Jika anda merupakan pelancong ke Bandaraya Ipoh, jangan lupa untuk singgah di Kong Heng Square atau Arena Kong Heng yang terletak di Jalan Panglima, Ipoh. Di sini ada banyak kraf custom-made yang cukup unik, yang boleh dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang.

Kong Heng Square Artisan Market, Ipoh - Lokasi Pelancong Cari Cenderahati Unik

Lokasi tempat menarik di Ipoh ini sebenarnya berada di dalam Heritage Walk Bandaraya Ipoh. Jika anda ke sini, anda sebenarnya di dalam bangunan lama yang dikomersilkan. Jadi, jangan terkejut bila masuk ke dalam, ia ibarat masuk ke sebuah bangunan yang sudah lama ditinggalkan.
Kong Heng Square Artisan Market, Ipoh Lokasi Dapatkan Cenderahati Unik
Saya sebenarnya tak pernah sedar pun akan kewujudan tempat ini walaupun berasal dari Perak. Kampung saya pun tak jauh dari Ipoh, iaitu di Batu Gajah. Aha .. nampak sangat tak berapa kerap balik kampung ... pui la .... kah kah.

Kong Heng Square dah lama ada, cuma ia semakin menjadi perhatian ramai bila ia diberikan wajah baru dan 'dibaik-pulih' dengan nilai retro yang sukar dijumpai di tempat lain. Ia juga popular sebagai Artisan Market di kalangan pelancong.
This place is really awesome and nostalgic!!
Nampaknya pihak Majlis Bandaraya Ipoh tahu untuk pergunakan keunikan dan kelebihan tinggalan lama untuk tujuan komersil. Tak adalah bangunan lama terbiar dan mencacatkan pemandangan Bandaraya Ipoh.

Apa Yang Best Dalam Kong Heng Square?

Dalam Kong Heng Square, bukan setakat ada gerai jual cenderahati tetapi juga kedai makan, tempat penginapan dan juga kedai gunting rambut! Jadi, bolehlah lepaskan lelah di sini. Tempatnya pun agak redup dan nyaman, seolah berada di kawasan desa walhal anda sebenarnya di tengah bandaraya.
Bits & Bobs Ipoh


Anda mungkin boleh mencuba ais kepal Bits & Bobs yang popular. Uniknya ais kepal di sini, anda perlu menikmatinya dengan cara lama, cara original, cara orang Ipoh .. hehehe.. gituuu .. :)

Hotel Unik Atas Pokok?

Dan antara yang menarik di dalam Kong Heng Square ini ialah adanya rumah di atas pokok (treehouse) atau ran yang dijadikan sebagai hotel. Hotel berkenaan dikenali sebagai Sekeping Kong Heng. Ia sebuah hotel yang cukup unik.
Sekeping Kong Heng Hotel
Sekeping Kong Heng Hotel
Sekeping Kong Heng Hotel
Jika anda seorang yang mahukan penginapan yang lain daripada yang lain, mungkin boleh mencuba sehari semalam di Sekeping Kong Heng ini.

Info lanjut tentang hotel ini boleh pergi ke sini - https://www.sekeping.com/kongheng/home.html

Kong Heng Banyak Sudut Bergambar Cantik

Lepas tu, ada kedai menjual barangan antik selain sudut untuk berfotografi yang pada saya cukup cantik dan rare. Jika nak cari lokasi untuk bergambar, memang ada banyak section dalam Kong Heng Square yang boleh anda gunakan.
Kong Heng Square Tempat Cari Cenderahati dan Bergambar
Inside Kong Heng Square, Ipoh, Perak
Malah, saya difahamkan ramai juga pasangan baru berkahwin menjadikan ruang dalam Kong Heng Square untuk gambar kenangan perkahwinan mereka.

Mana nak dapat pemandangan seolah berada di dalam kawasan bangunan tinggal yang nampak awesome di tengah-tengah bandar beb ...  aha .. di sinilah tempatnya, di Kong Heng Square.

Beberapa gambar dari TripAdvisor memaparkan sisi unik apa yang ada dalam Kong Heng Square ini.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hi org Batu Gajah.. Kami org Teluk Intan..heheeh Actually kami baru tau nama dia Kong Heng Square.. Selalu sebut Plan B ja, pi minum ais kepaldan gula-gula kapas.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ya. Memang ada yang panggil Plan B. Tempat ni unik sbb tinggalan bangunan lama .. bagus ada pendekatan macam ni, tak adalah bazir gitu je.

      Delete
  2. Memang super epik ni...boleh try pergi...

    new blogger
    kinkohyo.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sbb sudi singgah, nanti saya balas kunjungan ya .. :)

      Delete
  3. Menarik dan sangat rare.. Tak pernah nampak lagi Kong Heng Square ni.. Nampaknya kena gi Ipoh semula la..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement