Siapa tahu asal usul asam keping? Anda tahu ke cara nak hasilkan asam keping sendiri? Tak susah pun, malah rasanya lebih senang dan mudah dari menghasilkan ikan masin atau ikan kering. Malah, nak hasilkan asam keping anda tidak perlukan apa-apa bahan lain.

Asam Keping, Antara Bahan Utama Menu Masakan Melayu

Asam keping asalnya dari buah asam gelugor (gelugur). Dek kerana buah inilah, pekan kecil Gelugor di Pulau Pinang mendapat namanya.
Buah Asam Gelugor - Rupa Pokok
Rupa buah asam gelugor ini seperti buah Labu dan sangat persis dengan buah Manggis. Pokok asam gelugor adalah pokok kayu yang berdahan besar. Pokok asam gelugor tinggi macam pokok durian. Asal pokok ini dipercayai dari hutan Semenanjung Malaysia.

Sekarang ni, kalau nak tengok pokok asam gelugor, kena pergi ke kampung-kampung yang jauh daripada bandar besar.

Macam kat kampung isteri saya, pokok asam gelugor banyak terdapat di tepi Sungai Perak. Ia tak ditanam pun, ia tumbuh meliar dan dari tahun ke tahun pokok ini hidup subur serta keluarkan banyak buah.

Setiap kali kami balik kampung di Parit, memang akan mencari buah ini yang gugur di pangkal pokok. Bila musim ia berbuah, memang mudah nak mencari buah ini.

Cara Nak Hasilkan Asam Keping

Buah asam Gelugor dah masak
Buah asam gelugor yang sesuai dibuat asam keping ialah buah yang telah masak. Buah yang masak berwarna kuning keemasan. Kerana sifat masam buah inilah yang membuatkan ia sesuai dijadikan asam keping, sebagai penambah perisa dalam masakan orang Melayu.
Cara hasilkan asam keping
Tips hasilkan asam gelugor sendiri yang sedap


Untuk dijadikan asam keping, ia perlu dibersihkan dan dihiris. Selalunya kami hiris ikut suka hati kami .. haha. Cumanya, kalau hirisannya tebal, maka lambatlah nak bertukar menjadi asam keping ni.

Asam gelugor yang dihiris, dijemur di bawah terik matahari sehingga ia benar-benar kering. Apabila kering, ia akan mengecut dan bertukar warna ke warna perang kehitaman atau coklat gelap.

Asam keping yang bagus ialah hirisan buah asam gelugor yang kering sepenuhnya, tidak lembab. Kalau lembab, nanti ia akan tumbuh kulat dan berasa pahit kalau dicampurkan ke dalam masakan.

Biasanya, saya menggunakan asam keping ni kalau nak memasak kari daging atau mana-mana menu yang ada kaitan dengan daging. Kalau masak ikan, biasanya saya akan gunakan asam jawa.

Selain menjadi bahan tambahan dalam masakan, ia juga dimakan sebagai jeruk. Kalau nak dijadikan jeruk, kena hiris halus-halus, dan campurkan sedikit garam. Tetapi dah jarang jumpa jeruk asam keping ni.


Buah tropika ini kaya dengan asid sitrik, asid malic, asid askorbik dan asid hidroksitrik serta flavonoids. Bahan flavonids inilah yang menjadikan buah asam gelugor bertukar dari hijau ke kuning apabila masak.

Khasiat Semulajadi Asam Keping

Sepertimana buah-buah tropikal yang lain, buah ini ada banyak khasiatnya.




[Baca] 9 Tips Untuk Kekal Sihat di Musim Panas

Ramai percaya buah ini berguna untuk mengurangkan berat badan, merawat penyakit malaria, mengurangkan selera makan, serta membantu memecah lemak dalam badan. Buat wanita, ambillah buah ini andai ada masalah kitaran haid, selain untuk mengecutkan saiz rahim selepas melahirkan anak.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. template blog baru ke ni... lawa....


    blogger baru :
    kinkohyo.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Arwah atuk SA ada tanam beberapa batang pokok asam gelugor ni kat dusun di kaki gunung tapi la ni macam dah jadi hutan dah dusun tu..selain dari buahnya buat asam gelugor, pucuk pun boleh buat bahan campuran dalam masakan...sedap...mak SA memang buat asam gelugor sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh pucuk dia leh makan ehhh .. jenuh tu nak capai pucuk kalau pokok asam dah tinggi.

      Padam
  3. dekat dusun ada jugak pokok asam gelugur ni :D

    BalasPadam
  4. ye ke kurangkan selera makan? Menu ada asam keping lagi syok makan ada la :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda-benda masam boleh kurangkan selera makan, sebab nanti akan sakit perut kalau makan banyak2 .... hehehehehe ... kalau makan secara terus la tu

      Padam
  5. Dkt kampung cn di Titi Serong tu, ada gak pokok ni lagi orang kampung tanam.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement