Salah satu tempat menarik yang disyorkan adalah galeri Wonderfood Museum Penang. Di dalam muzium ini, anda akan disajikan dengan pelbagai replika yang nampak realistik pelbagai juadah dan makanan terbaik yang ada di Pulau Pinang.
Replika Makanan Ultra-Realistik di Wonderfood Museum Penang
Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk masuk ke muzium ini yang terletak di Lebuh Pantai (Beach Street), George Town. Bangunan galeri Wonderfood Museum Penang ini bersebelahan dengan bangunan CIMB Bank dan juga bangunan Tiger Balm. Ia bertentangan dengan bangunan Allianz Malaysia Berhad di seberang jalan.Jika anda memandu tanpa menoleh kiri dan kanan, anda mungkin terlepas lokasi tempat menarik ini.
Jika anda berjalan kaki menyusuri bangunan-bangunan bercirikan kolonial British sepanjang Lebuh Pantai, mesti tak terlepas pandang galeri ini.
Nak mudah kenal, anda boleh nampak satu replika besar cendol di hadapan bangunan Wonderfood Museum.
Muzium berkisarkan makanan popular Malaysia ini telah beroperasi sejak akhir 2015 lagi. Ia memang dah lama wujud dan menjadi daya tarikan kepada pelancong asing untuk mengenali lebih dekat makanan di Malaysia.
Memang kagum dengan hasil seni replika makanan dalam muzium ini. Semuanya nampak realistik. Ia dipamerkan dalam beberapa ruang, dan dalam pelbagai saiz. Namun, yang menarik perhatian pastilah replika bersaiz gergasi.
Turut dipamerkan dalam Wonderfood Museum ini ialah miniatur gambaran street food dan street stall yang ada di Penang. Ia menunjukkan bagaimana makanan-makanan kegemaran rakyat Malaysia ini sangat mudah didapati dan bagaimana ia menjadi makanan kesukaan buat semua tak kira bangsa.
Replikas nasi lemak, teh tarik, mee udang, char-kue-teow, ais batu campur, termasuklah juga makanan tradisional masyarakat Melayu seperti rendang, lemang dan bahulu serta serunding ada dalam muzium ini.
Diiktiraf Tempat Menarik Terbaik Kategori Muzium Unik
Wonderfood Museum Penang telah mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan tourism atas usaha menterjemahkan makanan popular Malaysia dalam bentuk seni kreatif yang cukup menarik.
Kalau anda masuk ke dalam muzium dengan perut lapar, pasti akan terliur dengan beberapa replika makanan yang ultra-realistik.
Tingkatkan Pengetahuan Rupa Sebenar Makanan Popular di Malaysia
Bila berada di muzium ini, anda boleh tahu jenis-jenis makanan popular yang ada di Malaysia, bagaimana rupanya yang sebenar. Anda tentu terkejut bila dapat tahu bahawa negeri Pulau Pinang itu sendiri mempunyai banyak jenis makanan lazat yang mungkin sesetengahnya tak pernah anda tengok pun.Ada juga replika juadah makanan yang disusun mengikut kaum seperti makanan popular masyarakat Cina, masyarakat Melayu, masyarakat India, masyarakat Baba Nyonya, masyarakat India-Muslim - semuanya terdapat di Pulau Pinang.
[Baca Juga] Muzium 3D Made in Penang
Harga Tiket Masuk Wonderfood Museum Penang
Tiket masuk ke galeri makanan ini adalah seperti tertera di bawah:Once in a lifetime .. kata orang. Cubalah masuk ke muzium ini jika anda bercuti ke Pulau Pinang. Abadikan dengan mengambil gambar sebanyak yang boleh, kerana mungkin satu hari nanti .. anak cucu cicit nak tengok kepelbagaian makanan yang ada dalam Malaysia.
[Dah Baca?] Pengalaman Menginap di Hotel Neo Plus by Aston, Penang
Nak tahu makanan apa yang popular di Malaysia, di sinilah tempatnya - galeri Wonderfood Museum Penang.
wow !!! menariknya..blog HH hari ini dapat 5 bintang cantiknya paparan gambar
ReplyDeleteblog penuh informasi..sarat muatan ilmu..tahniah Sifu HH..
ReplyDeletemasih link kah blog Etuza kat sini hehehe
ReplyDeletewow bestnya mama mmg suka ttg apapun pasal makanan ni heee
ReplyDeleteSangat menarik. Nanti mai penang, boleh lah leya singgah
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.