Geram Dengan Laman Web Shopping Lazada
Siapa yang ada perasaan macam saya ni? Bila masuk ke laman web shopping online Lazada, browsing produk yang kita nak, tetiba nampak ada tawaran diskaun yang sangat sangat menarik. Harga yang di luar jangkaan, yang susah nak dapat kat kedai biasa. Ada rasa geram?Saya memanglah rasa geram. Bila ada bajet, nak beli, harganya macam biasa sama je di kedai, malah kadang tu lagi mahal disebabkan ditambah dengan kos penghantaran. Hmm ... bukan semua produk dijual di Lazada tu berikan kos penghantaran percuma.
Nak cari produk sama yang diinginkan tu tanpa kena caj penghantaran? Uhh jenuh weih. Silap-silap nanti produk tu sold-out.
Kalau ada yang nak bagi kos penghantara percuma, ada terma kena beli sekian-sekian jumlah ... uhh memang terlebih bajet la kalau dok melayan.
Tu pun leh jadi punca geram kat Lazada ni.
Cuba tengok tawaran di bawah ni, jualan produk Apple. Hanya di LazzMall yang baru dilancarkan.
Saya memang selalu beli dan shopping online di Lazada. Lazada merupakan salah satu laman web 'marketplace' yang ada banyak produk ditawarkan kepada pelanggan. Harga pula, kalau dilihat pada price-tag ditunjukkan .. memang nampak murah.
Tapi, awas .. jangan mudah sangat terpedaya.
Price-tag produk nampak murah, tapi bila kena caj penghantaran ... mak aihh .. lagi mahal dari harga produk tu sendiri. Lagi-lagi kalau beli dari seller dalam Lazada yang berada jauh dari Malaysia ni .. huhu.
Jika saya, nak check-out .. nampak jumlah harga macam dah tak berapa best, saya akan cancel-kan sahaja. Tak nak lah terlebih belanja semata terpaut hati dengan tawaran diberikan. Hatta produk tu dah lama diidam-idamkan.
Sama juga bila berbelanja kat kedai atau pasaraya biasa. Kena jadi pengguna bijak. Tak boleh boros. Tahu kehendak dan keperluan. Tahu tahap kewangan.
Kena ingat.
Ada bil-bil yang perlu dibayar. Bil elektrik, bil air, bil pembentungan, cukai tanah, cukai pintu, bil telefon, bil internet .. uhh semua tu berada dalam senarai belanja kewangan wajib bayar.
Shopping ni biasanya perkara kehendak sahaja.
Bila bermain dengan kehendak ni, ia berkait dengan emosi. Itulah pasalnya saya kerap rasa geram dengan jualan-jualan yang ada di Lazada ni.
Geram sebab tak dapat nak beli produk yang berikan harga menarik ketika status kewangan terkini tidak mengizinkan.
Geram sebab bila nak beli, kena caj lain yang membuatkan saya berfikir lapan belas kali.
Geram sebab produk tu dijual terhad dengan harga tawaran. Ada tempoh promosi, ada stok terhad.
Lagi gerammm ... bila ada bajet, tak ada pulak harga promosi untuk produk yang saya nak tu. Malah, harga macam ada di kedai-kedai kat tempat saya.
Walaupun ada rasa geram, tapi saya masih lagi install dan kekalkan Lazada App dalam telefon saya...hehehe.
Kenapa?
Sebab bila install Lazada App ni, jika ada tawaran-tawaran menarik .. pelanggan yang gunakan aplikasi ini akan dapat tahu dulu... huhu. Ini antara kenapa, saya selalu dapat harga terlebih murah bila shopping online di Lazada.
Samalah juga kalau saya nak dapatkan tawaran harga diskaun ketika nak bercuti, melancong .. saya akan dapat tahu awal menerusi aplikasi macam Agoda, Hotels.com, Trivago dan juga Traveloka.
Seperti awal saya katakan tadi, jadilah pengguna yang bijak... hehe.
haha... kan. mmg geram.
ReplyDeletesaya geram nak dapat duit banyak je...
ReplyDeleteselagi belum dapat duit banyak nak untuk membeli barang kehendak memang reject awal-awal..
kadang-kadang separa geram juga bila tengok produk yang menjadi separa kehendak dan separa keperluan yang diiklan secara online
haha, inilah masalahnya kalau berbelanja online, lagi2 dekat lazada. boleh jadi ngeng sekejap
ReplyDeleteHahaha. Dulu shopping ada penghalang, skrang semua di hujung jari.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.