuk rasa Tom Yam Original Thai.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wahh, hebat laa HH rajin masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhh hebat apanya, mudah je nak masak tom yam ni. Ada rahsia kalau nak buatkan kuah tom yam pekat dan tambah kaw .. nanti saya kongsikan.

      Delete
  2. Mengundang betulllah hehe..lama yak makan tom yam

    ReplyDelete
  3. lagi mudah kalau ada pes yang sudah disediakan..

    dah tak perlu pergi kedai makan untuk makan Tom Yam

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement