Petua kecantikan daripada Nik Suhaida yang pernah digelar 'Anak Cina Bukit'. Kenal siapa pemilik nama Nik Suhaida ni tak? Aha .. beliau yang pernah diejek dengan gelaran Anak Cina Bukit ini adalah merupakan isteri kepada pemain bola sepak kelahiran Terengganu, Mohd Norfarhan Muhammad.

Rahsia Kecantikan Nik Suhaida, Isteri Norfarhan Pemain Bolasepak

Petua Cantik Anak Cina Bukit
Ingat lagi panggilan hangit Hot FM yang mengenakan 'prank' kepada isteri pemain bolasepak dulu tu tak? Sampai jadi viral dan isu sehingga pihak stesen radio HotFM perlu buat kenyataan mohon maaf? Aha .. wanita yang dikenakan prank tu lah si Nik Suhaida ni.

Wanita ini bukan sekadar memiliki rupa paras yang menawan, tetapi sering dipuji kerana mempunyai bentuk badan yang sentiasa menawan meskipun sudah ada dua cahaya mata. Aha, tentu ada yang nak tahu rahsia dan petua kecantikan dari Nik Suhaida ni kan? Ok .. meh baca.

Pastilah ramai akan berkata, kecantikan yang dimiliki oleh wanita Anak Cina Bukit ini disebabkan latar belakangnya yang berdarah campuran 'Cina dan Melayu'.

Cantik kerana berdarah campuran memang satu bonus, tetapi sebenarnya samada anda percaya atau tidak, Nik Suhaida yang merupakan anak jati kelahiran Terengganu adalah pengamal amalan tradisional tegar.
Pasangan suami isteri pemain bolasepak Norfarhan


Sehingga sudah mempunyai dua anak, wanita yang berusia 34 tahun ini masih lagi mempraktikkan petua-petua nenek moyang untuk menjaga kecantikan dan untuk mempunyai bentuk tubuh menawan.

Mesti ramai yang ingat, Nik Suhaida adalah pengguna produk kosmetik moden dan mahal.

Petua Kecantikan Nik Suhaida, Pernah Digelar 'Anak Cina Bukit'

Tetapi, tahu tak yang Nik Suhaida sebenarnya mengamalkan masker asam jawa untuk kejelitaan wajah dan majun gentel untuk mengekalkan bentuk tubuh yang menawan?

Nak tahu lagi tips dan petua cantik Anak Cina Bukit ini?
  1. Seminggu sekali wajib memakai 'masker asam jawa' di muka selain mewajibkan diri sendiri melulur badan dengan beras panggang bagi menjaga kecantikan kulit. Lulur dibuat sendiri menggunakan beras dengan menggoreng beras tanpa minyak, seterusnya ditumbuk dan diadun bersama beberapa ramuan lain.
  2. Walaupun bertudung, Nik Suhaida mengamalkan petua nenek untuk menjaga kecantikan rambut. Caranya ialah dengan megambil bunga raya putih, diramaskan sehingga keluar lendir dan kemudiannya diletakkan pada rambut. Rambut kemudian dibungkuskan dengan tuala selama 30 minit. Akhirnya dicuci sehingga bersih.
  3. Makan majun gentel. Biasanya majun gentel ini dibuat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan seperti halia, halba, lada hitam dan juga bawang putih.
  4. Ketika waktu berpantang, amalkan minum minuman 'oren' iaitu kunyit hidup sebesar ibu jari, ditumbuk dan ditapis seterusnya diletakkan sedikit air suam.
  5. Amalkan bertungku selama 44 hari bersalin. Selain amalan berurut, bertangas selepas dua minggu bersalin, berbengkung dan minum air akar kayu. Boleh juga amalkan mandi daun seperti isteri saya buat, rujuk ni - Mandi Daun Untuk Wanita Pantang Bersalin
  6. Untuk minum air akar kayu, ada caranya iaitu dengan tekan ibu jari kaki kanan dengan ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang.

Amacam? Dapat sesuatu daripada perkongsian mengenai tips dan petua kecantikan Anak Cina Bukit ini tak?

[Baca Dah?] Menu Masakan Untuk Isteri Pantang Lepas Bersalin

Mana yang baik tu bolehlah diamalkan terutama buat wanita-wanita yang sentiasa positif untuk kekalkan kecantikan buat suami mereka.

Suami tentunya suka andai isteri mereka kelihatan cantik menarik sentiasa, apatah lagi dapat kekalkan bentuk tubuh seperti zaman anak dara... huhu.

Dan buat para suami, sila support isteri anda ye. :)

Sumber: Sinar Harian
Kredit Gambar: Instagram Mohd Norfarhan

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Uiii felolesnya muka dia, cantik gileee...
    Terima kasih atas perkongsiannya HH..boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. mendapat isteri yang cantik adalah satu bonus berganda ...

    mana tidaknya..

    bukan selalu pun nak kahwin..

    sekali dapat isteri yang cantik dan pandai jaga kecantikan adalah anugerah hebat untuk suami yang hensem ..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eceh .. ayat .. bukan selalu pun nak kahwin .. tak bleh blah .. hahaha

      Delete
  3. Bolehlah amalkan petuanya ini nanti.. ;)

    ReplyDelete
  4. Kena buat masker asam jawa lepas ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement