Musim durian tahun ini dah nak sampai ke penghujung. Dah tak banyak orang berniaga jual buah durian dengan harga longgok dan murah. Yang ada sekarang, semuanya menjual buah durian sehingga RM8 sekilogram (durian kampung).

Kalau jumpa yang jual murah, mungkin sebab samada ia berdekatan dengan dusun buah atau buah durian yang dah lama disimpan. Al maklumlah, bulan Jun dan Julai, pengeluaran buah durian agak tinggi yang menyebabkan harga buah ini jatuh.

Najmi Suka Makan Buah Durian

Dalam keluarga saya, rata-rata semuanya sukakan Raja Buah ini, termasuklah anak saya yang paling bongsu iaitu Najmi.

Sebelum ni saya tak tahu pun Najmi suka makan buah durian ni. Tahun ni, pertama kali kami dapat tahu yang Najmi gemar makan buah ni.
Syoknya Najmi Makan Buah Durian
Umur baru je setahun lebih, tetapi cukup suka dengan buah durian ini yang rasanya lemak-lemak manis. Pantang nampak, mesti Najmi akan kata "Nak .. nak" .... huhu.

Baru ni, saya bawa famili saya ke Batu Kurau. Cadangnya nak pegi ke Disiniland, Batu Kurau. Disiniland pernah viral sebelum ini kerana menawarkan tempat percutian ala-ala kampung. Tempatnya jauh masuk ke dalam 'hutan' dan dusun.

Tapi sayang, sebaik sahaja kami sampai ke depan perkarangan Disiniland, kami difahamkan tempat tersebut telah ditutup. Malah, ia nampak terbiar. Dari luar pagar, saya cuma nampak seekor kuda sahaja yang pernah menjadi tarikan utama ke Disiniland.

Hmm ... hampa.

Dah alang-alang berada di Batu Kurau, maka kami tukar plan.

Misi mencari durian murah.... hoho.

Alhamdulillah, masih ramai lagi peraih buah durian yang menjual buah durian kampung dengan harga murah.

[Dah Baca?] Pertama Kali Merasa Buah Durian HUTAN yang Unik dari Selama, Perak

Saya sempat memborong beberapa kilo buah durian kampung dengan harga RM6 sekilogram. Selain buah durian, dapat juga bawa balik beberapa kilo buah manggis dan rambutan.

Manggis dijual dengan harga 3 kilo RM10, samalah juga dengan buah rambutan.


Seperti biasa, bila dah sumbat buah durian dalam kereta, saya pun cucuk tangkai buah durian kat celahan ruang air-cond kereta yang dikatakan boleh mengurangkan bau kuat buah durian. Alhamdulillah, tak adalah pening kepala mencium bau buah durian segar.

Sesetengah orang ... walaupun dia suka makan buah durian, ada yang tak tahan bau buah durian ini dalam tempat yang tertutup atau kedap. Boleh lemas mencium bau dan mudah rasa pening kepala.

Sampai je di rumah, saya terus buka buah durian yang dibeli sebiji demi sebiji. Najmi yang memang gemar buah ini, terus jadi penunggu setia. Elok je duduk di samping menunggu buah durian dibuka.

Setiap ulas buah durian saya letakkan dalam bekas.

Dan saya hadapkan pada Najmi.
Syoknya Najmi Makan Buah Durian
Syoknya Najmi Makan Buah Durian
Syoknya Najmi Makan Buah Durian
Uhhh .. syoknya Najmi makan buah durian. Kiri kanan tangan genggam penuh ulas buah durian.

Tapi Najmi tak makan banyak. Dua ulas dah kira banyak dah untuk perut Najmi yang kecil. Bila jemu, dia akan berhenti makan. Kalau ambil ulas durian pun, semata nak main picit-picit ... huhu.

Oh sekadar nak ingatkan kalau anda ada anak kecil macam saya ni ...

Jika anak kecil makan buah durian, pantau elok-elok agar mereka tak tertelan biji buah durian. Kalau boleh, bila anda mengupas buah durian, ketika itulah anda bagi mereka makan .. senang nak pantau. Jangan buka buah durian dan tinggalkan begitu sahaja kat anak-anak.

[Dah Baca?] Puas Hati Sungguh Makan Buah Durian Bentong - RM20 Sekilogram!

Kadang tu, anak yang dah berusia lebih setahun dua pun boleh tercekik biji buah-buahan ni. Bukan setakat biji buah durian, biji buah rambutan, biji buah longan ... semua jenis biji buah boleh datangkan bahaya pada kanak-kanak. Ada je kes yang meninggal disebabkan tercekik biji buah buahan ni.

Jadi, kena hati-hati kalau anak tu suka makan buah-buahan yang berbiji, wajib pantau!

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. eh disiniland dah tutup? Rasa macam baru ahun lepas dia bukak. kemain dia kecik2 dah suka buah derian

    BalasPadam
  2. Durian agak murah sekarang ni. Rm6 sekilogram untuk durian kampung. Kira mampu beli dan mampu milik.

    BalasPadam
  3. rasanya najmi ikut jejak langkah family dia ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement