MAPS Perak. Rasanya sudah masuk kali kelima kami ke MAPS Perak. Walaupun kami tinggal agak jauh dari Ipoh, kami tak mahu sia-siakan pembelian tiket Pass Perak. Dengan Pass Perak, kami boleh masuk tanpa had ke taman tema animasi pertama di Asia ini.

Sah Laku Kad Pass Perak MAPS Ipoh Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2018

Sah Laku Kad Pass Perak MAPS Ipoh Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2018
Kalau ikutkan kad Pass Perak kami, tempoh sah sudah dikira tamat pada Julai 2018. Tetapi, masa saya dan famili pergi ke MAPS baru-baru ini, kami diberitahu bahawa tempoh sah laku kad Pass MAPS kami telah extended sehingga 31 Disember 2018.

Tak Ramai Tahu Tentang Sah Laku Terbaru Kad Pass Perak MAPS

Saya pasti ramai famili yang memiliki kad Pass Perak tidak mengetahui mengenai tempoh sah laku yang baru, kerana tiada sebarang makluman diberikan kepada pemilik kad ini. Pemakluman mengenai tempoh sah kad Pass Perak MAPS ini cuma dimaklumkan di Facebook dan di kaunter MAPS.

Saya dah semak di laman web rasmi MAPS, saya tak perasan dan tak nampak ada pemberitahuan berkaitan perlanjutan tempoh sah laku kad Pass Perak ini.
Boboiboy di MAPS Ipoh


Ketika kami berada di MAPS Perak baru-baru ini, jumlah pengunjung memang tidak ramai ... tidak seperti di awal-awal pembukaan taman tema ini. Kami pergi waktu cuti hujung minggu tu ...

Walaupun saya dan isteri suka je orang tak berapa ramai di MAPS ini, tapi sebagai seorang yang berfikir mengenai bisnes, tentunya jumlah pengunjung yang sedikit ini akan merugikan taman tema animasi ini.

MAPS Ipoh Rugi Besar!!

Samada percaya atau tidak, menurut laporan Perak Today, MAPS Ipoh ini telah mengalami kerugian yang agak besar. Yang malangnya ialah, ia ditanggung oleh Kerajaan Negeri di bawah Perak Corps. Mungkin ada yang tidak tahu, Perak Corp adalah merupakan pemegang saham terbesar dalam projek MAPS dengan jumlah pelaburan bernilai RM248 juta.

Okaylah.

Biar pihak berwajib yang fikirkan cara penyelesaiannya. Saya pasti pentadbiran baru Kerajaan Negeri tidak mahu lihat MAPS Ipoh ini menjadi projek gajah putih yang merugikan duit pembayar cukai di negeri Perak. Kita doakan yang baik-baik sahaja.

Kisah Kali Kelima Masuk ke MAPS Ipoh Pada Ogos 2018

Berbalik pada kisah percutian saya ni ... hehe...

Semasa saya bawa famili ke MAPS, cuaca memang panas. Tak ramai pengunjung 'biasa' yang masuk ke MAPS. Yang meramaikan pun, adalah kumpulan-kumpulan tertentu yang buat event di dalam MAPS.

Disebabkan itu, setiap permainan yang ada dalam MAPS tidak dikerumuni. Masa menunggu untuk setiap permainan pun jadi lebih pendek sebab tidak perlu beratur panjang untuk menanti giliran.

Tiada sebarang perubahan drastik yang saya nampak dibandingkan kali terakhir kami pergi ke MAPS (sekitar akhir tahun 2017). Bahagian 'Dream Zone' masih ditutup untuk pengunjung. Manakala bahagian persembahan pentas telah diubah ke lokasi yang baru iaitu berdekatan dengan Smurf's Land.
Pengumuman Tempoh Extended Kad MAPS Pass Perak
Walaupun pengunjung tak berapa ramai, anak-anak saya tak berapa nak minat untuk pergi ke kawasan permainan yang jadi tarikan utama seperti Hyperspin, Asteroid Attack dan Space Xplorers. Kebanyakan masa dihabiskan berada di zon Coral Kingdom di mana suasana lebih sejuk kerana berhawa dingin.

Coral Kingdom dan Fantasy Forest Zone

Nasib baiklah dalam tu ada beberapa permainan indoor yang boleh dimain oleh Zikri, Maira dan juga si kecik Najmi. Jadi, paling tidak .. ada sesuatu yang baru boleh di-explore.
Coral Kingdom dalam MAPS Ipoh
Bersebelahan Coral Kongdom, ada Fantasy Forest Zone. Di situ ada satu roller-coaster mini yang dipanggil Zugo's Crystal Quest. Zikri dan Maira memang dah ajak awal-awal untuk pergi main di situ, tetapi ...

Malangnya semasa kami sampai sahaja, ada masalah teknikal pula. Mampu tengok je la tak boleh nak main. Kecewa betul dua beradik tu. Apa nak buat .. huhu.

Akhirnya Zikri dan Maira serta Najmi main je apa yang ada di dalam Fantasy Forest Zone tu.
Fantasy Forest Zone
Fantasy Forest Zone
Habiskan masa lebih kurang sejam lebih juga di Coral Kingdom dan Fantasy Forest sebelum kami menuju ke The Smurfs Partyland yang bersebelahan dengan Blast Off Zone.
MAPS Ipoh
Akhir sekali kami menyaksikan 'Stunts Legend' sebelum pulang. Ada beberapa aksi dan persembahan baru yang sebelum ini kami tak pernah tonton. Persembahan dari Stunt Legends ini sedikit sebanyak memberikan keceriaan kepada anak-anak saya yang dah masuk kali kelima ke MAPS Ipoh ini.

Persembahan Stunt Legends

Stunt Legends MAPS Ipoh Perak
Stunt Legends MAPS Ipoh Perak 2018
Walaupun tak dapat kepuasan 100% kerana ruang 'Dreamzone' masih lagi ditutup, dan tak banyak permainan baru tambahan yang boleh dicuba, namun gembira jugalah bila dapat tahu bahawa kad MAPS Pass Perak masih lagi laku sehingga hujung tahun.

Kalau tak, memang terasa rugilah sangat kerana ini merupakan kali kelima kami masuk ke MAPS Ipoh ni. Target asal, kami nak masuk MAPS ni lebih dari 10 kali, dengan harapan setiap kali masuk tu ada benda baru untuk pengalaman unik di sini.

[Baca Juga] Pengalaman Pertama - Percutian ke Movie Animation Park Studios @ MAPS Ipoh Perak

Update terbaru!

Sedikit info yang saya baru dapat tahu mengenai beberapa permainan dalam MAPS Ipoh ini yang dikatakan akan berubah wajah dan tema....

Disebabkan kontrak jenama Dreamzone telah tamat pada akhir Julai 2018, kemungkinan besar beberapa karektor animasi antarabangsa dan permainan berkaitan dengan Dreamzone akan ditukar tidak lama lagi.

Jadi, selepas September, anda mungkin tak jumpa lagi karektor animasi berkaitan Dreamzone. Malah zone ini juga kemungkinan akan ditukar dengan nama lain. Desas-desusnya ini nampak macam nyata bila pihak MAPS Ipoh menganjurkan pertandingan menamakan zon baru dalam MAPS.
Pertandingan Namakan Zon Baru dalam MAPS Ogos 2018
Berita baiknya juga ialah pembukaan zone yang lama tertangguh iaitu 'Dreamzone' yang bakal diberikan nama baru kelak. Megadrop akan bertukar nama menjadi Ipoh Dropzone. Saksikan video di bawah ini mengenai pengumuman ini....

Megadrop Kini Dibuka Untuk Pengunjung MAPS Ipoh


Saya dapat tahu mengenai pembukaan zone ini di laman FB rasmi MAPS. Ramai pengunjung yang baru balik dari sana pada 18 Ogos mengesahkan mengenai pembukaan zone ini yang masih lagi belum diberikan nama khusus untuk menggantikan Dreamzone.


Teruja?

Pastinya.

Sebab dah lama tunggu sejak bulan Jun 2017. Lagi-lagi mereka yang dah beli Pass Perak dan Pass Tahunan. Apaguna dapatkan kad pass tetapi tak boleh guna sepenuhnya dalam MAPS Ipoh ini .. ye tak?

Semoga kisah percutian saya serta info terkini berkaitan MAPS ini bermanfaat untuk anda. Selamat bercuti, dan kalau anda ambil keputusan untuk ke MAPS, pastikan anda baca tips diberikan oleh saya dalam post ini - 24 Perkara Perlu Tahu Mengenai MAPS, dan Tips Jika Nak Ke Sini

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tak masuk lagi ke MAPS ini.. sha tunggu anak besar sikit, baru seronok nak pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau kecik sangat derang takkan ingat pengalaman ni. :) Cuma boleh ambil gambar je la.

      Delete
  2. masa cutilah masa yang paling bagus untuk bawa anak-anak ke tempat rekreasi sebegini

    ReplyDelete
  3. wahhh dah 5 kali... terbaeklah! kami sekali pun tak jejak lagi... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksalah sbb dah ada kad Perak Pass tu. Rugi kalau tak masuk banyak kali sebb memang boleh masuk tanpa bayaran dah bila dah ada kad ni.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement