Sejak dari itu, Aceh mula membangun semula. Aceh adalah merupakan sebuah wilayah autonami Islam di Indonesia. Ibu kota Aceh adalah Banda Aceh yang dahulunya dikenali sebagai 'Kutaradja'.
Wanita dan Lelaki Tanpa Pertalian Dilarang Makan Bersama di Aceh
Aceh yang juga disebut Acheh ini terletak di barat laut Sumatera merangkumi 12.26% pulau Sumatera. Ia memiliki 119 buah pulau, 73 sungai yang besar dan 2 buah tasik. Dua buah tasik tersebut adalah Tasik Laut Tawar di Takengon, Aceh Tengah dan Tasik Aneuk Laot di Kota Sabang.[Dah Lihat?] Gambar Tragedi Tsunami 2004 Yang Diingati
Undang-Undang Syariah di Aceh
Antara keistimewaan Aceh berbanding wilayah lain di Indonesia ialah ia melaksanakan undang-undang Syariah sepenuhnya. Pihak berkuasa Aceh memperkenalkan undang-undang Syariah ini pada tahun 2001 yang antara lain mewajibkan wanita di Aceh supaya bertudung dan dilarang memakai pakaian yang ketat serta menjolok mata.Terbaru, lelaki dan wanita di wilayah ini dilarang makan bersama kecuali mereka sudah berkahwin ataupun mempunyai hubungan keluarga, memetik sumber dari AFP.
Menurut ketua agensi syariah tempatan, langkah itu diambil bagi membantu wanita menjaga perilaku mereka.
Larangan turut berkuat kuasa kepada kakitangan tempat kerja berlainan jantina yang melarang mereka berkongsi makanan sewaktu rehat tengah hari.
“Objektifnya adalah untuk melindungi maruah wanita supaya mereka lebih selesa, berkelakuan baik dan tidak melakukan sesuatu yang melanggar syariah undang-undang Islam,” katanya.
Bahagian lain dalam larangan ditandatangani ketua daerah hari ini turut menyatakan wanita yang berseorangan atau tidak ditemani ahli keluarga tidak boleh dilayan di restoran atau kafe selepas jam 9 malam.
Pihak berkuasa berkata, ia bagaimanapun terpulang kepada pengusaha untuk menguatkuasakan peraturan meskipun pesalah tidak akan dihukum.
Tiga tahun lalu, Banda Aceh melarang wanita yang tidak berteman daripada mengunjungi tempat hiburan seperti kafe dan dewan sukan selepas jam 11 malam. Manakala, pada tahun 2013, bandar Lhokseumawe di utara Sumatera pernah mengeluarkan arahan supaya wanita duduk di bahagian tepi dengan kaki bersilang ketika membonceng motosikal.
Sememangnya apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Aceh sesuatu yang amat tegas dalam memastikan syariat Islam itu dilaksana dengan jayanya. Semoga ia menjadi contoh pada negara Islam lainnya yang selama ini gah di persada antarabangsa.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.