Cara Ketahui dan Semak Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini
Selain untuk tujuan membida nombor pendaftaran kenderaan baharu, anda juga boleh buat semakan mengenai apakah nombor plet kenderaan terbaru bagi setiap negeri di Malaysia. Kemudahan semakan ini disediakan oleh portal Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ.Biasanya mereka yang ingin tahu info tepat berkaitan nombor plet pendaftaran terkini kenderaan adalah mereka yang ingin menempah kenderaan baharu.
Aha, sejak dua tiga bulan ini, ramai rakyat Malaysia yang beli kereta baru. Almaklumlah, kadar GST adalah berkadar 0%, ia merupakan bulan tanpa cukai GST untuk harga kenderaan Malaysia. Siapa yang nak beli kenderaan baharu, memang inilah masa paling tepat untuk melakukannya.
Dalam proses nak beli kenderaan baru tu, salah satu yang penting ialah mendapatkan nombor pendaftaran terkini dari JPJ.
Buat sesetengah orang, mereka ada kehendak sendiri untuk mendapatkan nombor plet yang unik bagi kereta baru mereka.
Ok.
Langkah-Langkah Buat Semakan Plet Kereta Terkini Online
Bagaimana nak tahu atau semak nombor pendaftaran kereta terkini kenderaan?- Terus ke laman web JPJ ini - http://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkini
- Pilih negeri yang diinginkan.
- Masukkan kod sekuriti yang tertera.
- Klik semak.
Hasilnya akan nampak seperti di bawah ini ..
Mudah je kan? Malah, menerusi pautan mySikap, anda boleh terus membeli nombor pendaftaran kenderaan terkini secara online.
Nombor Pendaftaran Terkini Kenderaan Penang, Perak, KL dan Selangor
Ketika saya menggunakan semakan nombor pendaftaran plet kenderaan terkini ini, nombor pendaftaran terkini untuk negeri Pulau Pinang ialah PNN9043, dan Perak ALB9194.Nombor pendaftaran terkini kenderaan untuk Kuala Lumpur adalah VBY1644 manakala untuk Selangor BPP6124.
Sebelum ini, kalau nak tahu nombor pendaftaran kenderaan terkini, kena pergi ke kaunter JPJ, tetapi sekarang dah senang dan mudah, semuanya boleh dilakukan secara online sahaja.
[Iklan] Kereta Sewa Murah Area Shah Alam
Paling best, anda boleh tempah nombor plet pendaftaran kenderaan secara online menerusi mySikap tanpa perlu lagi ke mana-mana cawangan JPJ. Cepat, mudah, selamat dan menjimatkan.
Cumanya, kalau nak buat tempahan nombor plet kenderaan secara online, anda perlu terlebih dahulu mendaftar dengan portal mySikap ini, dan perlu mendapatkan nombor rujukan khas menerusi kaunter mana-mana cawangan JPJ di Malaysia...huhu.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan, terutama untuk mereka yang nak beli kenderaan baharu.
Jangan lupa untuk kongsi ye.
sapa nak beli kereta boleh semak
ReplyDeleteSkarang dah boleh beli nombor plet negeri lain kot .. kan kan
Deleteboleh sangat ..
ReplyDeletemana tahu lepas ini nak angkat satu kereta baharu..
mahu pilih juga nombor yang cantik-cantik supaya sedap mata mata memandang
Nice sharing..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.