Saya tak boleh bantu orang lain yang senasib dengan saya dalam merawat, tetapi saya boleh beritahu apa yang saya tahu mengenai penyakit ini yang memang ada dalam keturunan keluarga saya.
Tatacara Betul Uji Kadar Gula dalam Darah di Rumah
Bila anda seorang diabetik, perkara paling penting ialah memastikan agar kadar kandungan gula atau glukos dalam darah berada pada tahap memuaskan. Bacaan kadar gula 'normal' bagi seorang diabetik tidak sama dengan orang normal yang lain.Biasanya jika seseorang disahkan pesakit diabetes, kadar gula dianggap normal agak tinggi sedikit. Pun begitu, kadar gula dalam darah ini berbeza piawai ikut beberapa institusi. Antara institusi yang mempunyai piawai berkaitan kadar gula dalam darah untuk diabetik ini:
- The National Institute For Health and Care Excellence (NICE)
- International Diabetes Federation (IDF)
- World Health Organization (WHO)
- American Diabetes Association (ADA)
- American Association of Clinical Endocrinologists (AACE)
Puasa (FLB) | 2 Jam Lepas Makan (2HPP) | |
---|---|---|
NICE | bawah 7mmol/L | bawah 9mmol/L |
IDF | bawah 6.1mmol/L | bawah 11.1mmol/L |
WHO | bawah 7mmol/L | bawah 11.1mmol/L |
ADA | bawah 7.1mmol/L | bawah 7.8mmol/L |
AACE | bawah 6.1mmol/L | bawah 7.8mmol/L |
Saya biasanya akan memeriksa kadar gula dalam darah secara berkala iaitu 3-4 kali dalam seminggu. Pemeriksaan dilakukan di rumah menggunakan alat khas untuk menguji gula dalam darah.
Gunakan Alat Portable Test Gula Dalam Darah
Alat yang saya gunakan adalah portable dan boleh dibawa ke mana-mana. Jika anda seorang diabetik, boleh beli alat ini secara online samada di Shopee, Lazada, 11Street atau di EZBuy. Tetapi dari pengalaman sayalah, baik beli di Shopee sebab harganya murah.Cuba cari alat jenama Gluco Dr.Auto. Ia alat pengukur kadar gula dalam darah yang kebanyakkan klinik, farmasi mahupun hospital kerajaan gunakan.
[Dah Baca?] 7 Cara Resveratrol Sebagai Penawar Diabetes atau Kencing Manis
Dengan alat Gluco Dr.Auto ini, anda boleh melakukan pemantauan kadar gula dalam darah dengan mudah di rumah.
Cara-cara nak ambil kadar bacaan gula dengan betul menggunakan alat ini adalah seperti dinyatakan di bawah ini.
- Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membasuh tangan menggunakan air. Seelok-eloknya basuh tangan menggunakan air suam kerana fungsi air suam yang dapat menggalakkan pengaliran darah ke hujung jari. Selepas itu, lapkan tangan sehingga kering.
- Seterusnya picit jari-jemari dari tapak tangan menghala ke hujung sehingga jari kelihatan kemerah-merahan.
- Tekan butang ON pada glukometer tersebut untuk memastikan alat berkenaan berfungsi. Selepas itu, ambit satu strip daripada botolnya, kemudian masukkan strip tersebut ke dalam glukometer seperti gambar di bawah. Koyakkan juga paket kapas beralkohol untuk digunakan nanti.
- Ambil jarum pencucuk dan cabut penutup jarum tersebut. Berhati-hati sewaktu mencabut penutup tersebut untuk mengelakkan kecederaan pada jari. Terdapat pelbagai jenis penutup jarum pencucuk dan cara mencabutnya juga adalah berbeza-beza kerana ada yang hanya perlu ditarik, ada yang perlu diputar, bergantung pada jenama jarum tersebut.
- Kemudian, tekan dan picit hujung jari yang akan dicucuk menggunakan ibu jari seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
- Sementara itu, keluarkan kapas beralkohol dan lap hujung jari yang akan dicucuk. Pemilihan jari yang akan dicucuk bergantung pada kesesuaian diri pesakit sendiri.
- Ambil jarum pencucuk dan cucuk hujung jari menggunakan jarum tersebut. Cara yang betul adalah dengan mencucuk di bahagian tepi hujung jari, bukan di tengah-tengah jari.
- Lapkan titisan darah pertama yang keluar menggunakan tisu atau kapas kerana darah tersebut dikhuatiri telah bercampur dengan alkohol dan akan menjejaskan keputusan bacaan.
- Langkah seterusnya, ambil glukometer berserta strip dan picit sedikit hujung jari tadi. Titiskan darah ke atas strip tadi dan tunggu sehingga alat glukometer mengeluarkan bacaan. Sementara itu, tekan bahagian yang telah dicucuk tadi dengan tisu atau kapas untuk menghentikan pengaliran darah.
- Catatkan keputusan darah tersebut dalam satu jadual bagi memudahkan pemantauan tahap glukosa setiap hari. Bandingkan tahap glukosa dalam darah tersebut dengan bacaan normal.
- Pesakit diabetes perlu sentiasa memantau paras glukosa dalam darah dan membandingkannya dengan bacaan normal kencing manis yang sepatutnya bagi mengawal gula darah anda. Sebarang kenaikan atau penurunan memberikan kesan kepada pesakit.
Waktu Sesuai Ambil Bacaan Gula Dalam Darah
- Gula Darah Puasa (Fasting Blood Sugar)/FBS
- Ujian yang dilakukan di mana individu tersebut telah berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian dilakukan.
- Paras Gula Darah 2 Jam Selepas Makan (2-Hour Postprandial Blood Sugar)/2HPP
- Ujian yang dilakukan terhadap individu 2 jam selepas meminum air gula atau selepas makan. Pemeriksaan ini juga dikenali Ujian Toleransi Glukosa (OGTT). Ujian ini bagi mengetahui keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin
- Pemeriksaan Gula Dalam Darah Secara Rawak (Random Blood Sugar)/RBS
- Ujian kadar gula secara rawak ini boleh dilakukan pada bila-bila dengan penggunan alat periksa gula darah. Jika bacaan gula dalam darah individu terbabit luar biasa atau terlalu tinggi, kemungkinan besar megidap diabetes.
- Selepas Bersalin
- Wanita yang menghidapi diabetes ketika mengandung, mempunyai kebarangkalian 1 daripada 3 orangmenghidapi Diabetes tahap 2 dalam tempoh 5 tahun berikutnya. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menjalani Ujian Glukosa berpuasa (Fasting Blood Glucose ) setahun sekali.
Saya harap sedikit maklumat, panduan dan pengetahuan ini akan dapat membantu anda yang samada berada dalam pradiabetik atau telah sah sebagai diabetik.
Seperti awal saya beritahu, penting untuk anda ketahui kadar gula dalam darah sebelum terlewat. Kebanyakan pesakit diabetes kronik tidak ambil endah pasal bacaan gula dalam darah ini hatta ketika pengambilan rawatan ubat-ubatan.
Seorang pesakit diabetes perlu pastikan bahawa kadar gula dalam darah tidak terlalu tinggi, dan tidak juga terlalu rendah. Bila dapat tahu, maka bolehlah lakukan apa yang sepatutnya untuk elakkan musibah lebih buruk berlaku.
Nak bertanya, jika kita ambil sampel darah dari tempat yang sama kenapa bacaan berbeza? Kadang-kadang lebih tinggi/rendah dari bacaan yang pertama.
ReplyDeleteMemang normal ia akan berbeza. Sbb kepekatan darah ini tidak tetap, ia akan berubah setiap masa, ia macam air teh yang kita tak kacau gulanya habis .. bahagian atas, ia kurang manis berbanding bawah.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.