Siapa yang tak nak kerja gomen kan? Ada macam-macam kelebihan kalau dapat kerja kerajaan ini. Kalau anda masih bujang, eloklah cuba mendapatkan kerja kerajaan atau masuk kerja di sektor awam ini. Jika anda mahu berkahwin, carilah pasangan yang dah bekerjaya di sektor awam atau paling tidak sudah berjawatan tetap di perkhidmatan awam.

Susah sebenarnya nak dapat jawatan dan bekerja di sektor awam. Kerja kerajaan semua orang nak. Itu sebab setiap tahun, permohonan kerja ke jawatan-jawatan dalam sektor awam sentiasa tinggi, sampaikan ada graduan kelulusan tinggi pun mohon kerja jawatan gred rendah (minima SPM/Sijil).

Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Gomen

Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Dalam Perkhidmatan Awam dan Tips Untuk Lulus

Antara jawatan-jawatan yang sering mendapat permohonan yang tinggi adalah jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir, Pegawai Sains, dan beberapa jawatan sektor awam yang tidak memerlukan pengkhususan jurusan tertentu.

Setiap permohonan kerja jawatan kerajaan perlu melalui pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

[ads id='ads1']

Suruhanjaya ini menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam samada secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Pun begitu, pengambilan juga boleh dibuat oleh jabatan dan agensi lain di bawah kerajaan.

Ini sesuai dengan pernyataan bahawa suruhanjaya ini telah memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan serta Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan tertentu dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

2 Cara Memohon Perjawatan Dalam Perkhidmatan Awam

Jadi, ada dua cara untuk memohon kerja dan perjawatan dalam sektor awam ini, iaitu secara terus menerusi SPA Persekutuan dan kedua menerusi permohonan di agensi-agensi berkaitan terutama di bawah pengurusan Kerajaan Negeri.

Biasanya, tatacara pengambilan adalah melibatkan dua peringkat utama, iaitu:

  1. Peperiksaan dan ujian (online/bertulis/fizikal)
  2. Temuduga

Peperiksaan dan Ujian Ditadbir SPA

Peperiksaan dan Ujian Online SPA

Beberapa jawatan di mana syarat kelayakan adalah terbuka dan sesetengahnya memerlukan bakat tertentu, kemasukan ke perkhidmatan awam mensyaratkan pemohon untuk lulus peperiksaan khas yang disediakan oleh SPA.

Terdapat beberapa skop ujian dalam peperiksaan ini yang akan ditanya iaitu ujian kognitif, ujian aptitud, ujian bakat, ujian sahsiah dan dan juga ujian fizikal.

[Tonton] Video Panduan Menjawab Peperiksaan Online SPA

Calon-calon yang lulus peperiksaan dan ujian khas akan dipanggil ke peringkat seterusnya iaitu temuduga. Bagi memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, calon-calon yang lulus peperiksaan disyaratkan lulus tapisan di 'Assesment Centre' sebelum dipanggil temu duga.

Sejak capaian internet di kebanyakan tempat di Malaysia sudah boleh diakses dengan baik, peperiksaan dan ujian yang ditadbir oleh SPA kini dibuat dan dilakukan secara online. Keputusan peperiksaan juga kini boleh diketahui lebih pantas dan mudah.

Pakej rujukan lulus temuduga kerja kerajaan

Temuduga oleh SPA

Setelah calon-calon berjaya melepasi asas tapisan iaitu peperiksaan dan ujian online oleh SPA, pihak SPA kemudiannya akan memanggil calon-calon yang lulus peperiksaan untuk satu sesi temuduga.

Temuduga ini akan diberitahu menerusi email kepada calon selain hebahan di laman web rasmi SPA.

Calon yang terpilih untuk temuduga akan diminta untuk hadir ke pusat temuduga yang telah ditetapkan oleh pihak SPA.

Pusat temu duga yang ditetapkan oleh SPA selain dari Kuala Lumpur ialah semua ibu negeri di Semenanjung dan juga beberapa pusat temu duga kecil serta ibu negeri di Sabah dan Sarawak.

Calon-calon akan dipanggil temu duga seberapa boleh di pusat temuduga yang dipilih atau yang berhampiran.

Bagi membantu Lembaga Temu Duga, SPA biasanya akan menjemput wakil dari Kementerian/Jabatan bersama SPA bagi mengendalikan temuduga calon. Ahli Suruhanjaya yang menjadi penemuduga biasanya terdiri dari kalangan yang mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti Pentadbiran, Pakar Perubatan, Pergigian, Pendidikan, Ahli Sains, Kewangan dan sebagainya.

Ia bergantung dengan kategori dan gred jawatan, selain skop tugas jawatan dipohon oleh calon. Kesemua penemuduga adalah mahir dalam mengendalikan temuduga berdasarkan pengalaman mereka di sektor awam.

Persiapan Temuduga Wajib Tahu!!

Rahsia Persiapan Temuduga SPA

Jika anda tidak mahu gagal di dalam temuduga, perlu buat persediaan secukupnya sepertimana dikehendaki oleh pihak SPA. Ramai yang gagal dalam temuduga kerana tidak ambil berat, dan kurang persediaan sebelum dan semasa temuduga dijalankan.

Ini penting. Jika dipanggil, perkara seterusnya ini mesti dipenuhi oleh calon.

Semasa hadir ke temuduga, semua calon dikehendaki untuk membawa dokumen-dokumen penting untuk penilaian oleh pihak penemuduga. Ini termasuklah dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan mengikut peraturan pihak SPA.

Calon perlu menyusun semua dokumen mengikut tertib yang telah diberikan oleh pihak SPA bagi memudahkan proses temuduga dibuat. Susunan dokumen berserta salinan disahkan adalah seperti di bawah (ikut turutan):

  1. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  2. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
  3. Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V) atau setaraf;
  4. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
  5. STPM/STP/Diploma & transkrip atau Ijazah Sarjana Muda & transkrip atau Sarjana atau Doktor Falsafah atau Surat Pengesahan Kelulusan Tamat Pengajian yang diluluskan oleh Senat daripada pusat-pusat pengajian tinggi. Calon adalah dimohon untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain. (jika berkenaan);
  6. Ijazah Sarjana Muda & transkrip bagi calon yang memiliki Sarjana atau Doktor Falsafah
  7. Surat tawaran biasiswa bagi Pemegang Biasiswa JPA (jika berkenaan);
  8. Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain (jika berkenaan);
  9. Sijil kegiatan luar (Dokumen Asal Sahaja);
  10. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
  11. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan (seperti di pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam sahaja..

Semasa temuduga ini, calon dikehendaki membawa resume bergambar yang ringkas tetapi padat. Sukacita nak diingatkan bahawa salinan dokumen dan juga resume yang diserahkan kepada penemuduga tidak akan dikembalikan, dan akan menjadi hak milik SPA.

Sebelum menghadiri temuduga SPA ini, calon juga perlu melengkapkan resume di pautan myResume dan memuat-naik sijil-sijil akademik berkaitan. Pastikan semuanya lengkap dan disahkan.

Persiapan Temuduga

Calon yang bakal menghadiri temuduga SPA mesti dan wajib berpakaian kemas. Notis panggilan temuduga hanya akan dikeluarkan melalui e-mel, SMS dan semakan di laman web SPA.


Keputusan temuduga pula boleh diketahui dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir temuduga, dan boleh diperoleh menerusi laman web SPA. Calon juga akan diberitahu menerusi email mengenai keputusan temuduga.

Persediaan Bagaimana Untuk Hadapi Temuduga Kerja Kerajaan?

Persediaan Bagaimana Untuk Hadapi Temuduga Kerja Kerajaan

Jika anda merupakan calon yang dipanggil untuk temuduga oleh pihak SPA, saya nasihatkan supaya membuat persediaan rapi sebelum hadir ke temuduga. Persiapan yang dimaksudkan ialah:

  • Bagaimana untuk menjawab soalan-soalan 'killer' mengenai jawatan yang dipohon oleh anda. Jika anda tidak tahu teknik ini, bahaya menanti anda...
  • Apa dia soalan yang berbentuk menguji 'communication skill'? Inilah soalan yang akan akan menguji kemampuan, kekreatifan, keyakinan, kebolehkerjasamaan, kematangan dan kebolehan anda.
  • Mengetahui bagaimana soalan yang menguji cara pengurusan masa dan stress semasa bekerja yang mana ianya amat diperlukan oleh seorang penjawat awam. 
  • Menjawab soalan yang menguji 'Essential Professional Skills' anda yang bermaksud keprofessionalan anda dalam melakukan kerja. Budaya kerja professional amat dititikberatkan dalam sektor awam demi menjaga kredibilitinya.
  • Cara menjawab soalan killer seperti soalan-soalan mengenai 'Background anda', 'kekuatan & kelemahan diri', 'Kerjaya terakhir anda', dan juga 'Soalan khusus bagi mereka yang berada di tahun akhir atau lepasan universiti mahupun lepasan sekolah'.
  • Soalan berkaitan 'Jabatan atau agensi yang anda minta jawatan tersebut', serta soalan yang berkaitan dengan proses dan usaha pencarian kerja anda.
  • Penyediaan resume yang memenuhi kehendak penemuduga.

Ada rasa seram sejuk tak bila lihat beberapa persiapan yang perlu anda hadapi untuk persiapan temuduga SPA?

[Baca Juga] 10 Soalan Maut Panel Penemuduga Kerja Kerajaan

Ini memang cabaran besar untuk calon-calon yang dipilih untuk temuduga setelah lulus di dalam peperiksaan dan ujian sebelumnya. Nak tak nak, calon mesti lulus temuduga kerja gomen ini .. kalau tidak, sia-sia sahaja ulangkaji dan buat persediaan untuk lulus dalam peperiksaan yang dijalankan SPA.

SPA seboleh-bolehnya mahu memilih calon yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Pakej Rujukan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

Jika anda hadapi kesulitan dan rasa mahu dapatkan panduan serta rujukan untuk persiapan temuduga SPA, anda boleh dapatkannya menerusi pakej rujukan di bawah.


Mahu rujukan untuk persiapan temuduga kerja kerajaan? Nak tahu rahsia untuk lulus?


Semoga info di atas bermanfaat untuk anda, khusus buat mereka yang sedang berhadapan dengan panggilan temuduga kerja kerajaan (gomen) dari SPA.

Saya doakan anda lulus dan berjaya dalam temuduga nanti, in Sha Allah.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bagus info ni untuk mereka yang berkelayakan untuk memohon jawatan harus tahu, sedikit sebanyak membantu saat temuduga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai kantoi sbb tak susun sijil tu ikut turutan ...

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement