Baru-baru ini, saya dan keluarga berkesempatan untuk berada di Bandaraya Ipoh. Isteri saya menghadiri conference di situ, elok pulak tu lokasi conference bersebelahan dengan Hotel Syeun .. jadi, isteri saya pun tempahlah penginapan selama satu malam.

Pengalaman Pertama Menginap Hotel Syeun, Hotel Premier di Ipoh

Inilah pertama kali saya dan keluarga menginap di hotel yang dianggap hotel premier di Ipoh. Isteri saya menempah penginapan di Hotel Syeun menggunakan Traveloka, dengan diskaun sebanyak 10%, kami cuma bayar RM177 untuk semalam termasuk sarapan.

Best juga duduk di hotel yang dah lama wujud di Ipoh ini.

Kampung saya di Batu Gajah, isteri pula di Parit... walaupun selalu pergi jalan-jalan sekitar Bandaraya Ipoh, tak pernah pun sekali .. walau sejak zaman bujang menginap di hotel yang bertaraf bintang dan terkenal ini.

Selama ini saya mampu tengok sahaja, dengan persepsi bahawa harga penginapan di Hotel Syeun adalah mahal dan bertaraf bintang. Rupanya, nak menginap di hotel premier ini adalah jauh lebih murah berbanding hotel lain, lebih-lebih menggunakan Traveloka.

Memang tak sia-sialah saya dan isteri simpan Traveloka Apps dalam phone, sebab memang seronok mendapat tawaran harga hotel murah. Bukan hotel murah yang jenis bajet-bajet dan ruang bilik sempit, tetapi ni hotel yang ada nama .. lepas tu gah di mata penduduk Ipoh.

Ini juga pertama kali saya menginap di sebuah hotel yang mempunyai escalator selain lif. Aha .. tak pernah tahu pun Hotel Syeun ada tangga bergerak...huhu... macam jakun sekejap bila pertama kali saya masuk pintu utama hotel.
Bilik hotel memang luas. Sangat berbaloi dengan harga yang kami bayar.

Ada ruang tamu yang terpisah dengan ruang tamu utama!

Walaupun dari segi fizikal, keadaan bilik nampak 'tua' .. tapi cukup selesa untuk saya sekeluarga. Najmi yang masih kecil siap boleh main lari-lari dengan abang dan kakaknya. Bilik air juga bersih dan dalam keadaan baik.

Bayar RM177, dapat satu katil besar dan satu katil bujang. Bilik lengkap dengan almari yang besar, sofa tempat berehat, tv dengan saluran kabel, dan beberapa benda asas yang biasa tersedia dalam bilik hotel.
Breakfast pun ok. Tak kedekut makanan, tapi ada amaran kalau membazir. Aha .. satu konsep yang saya cukup suka. Denda kalau makanan tak habis. Ini apa yang diamalkan di cafe utama Hotel Syeun ini.

Makanan pun pelbagai dan sedap ikut tekak saya.

[Dah Baca?] Pengalaman Pertama Kali Jejak Kaki ke Lost World, Tambun

Hotel Syeun juga ada kolam renang khas untuk kanak-kanak. Jadi, memang sukalah anak-anak saya dapat mandi dan main di kolam renang. Hotel .. kalau bawa anak-anak, wajib dipastikan ada kolam renang .. ini memang antara kriteria kami kalau nak pilih hotel penginapan.

Lagipun, bagus untuk anak-anak yang nak tajamkan skill berenang. Jangan jadi macam ayah mereka (sayalah tu) yang tak reti nak berenang, nak apungkan badan pun masih fail! Kah kah ...

Saya tak dapat nak sertakan banyak gambar sebab deko dalam bilik hotel ini tak berapa menarik untuk dikongsikan .. hehe.. Tapi rasanya mana yang ada ni dah cukup memadai nak tunjukkan ruang bilik hotel yang luas dan berbaloi dengan harga yang kami bayar menerusi Traveloka.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dulu masa matriks, pernah dinner dekat sini. Boleh tahan juga sedap makan di sini

    ReplyDelete
  2. LZ ada juga perancangan ke Ipoh, mungkin boleh check in di hotel ni memandangkan dari review HH hotel ni not bad..

    ReplyDelete
  3. menarik juga dengan harga bawah RM200...

    tempat yang luas sekiranya bawa family

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement