Contohnya macam menjadi seorang pemandu Grab. Nak jadi pemandu Grab, perkara paling penting pastilah mempunyai kenderaan sendiri untuk dijadikan kereta Grab, betul tak?
Bagaimana Memohon Menjadi Pemandu Grab di Malaysia?
Kriteria mempunyai kenderaan sendiri bukan satu-satunya syarat untuk menjadi pemandu Grab ini. Ada beberapa perkara lain yang perlu diambil perhatian kalau mahu menjadi pemandu Grab ini.Untuk itu, meh saya kongsikan apakah yang diperlukan atau syarat serta terma untuk memohon dan mendaftar sebagai pemandu Grab di Malaysia.
Syarat-Syarat Untuk Mohon Sebagai Pemandu Grab
- Warganegara Malaysia berumur bawah 70 tahun (kad pengenalan warna biru)
- Memiliki lesen memandu penuh (Lesen P tidak diterima)
- Memiliki akaun bank atas nama sendiri
- Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan dan Bahasa Malaysia
- Kereta yang ingin didaftarkan mestilah tidak tersenarai sebagai Senarai Tak Layak Grabcar
- Kondisi kesihatan yang baik, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan (untuk umur antara 50 - 69 tahun)
- Tiada masalah kesihatan yang akan menyebabkan tidak sesuai untuk memandu
- Pemeriksaan latar belakang mesti bersih:
- Tiada rekod jenayah
- Tidak lebih dari 3 saman trafik dalam tahun semasa (termasuk saman hadlaju, kes langgar lari, pemanduan merbahaya dan sebagainya)
Aha .. agak ketat juga syarat-syarat yang dikenakan.
Itu belum lagi syarat tambahan yang dikuat-kuasakan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
Ini termasuklah perlunya perlindungan insurans untuk pemandu, kereta dan juga penumpang - yang mungkin akan disediakan oleh pihak Grab (belum muktamad).
Syarat-syarat ini bukan untuk sekat atau susahkan mereka yang nak tambah income jadi pemandu Grab ni, tetapi sebagai langkah keselamatan serta melindungi pemandu dan penumpang dari sebarang bentuk penipuan, atau perkara buruk.
Yelah, tak siapa yang boleh jangka kan. Tengok sahajalah beberapa kes yang melibatkan pemandu Grab, selain kes melibatkan pelanggan dan penumpang GrabCar ini.
Uhh takut.
Apapun, nak buat kerja halal mesti dengan niat murni. Mesti berani, berkeyakinan dan sentiasalah mohon keredhaan Tuhan. In Sha Allah, semuanya akan dipermudah dan pencarian rezeki ini akan diberkati.
Ok, dah tahu pasal syarat untuk dipatuhi jika nak mendaftarkan diri sebagai pemandu Grab?
Dah la kan .. saya dah tulis tu ... jadi, kena hadam dan fahamlah ye.
Seterusnya, bagaimana nak mendaftarkan diri sebagai pemandu Grab andai segala terma di atas tu dipenuhi?
Cara Daftar Online Sebagai Pemandu Grab
Mudah sahaja.- Anda hanya perlu ke laman web pendaftaran Grab Driver berikut - https://www.grab.com/my/driver/
- Isi nama penuh anda (sama seperti dalam kad pengenalan)
- Isi nombor telefon terkini anda (untuk proses selanjutnya)
- Alamat email anda
- Bandar untuk operasi
- Jenis pemandu (Grab atau MyTeksi)
Selepas anda hantar permohonan pendaftaran sebagai pemandu Grab, anda akan menerima email untuk langkah pendaftaran seterusnya.
Langkah Penting Untuk Pengesahan Pendaftaran
Dalam email tersebut, ia akan terangkan langkah-langkah berikut untuk anda lengkapkan permohonan pendaftaran sebagai pemandu Grab:- Lengkapkan Borang Pendaftaran Pemandu secara online di sini - grb.to/mygrab (wajib gunakan email yang sama seperti pendaftaran di GooglePlay atau AppStore)
- Lengkapkan Latihan Pemandu dan juga Kuiz di sini - grab.pathwright.com (akaun baru menggunakan email yang sama tadi)
- Verifikasi atau pengesahan dokumen berkaitan iaitu kad pengenalan, lesen memandu, Car Insurance Cover Note dan Borang Perubatan (jika perlu )
Pendaftaran anda sebagai seorang pemandu Grab akan disahkan, dan kelayakan sebagai pemandu akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam, atau boleh secara on-the-spot seandainya anda hadir ke mana-mana Grab Driver Center/kiosk beserta dokumen-dokumen dinyatakan tadi.
Pengesahan juga akan diterima menerusi SMS ke nombor telefon anda.
Hmm ... kadang tu bila dah setel semua, akaun pemandu anda masih belum diaktifkan selepas 24 jam. Kalau jadi begini, usah risau .. tunggu dulu sehingga tempoh 48 jam.
Jika masih tak diaktifkan, ini bermakna kemungkin besar permohonan anda ditolak. Anda boleh terus ke mana-mana Grab Driver Center untuk bertanya, atau hubungi pihak Grab menerusi nombor telefon disertakan dalam email.
Semoga bermanfaat ya.
Ini merupakan salah satu cabang untuk jana income kalau anda bekerja dari rumah, atau bekerja di rumah. Ia satu pintu rezeki yang sangat bagus untuk mereka yang suka berjalan-jalan dan bersiar-siar dengan kenderaan sendiri.
Dan dengan menjadi pemandu Grab, ada peluang lain untuk tambah income anda .. huhu .. jika anda tahu cara-caranya... hanya dengan berkenalan dengan penumpang-penumpang GrabCar anda kelak!
ada yang boleh dapat RM100 sehari minimum hanya menjadi pemandu Grab..
ReplyDeletejika drive kereta jimat minyak lagi la tinggi ROI..
itu biasa saya tanya kepada pemandu Grab
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.