Dalam post sebelum ini, saya ada beritahu secara ringkas Teknik Lubuk Trafik untuk laman web perniagaan. Teknik yang dimaksudkan ialah teknik SEO atau Search Engine Optimization. Menerusi teknik ini, laman web bisnes akan menerima trafik secara lebih tepat, dan paling bagus ianya secara organik - tanpa perlu anda melabur dalam kos iklan.

Cara Dapatkan Trafik Organik (Percuma) Untuk Kedai Online

SEO - Cara Dapatkan Trafik Percuma ke Kedai Online
Dengan menggunakan teknik SEO, laman web perniagaan atau kedai online anda boleh mendapat trafik tanpa had dan tepat secara percuma dari enjin-enjin carian seperti Google, Bing atau Yahoo.

Teknik SEO juga dikenali sebagai cara mendapatkan trafik ke web secara organik. Anda tidak perlu bayar apa-apa kos. Segalanya menerusi kata kunci carian yang ditaip oleh pencari maklumat menerusi enjin carian.

Apabila seseorang menaip kata kunci misalnya,  "kedai jual iphone di Langkawi"  atau  "kereta sewa murah" ... hasil carian seperti di bawah akan keluar ...

Inilah yang dimaksudkan dengan teknik trafik organik dari enjin carian. Anda tak perlu gunakan Google Ads mahupun FB Ads untuk dapatkan trafik ke kedai online anda.

Contoh di atas adalah teknik SEO yang saya gunakan untuk dapatkan trafik kepada pengiklan advertorial di blog saya. Saya gunakan teknik SEO supaya mereka yang cari maklumat berkaitan dapat membaca info berkenaan di blog saya.

Dengan teknik ini, blog saya berjaya menerima trafik sehingga lebih 1 juta hits atau pageviews dalam tempoh 1 bulan sahaja! Aha .. 1 juta tu ... bukan nak hype .. tapi memang saya dah tunjukkan buktinya di sini - Tercapai Hasrat 1 Juta PV Dalam Tempoh Sebulan!

Bayangkan, jika teknik ini digunakan untuk kedai online anda!!

Dengan target kata kunci yang betul untuk kedai online anda, beribu-ribu trafik akan masuk secara percuma ke laman web bisnes anda setiap hari.

Tanpa trafik, bagaimana laman web anda nak menjual sesuatu, betul tak?

Cuma masalahnya ialah, anda perlu bersaing dengan ribuan laman web bisnes yang lain.

Kuasai Top Kedudukan di Enjin Carian



Laman web yang berjaya menerima trafik tinggi dari enjin carian biasanya akan berada di laman pertama enjin carian. Aha .. bukan mudah oo kalau nak kuasai kata kunci tertentu. Ia perlukan teknik tertentu, dan harus serta wajib belajar untuk benar-benar berjaya gunakan teknik SEO ini.

Usahawan online yang nakkan trafik percuma dari enjin carian, memang wajib rankingkan web perniagaan atau kedai online mereka di tangga teratas enjin carian. Wajib!

[Promosi] Bina Kedai Online Anda Sendiri Secara Percuma

Memang ada cara nak lawan kata kunci yang dah ada top rank ini, yang tu, anda kena keluarkan koslah untuk iklan di enjin carian. Bukan sedikit ye, kalau kata kunci tu memang hot, silap-silap kosnya sangat tinggi hingga boleh buatkan anda rugi kelak.

Amacam?

Nak teknik percuma ke .. atau nak teknik kena bayar?

Nak untung lebih atau nak untung sedikit?

Tapi macam mana kalau anda tak tahu teknik dan strategi nak rangkingkan kedai online anda?

Namun, sukacita nak ditegaskan ia mungkin bukan cara terpantas. Kalau gunakan teknik percuma untuk dapatkan trafik ke kedai online, ada banyak strategi dan teknik perlu dibuat dari semasa ke semasa.

Tips Mendapatkan Trafik Percuma dari Enjin Carian Untuk Kedai Online

Untuk mendapatkan trafik organik yang banyak ke kedai online anda, fokus utama adalah mencari kata kunci yang sesuai untuk web anda agar mudah ranking di enjin.

Orait.. saya berikan sedikit tips dan teknik untuk kedai online anda boleh mendapatkan trafik percuma dari enjin carian terutama sekali dari Google. Aha .. anda perlu sedar, 74.52% carian di internet menggunakan Google.

93% orang menggunakan telefon dan juga tablet dalam pencarian maklumat dengan Google.

Sebelum tu, saya juga nak beritahu .. teknik SEO untuk blog tak sama dengan teknik SEO untuk menarik trafik ke kedai online. Kata kunci tak sama. Strategi memilih kata kunci juga berbeza.

Kedai online lebih tertumpu. Ia sebuah laman web yang ada niche khusus, berbeza dengan blog (macam saya) yang carca-merba. Jadi, saingan dari segi kata kunci yang ada nilai komersil memang sangat tinggi.

Kedai online anda bukan setakat perlu bersaing kata kunci dengan kedai online lain menerusi carian percuma, tetapi juga daripada iklan-iklan yang target kepada kata kunci tersebut. Memang mencabar ni.

Ingat ye, untuk dapatkan trafik organik bagi sebuah kedai online, kata kunci yang digunakan untuk target adalah bersifat komersil. Barulah akan terhasilnya jualan.

Jadi bagaimana caranya?

Langkah pertama sudah tentulah nak kenalpasti kata kunci carian apa yang mungkin prospek guna untuk cari produk atau servis yang berkaitan dengan bisnes kita kat Google. Untuk kenalpasti, kita kena mengkaji. Ada banyak cara untuk mengkaji, tapi saya akan tunjukkan cara yang paling simple.
Orait, seperti di awal tadi, saya dah tunjukkan ... kebanyakan laman web biasa mementingkan keywords bersifat informasi. Sebagai contoh:

"Bagaimana nak kurus "...
"Bagaimana nak hilangkan jerawat"...
"Cara menulis artikel"...
"Cara buat bisnes online"...

Berbeza dengan sebuah kedai online dan untuk usahawan online, kita nak rankkan kata kunci untuk kedai online e-commerce kita dengan kata kunci bersifat komersial yang merujuk kepada niat membeli sesuatu produk secara online. Sebagai contoh:

"Beli buku online"...
"Tempah baju raya online"...
"Menjual kek kukus coklat"...
"Smartwatch murah"...

Ingat tips penting ini ....
Orang yang nak cari info kat Google akan gunakan keywords bersifat informasi manakala orang yang nak beli sesuatu produk secara online akan gunakan keywords bersifat komersial. 
Ini yang bezakan trafik yang akan hasilkan jualan dengan trafik yang sekadar menaikan jumlah hits/pageview.

So, bagaimana nak kenal-pasti kata kunci atau keywords tu?

1. Gunakan Google Search Autocomplete

Cara simple yang pertama untuk dapatkan idea kata kunci apa yang prospek guna untuk cari produk yang berkaitan dengan bisnes kita adalah dengan tengok pada Google Search Autocomplete.

Saya buat contoh mudah iaitu nak jual baju kebaya. Saya hanya perlu taip keywords 'baju kebaya' dan tengok senarai kata kunci popular yang lain keluar berkaitan dengan baju kebaya yang biasa orang cari di Google.

Antaranya ialah 'baju kebaya moden', 'baju kebaya labuh', 'baju kebaya 2018', 'baju kebaya tradisional', 'baju kebaya moden 2018', 'baju kebaya nyonya', 'baju kebaya songket', 'baju kebaya modern' dan 'baju kebaya pendek'.

Jadi, daripada Google autocomplete tu, saya dah boleh agak kata kunci yang sesuai yang akan digunakan untuk rank kedai online baju kebaya saya iaitu 'baju kebaya moden, tradisional dan labuh 2018'.

Nampak tak? Mudah je kan teknik ni.

2. Gunakan Google 'Carian Berkaitan'

Cara simple yang kedua untuk dapatkan idea kata kunci apa nak digunakan untuk kedai online kita adalah dengan menggunakan fungsi 'carian berkaitan' atau 'related searches' yang akan muncul di bahagian bawah hasil carian Google.

Contohnya macam tadilah ... saya cari 'baju kebaya' .. hasilnya seperti di bawah...


Nah .. sekarang dah boleh target bakal pembeli untuk kedai online anda menggunakan kata kunci popular di Google.

Apa perlu buat seterusnya?

3. Gunakan Google Keyword Planner

Orait, katakan saya nak gunakan kata kunci 'baju kebaya moden', 'baju kebaya tradisional' dan 'baju kebaya labuh'. Target bakal pembeli saya ialah untuk golongan muda bagi 'kebaya moden', golongan yang sedikit dewasa untuk kata kunci 'kebaya tradisional' manakala 'kebaya labuh' untuk kategori hijabista dengan gaya muslimah yang lebih sopan.

Saya perlu tahu, mana satu kata kunci yang saya perlu highlight lebih berbanding yang lain. Dan pastinya untuk membolehkan kedai online saya dapat bersaing dengan kedai online pesaing.

Saya akan gunakan Google Keyword Planner. Ianya percuma.

Daripada Google Keyword Planner tu, saya dapat tahu ketiga-tiga kata kunci mempunyai saingan yang cukup tinggi, tetapi dari segi jumlah carian (volume) bulanan di Google, kata kunci 'baju kebaya tradisional' kurang menyerlah.

Jika ikut logik pun, memang kebanyakkan pengguna telefon atau tab yang mencari produk ini adalah golongan muda yang terarah kepada jenis baju kebaya moden dan juga kebaya labuh oleh golongan hijabista muslimah.

Dua-dua kata kunci tersebut menerima sehingga 10,000 carian sebulan!

Kalau nak yang lebih baik, cuba dapatkan kata kunci yang kurang saingan (competition).

4. Sesuai Tak Dengan Kedai Online?

Sekarang anda dah tahu kata kunci yang ingin digunakan untuk kedai online anda. Perkara seterusnya ialah memastikan kedai online anda tu sesuai tak dengan kata kunci tadi.

Contohnya ... bakal pelanggan anda masuk ke kedai online disebabkan nak mencari baju kebaya labuh, tetapi dalam kedai online anda .. tak muncul pun baju kebaya dimaksudkan. Mereka pasti akan kecewa. Bila kecewa, mereka akan tinggalkan kedai online anda begitu sahaja.

Cara ini dah dikira macam 'menipu' mereka dan juga 'menipu' Google. Silap-silap kedai online anda akan dikenakan penalti oleh Google dan membuatkan kedai online anda tidak akan dapat peluang untuk berada di enjin carian.

Kedai online milik anda bukan sekadar hilang trafik organik, malah kalau nak buat iklan berbayar dengan Google Ads pun nanti pasti akan dikenakan kos yang tinggi .. oppss ...

5. Sesuaikan Dengan Niat Membeli

Kata kunci dengan niat membeli adalah kata kunci bernilai komersil. Selalunya apa yang mereka cari untuk beli produk secara online?

Jadi, anda mungkin boleh tambahkan kata kunci tertentu pada pilihan kata kunci yang telah dipilih untuk tujuan komersil.

Contohnya ... 'kedai jual kebaya moden 2018' atau 'kebaya labuh design terbaru' atau 'kebaya moden harga borong'.

6. Terapkan Kata Kunci

Anda dah tahu kata kunci apa yang nak digunakan, dah pun sesuaikan dengan fungsi niat membeli ... sekarang, langkah seterusnya ialah cara nak terapkan kata kunci tersebut di dalam kedai online anda.

Bagaimana nak optimasikan kata kunci tersebut supaya terarah kepada kedai online anda di enjin carian?

Di sinilah ramai usahawan online gagal lakukan.

Kebanyakkan mereka hanya membina kedai online sendiri tapi tak optimasikan kata kunci untuk menerima trafik percuma dari enjin carian. Mereka bina kedai online semata-mata untuk menjual, walhal kalau mahu menarik trafik dari enjin carian, kedai online anda perlu berikan lebih dari sekadar itu.

Apa maksudnya?
  • Anda perlu memastikan kedai online anda aktif dan sentiasa dikemaskini.
  • Kedai online anda ada artikel berkaitan dengan apa yang anda jual, contohnya macam tips menjaga baju kebaya, contoh baju kebaya moden, cara bezakan baju kebaya moden dan tradisional.
  • Ada internal link antara artikel dengan page yang nak jual produk
Bagaimana nak buat?

Nak tak nak, kedai online anda mesti dan wajib mempunyai satu ruang untuk menulis artikel atau blogging. Anda perlu sediakan artikel berkaitan dengan apa yang anda jual di kedai online anda. Dengan itu, anda boleh terapkan kata kunci yang telah anda pilih tadi menerusi penulisan blog di dalam kedai online anda.

Ramai usahawan online tak buat cara begini. Kebanyakkan mereka gagal kerana mereka rasakan mereka tidak pandai nak menulis blog.

Kalau tak tulis blog dan tak sediakan artikel, bagaimana nak gunakan teknik SEO tadi untuk dapatkan trafik percuma dari enjin carian seperti Google?

Sebenarnya, apa yang saya kongsikan ini adalah sebahagian daripada teknik-teknik SEO untuk mendapatkan trafik organik percuma dari enjin carian. Ada beberapa kaedah lain yang perlu anda belajar, dan bukan sekadar menghasilkan artikel di kedai online anda.

Nak belajar lagi pasal SEO untuk kedai online anda tak? KLIK Link di bawah ini.


2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement