Ala .. lagipun resepi saya resepi biasa-biasa je, bukan seorang chef dan tak ada pengalaman langsung memasak di kedai makan. Semua resepi dalam blog ini jika anda ada membacanya adalah resepi gubahan sendiri. Perkara yang agak biasa buat suami seorang house husband macam saya .. hehe.
Sedapnya Cempedak Dibuat Goreng
Kali ini saya nak kongsikan satu resepi best, terutama yang penggemar buah cempedak. Resepi yang saya maksudkan ialah Resepi Cempedak Goreng Rangup.Aha, saya suka buah cempedak yang digoreng rangup. Hmmm ... sedapnya .. barulah ada nikmat tersendiri bila makan cempedak goreng yang rangup .. krup krap krup krap .. pastu lembut di dalam dengan rasa manis buah cempedak. Nyummm....
Resepi Cempedak Goreng Rangup
Bahan-Bahan
- 2 cawan besar Tepung Beras
- Setengah hingga 1 cawan Tepung Gandum
- 1 sudu besar mentega
- 1 biji telur ayam
- Sedikit serbuk kunyit
- Gula
- Garam
- Air
Cara-Cara
- Satukan semua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Jangan lupa masukkan sedikit air tetapi jangan sampai adunan jadi terlalu cair. Jika rasa penat nak kacau, boleh gunakan mesin untuk buat adunan ini.
- Jangan lupa masukkan sedikit garam dan gula.
- Rasa adunan tu agar tidak terlalu manis sebab nanti akan hilang rasa buah cempedak yang memang dah manis. Kalau saya, tak perlu pun letak gula ni .. huhu.
- Celup buah cempedak yang ingin digoreng ke dalam sebatian.
- Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.
- Balik-balikkan agar gorengan nampak sekata, dan warnanya cantik je. Kalau tak dibalik-balikkan nanti cempedak goreng ada warna kehitaman (hangus sedikit). Rosak rasa nanti.
- Angkat gorengan dan toskan minyaknya guna tisu dapur tu.
Oh ya, sebagai tambahan, kalau nak lebih rangup .. boleh tambahkan sedikit tepung jagung. Jika nak guna tepung ini, memadai 1 sudu besar. Kalau terlebih letak, nanti Cempedak Goreng akan jadi keras dan bukannya rangup.
Resepi ini adalah perkongsian dari emak saya, dengan sedikit ubahsuai daripada saya terutama bab letak telur dengan letak mentega (butter) tu.
Minta maaf saya tak dapat nak sertakan gambar ulas buah cempedak dibuat goreng rangup ... sedap sangat makan sampai lupa nak ambil gambar .. ekekeke .. jangan marah ye.
Tips Kalau Nak Buat Resepi Cempedak Goreng Rangup
Sedikit tips ...Kalau nak goreng cempedak, elakkan buah yang terlalu masak. Pilihan terbaik ialah mencari buah cempedak yang baru masak dan berisi tebal. Cari yang ada tekstur 'chewing gum'. Kalau isinya nipis, elok simpan dalam peti ais dan makan begitu sahaja.
Bila isi cempedak tebal, saiz cempedak goreng pun besar dan lebih puas memakannya.
Makan cempedak goreng rangup ni sedap dinikmati waktu petang-petang.
Ok ye, selamat mencuba.
saya cari hasil cempedak yang digoreng tak jumpa la pulak..
ReplyDeleterupa-rupanya dah kena makam
Hahahahaa ....
DeleteSedapnyaaa. :)
ReplyDeleteika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/08/book-haul-august.html
Heheh... cubalah buat sendiri. Bukan susah pun ni .. cublah resepi tu
DeleteSusah kadang nak cari isi cempedak yang tebal, ikut rezekilah..
ReplyDeletePernah kena dapat yang isinya putih aje, orang kata cemepdak peram..huhuhu
Isi putih memang biasanya diperam. Kalau nak isi tebal, mintalah penjual tu buka isi .. boleh je.
Deletementega n tepung beras tu rahsia cempedak goreng rangup;)
ReplyDeletekalau orang biasa menggoreng .... pasti dah tahu .. hehehe
Deletebest gila ni.. kalau buat sendiri lebih terasa nikmatnya. sebab cempedak goreng ni makin mahal plak harganya
ReplyDeleteterliur. skang ni mmg musim cempedak goreng..hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.