Satu berita gembira untuk pengguna di Malaysia .. huhu ... harga gula turun sebanyak 10 sen bermula 1 September 2018. Ini menjadikan harga gula terkini adalah RM2.85 sekilo untuk gula pasir kasar, dan RM2.95 sekilo untuk gula pasir halus.

Difahamkan harga terkini gula yang turun sebanyak 10 sen sekilogram itu adalah untuk selarikan dengan harga gula mentah di pasaran dunia yang semakin menurun.

Harga Gula Turun Mulai September 2018

Harga Gula Turun 10 Sen Mulai September 2018
Di Malaysia, gula merupakan barang yang dikawal bekalan dan harganya di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Harganya tidak boleh diubah sesuka hati oleh peniaga tanpa akuan dari pihak kerajaan.

Malah, menerusi akta yang ada, ianya dipantau bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan dijual pada harga terkawal.

Buat anda yang mungkin tak berapa alert harga gula terkini ini, harga semasa gula sekarang adalah:
  • RM2.95 - gula pasir kasar
  • RM3.05 - gula pasir halus
Dengan penurunan harga gula sebanyak 10 sen sekilogram ini, saya jangkakan harga makanan dan minuman akan turun sedikit. Itupun jika peniaga dan penjual makanan mahu sama-sama dengan kerajaanlah untuk ringankan beban pengguna.

[Baca Dah?] Hanya RM1K Modal Untuk Mulakan Bisnes Air Balang

Gula merupakan bahan utama yang digunakan oleh hampir semua rakyat Malaysia tak kira tua. muda, miskin dan kaya. Ia ada dalam makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia, contohnya seperti Teh Tarik dan aneka kuih muih.


Pengumuman berkaitan penurunan harga gula sebanyak 10 sen untuk setiap kilogram ini telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam perhimpunan bulanan kementerian tersebut di Putrajaya 27 Ogos 2018.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asalam HH ..syukur jika betul ada turun biar 10 sen ok lah

    ReplyDelete
  2. harga gula turun tp adakah harga kuih pun turun -

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement