Harga Tiket Wayang Dah Murah! Kini Cuma RM8 Sahaja !!
Malah, peminat filem di Malaysia boleh menikmati harga tiket wayang serendah RM2 di GSC jika membuat pembelian tiket menggunakan kad Mastercard/Visa GSC Hong Leong Bank. Manakala di TGV tertentu, anda boleh dapatkan tiket wayang serendah RM8 untuk dewasa.Memang menarik sekali harga tiket wayang ditawarkan oleh kedua-dua pawagam terkenal ini.
Walaupun tempat saya tak ada pawagam GSC mahupun TGV, saya cukup teruja dengan harga tiket wayang ditawarkan ini.
Itu sebab saya tulis post ini untuk war-warkan promosi ini.
Saya mahu pembaca blog saya yang kaki wayang ambil peluang untuk menonton wayang di pawagam dengan harga tiket yang lebih murah. Lagipun ada cerita menarik sedang ditayangkan sekarang ni, antaranya filem Pulang, Munafik 2, Hantu Kak Limah, Mission Impossible dan The Meg.
Ok, info lanjut mengenai harga tiket wayang murah ini boleh anda lihat di bawah ini ..
Pawagam GSC - Harga Tiket RM10 Dewasa
- Promosi bermula dari 2 Ogos sehingga 26 September - Sayangi Malaysiaku
- Harga tiket RM10 dewasa untuk satu tiket
- Tayangan sebelum pukul 1 petang setiap hari
- Hanya untuk pawagam 2D
- Boleh dibeli di kaunter GSC, laman web GSC, aplikasi GSC Mobile atau di e-Kiosk GSC.
Pawagam GSC - Harga Tiket RM8 Dewasa
Harga tiket murah RM8 dewasa terdapat di cawangan GSC di bawah ini:- GSC 3 Damansara (Formerly known as Tropicana City Mall)
- GSC Amanjaya Mall
- GSC Berjaya Megamall
- GSC Berjaya Times Square
- GSC Bintang Megamall
- GSC Cheras Leisure Mall
- GSC Klang Parade
- GSC Mentakab Star Mall
- GSC Quill City Mall
- GSC Terminal ONE, Seremban
Pawagam GSC - Harga Tiket Diskaun RM6
- Untuk pembelian secara online menggunakan Mastercard/Visa GSC Hong Leong
- Diskaun hanya untuk pembelian online di website GSC dan GSC App sahaja.
- Harga tiket RM10 akan jadi RM4, manakala RM8 akan jadi RM2
- Sah untuk tayangan setiap hari sebelum 1 petang kecuali hari Rabu.
Pawagam TGV - Harga Tiket RM8 Dewasa
- Hanya sah di TGV Kinta City, TGV Station 18, TGV Klebang, TGV Taiping dan TGV Cheras Sentral
- Semua tayangan 2D sahaja, sepanjang hari.
- Info lanjut di sini - https://www.tgv.com.my/promotions/promos/just-rm8
Pawagam TGV - Harga Tiket RM10 Dewasa Untuk Pemegang Kad Maybank
- Mesti menggunakan kad debit/kredit Maybank Mastercard, Visa atau AMEX
- Sah untuk filem 2D di dewan standard untuk tayangan sebelum jam 6 petang
- Hanya untuk pembelian di hari tayangan
- Pembelian di kaunter sahaja
- Info lanjut - https://www.tgv.com.my/promotions/promos/maybank-movie-promotion
Aha, menarik ye tak? Saya pasti ramai yang suka menonton filem-filem baru di pawagam takkan lepaskan peluang dengan harga tiket panggung GSC dan TGV yang murah ini.
Cuma sekadar nak ingatkan, berpada-padalah juga dalam bab hiburan ni ehh .. jangan sampai tinggalkan perkara utama dalam hidup dah la .. huhu.
Menarik kalau ada tawaran camni at least boleh jimat..
ReplyDeleteBoleh movie marathon..
Hehehe .. kalau nak free .. leh je tunggu beberpa minggu .. tonton secara online.
Deleteweekend bole la tgk sblm jam 1pm haha
ReplyDeleteHmm ya, kalau tak sibuk dan kalau ada movie best. Bukan semua movie berbaloi tonton di pawagamni .. kan kan.. setuju tak?
DeleteOh! ada syarat-syarat dia.
ReplyDeleteMacam Mrs. A yang jenis terjah ja nih! memang tak dapek la nak nolong hahahaha...
Selalu tengok wayang hari rabu aje, sebab hari rabu memang tiket murah hehehehe..
ReplyDeletelagi murah tiket
ReplyDeletelagi syok la rasanya..
boleh enjoy sakan
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.