Saya sendiri mengaku yang memang sukar nak mandi seawal waktu seperti sebelum subuh ni...lagi-lagi bila dah berusia seperti sekarang. Itu sebab bila saya kata, siapa yang boleh mandi subuh ni, dia seorang yang hebat, dan in Sha Allah .. akan beroleh kebaikan dan kelebihannya.
Ketahui Kebaikan dan Kelebihan Mandi Sebelum Subuh
Ya betul. Mandi sebelum subuh punyai kebaikan dan kelebihannya tersendiri. Nak tahu? Ok, meh saya kongsikan fakta menarik ini kepada anda. Manalah tahu kot-kot lepas baca perkongsian saya ini, anda akan rasa bersemangat untuk mandi sebelum subuh .. hehehe.Ok.
Menurut kajian sains, kandungan gas seperti oksigen dan gas ozon adalah sangat tinggi dalam udara pada waktu sebegini. Itu sebab kita akan rasa sangat segar bila dapat mengambil nafas dalam-dalam di waktu pagi.
Malah dipercayai dalam masyarakat, mandi sebelum subuh bukan sekadar memberikan kesegaran kepada tubuh, tetapi ia sebenarnya membersihkan diri luar dan dalam daripada penyakit merbahaya. Ada magis yang menyebabkan tubuh badan mengeluarkan sel-sel pembunuh kuman dan virus lebih banyak pada waktu sebegini.
Ok. Mari lihat kebaikan dan kelebihan mandi sebelum subuh yang lainnya ..
Kulit Semakin lembut dan halus
Tahukah anda dengan mandi sebelum subuh dengan menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata? Bukan itu sahaja, anda juga boleh memiliki kuku yang cantik dan sihat jika amalkan mandi air sejuk (suhu biasa tanpa water heater) pada waktu ini.Kuku tidak mudah retak dan akan nampak lebih berkilat.
Malah, ia juga akan memberikan kesan yang sangat baik kepada kulit anda. Amalkan mandi sebelum subuh jika anda mahukan kulit menjadi lebih lembut dan lebih halus.
Percayalah. Ia sememangnya mujarab sebab isteri saya memang sering mandi sebelum subuh, di waktu minggu-minggu sibuk dengan kursus dan juga kerja luar daerah. :)
Melancarkan peredaran darah
Biasanya selepas kita melakukan rawatan urutan badan pada malamnya dengan tujuan untuk melancarkan peredaran darah, dan kemudian mandi di awal pagi sebelum subuh, badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga.Tubuh badan juga tidak akan mudah terasa letih sepanjang hari, disebabkan oleh kandungan oksigen tinggi dalam badan.
Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.Mengelak risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Walaupun tiada penelitian khusus dilakukan, namun ada pengamal perubatan percaya, dengan mandi sebelum subuh boleh membantu pesakit yang ada penyakit darah tinggi.In Sha Allah, mereka yang amalkan mandi sebelum subuh boleh terhindar dari terkena risiko penyakit darah tinggi. Ini adalah antara kelebihan mandi sebelum subuh yang ramai kurang sedar.
Mengurangkan stress serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Malah, buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya.Kebaikan mandi sebelum subuh boleh mengurangkan rasa stress dan membuatkan anda rasa lebih tenang.
Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit tubuh badan akan kuat dan boleh melawan virus. Oleh itu, siapa yang amalkan mandi sebelum subuh akan mendapat kebaikan dan kelebihan tidak mudah dijangkiti dengan sebarang penyakit.Ok.
Pengalaman Waktu Kecil Mandi Awal Pagi
Cuba anda tengok tok nek zaman sebelum-sebelum ini, tubuh badan mereka kuat dan bertenaga kerana dipercayai mengamalkan mandi sebelum subuh ini. Awal-awal pagi dah pergi berkebun dan membuat kerja-kerja berat tanpa ada sebarang masalah.Jadi, memang logiklah bahawa mandi sebelum subuh ini boleh memberikan 1001 kebaikan dan kelebihan buat mereka yang mengamalkannya.
Tapi kan ..
Mandi sebelum subuh dulu dan sekarang dah amat lain.
Jika dulu, mandi pagi menggunakan air telaga dan perigi. Air telaga dan perigi memang menyegarkan. Walaupun sejuk, tetapi tubuh akan terasa sangat best setelah selesai mandi pagi menggunakan air telaga dan perigi.
Saya masih ingat lagi, waktu kecil-kecil dulu ...
Nak ke sekolah, kena siap awal-awal sebab saya pergi ke sekolah naik bas sekolah. Bas sekolah pula biasanya akan datang jam 7:00 pagi.
Memang wajiblah mandi sebelum pukul 6:30 pagi. Paling berat nak mandi adalah ketika waktu hujan. Perghhh dah la nak bangun pagi tu dah satu kesulitan ya amat, apalagi nak mandi di air perigi yang berkali ganda sejuk bila time hujan.
Mencabar betul.
Tapi itulah, pergi sekolah dengan semangat. Walaupun berpayung dan pakai baju hujan, saya jarang memonteng pergi sekolah. Errrr mungkin sebab itu, saya boleh score 5A dalam UPSR ketika itu .. keh keh keh .. :P
Gas ozon.
Secara kimia, gas ozon adalah gas beracun dan sangat bahaya pada manusia.
Pun begitu, ada kajian mengatakan gas ozon boleh menyebabkan peningkatan sel limpfosit darah yang penting untuk membunuh virus. Ia begitu menyakinkan sehingga ada di kalangan kita ketika ini menawarkan rawatan gas ozon untuk dimasukkan ke dalam tubuh.
Secara klinikal, ia merupakan rawatan yang tidak digalakkan malah ditakuti boleh membawa kesan buruk kepada tubuh untuk jangkamasa lama, apatah lagi sifat gas ini yang memang memudaratkan.
Namun di Jerman, banyak klinik rawatan kulit menggunakan rawatan ozon ini, terutama sekali dalam rawatan kulit terbakar. Rawatan menggunakan ozon di sana, adalah dalam kaedah terkawal dan diselia oleh pakar kulit.
Bagaiman Gas Ozon Terhasil Secara Semulajadi?
Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran uv antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran uv.Ozon juga terbentuk pada kadar rendah dalam udara akibat arus eletrik seperti kilat, dan oleh tenaga tinggi seperti radiasi eletromagnetik.
Gas ozon ini pula memang sangat tinggi di waktu pagi, atau lebih tepat lagi sebelum subuh. Jadi, mungkin sebab kandungan oksigen dan gas ozon inilah yang menjadi penyebab kenapa mandi sebelum subuh itu boleh memberikan kebaikan dan kelebihan.
Hmm .. daripada melakukan rawatan ozon, baik gunakan cara semulajadi dengan mandi sebelum subuh jika mahu dapatkan manfaat yang ada dari gas ozon ini. Ia lebih selamat, dan tidak berbahaya.
Oooo itu Saya Tuan, Saya kalau sebelum Subuh Saya mandi dulu.
ReplyDeleteDari mula Saya kahwin hingga sekarang, kecuali kalau Saya sakit aja Saya tak mandi Tuan..
Ehemm ..rahsia kejelitaan la ni kan kan? Memang bagus bangun awal dan mandi sebelum subuh. Wanita zaman sekarang ramai tak macam ni dah.
Deletekalau mandi hadas besar ..wajib mandi sebelum subuh agar tidak ketinggal jemaah di masjid..
ReplyDeletekhas kepada mereka yang berumahtangga la hehehehe
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.