Isteri Saya Borong, Penangan 9.9 Shopping Day Shopee
Bagus ada banyak sale online ini. Shopee antara laman web shopping online yang sentiasa ada buat jualan menarik. Baru-baru ni ada 9.9 Shopee Sale, memang rambang mata jugaklah tengok apa yang ada kat laman web tu.Shopee dah jadi antara laman web kegemaran kami sekeluarga untuk beli-belah online. Sebelum ini, kami lebih kepada Lazada Malaysia. Tapi, selepas dah lihat apa yang ada dalam Shopee Malaysia, kami rasa .. beli-belah di Shopee lebih berbaloi, lagi-lagi produk yang kami cari memang dijual di Shopee dengan harga jauh lebih murah!
Borong PetPet Day Pants dari Shopee - Dua Kotak Besar!!
Sebab ada sale 9.9 tu, isteri saya telah 'borong' pampers jenama PetPet. Dua kotak tu ...Ketika bungkusan dihantar Poslaju sampai depan rumah, saya tak sangka pun ianya sebesar Najmi.
Haha. Besar tapi ringan.
Nampak ada label Shopee. Sah. Isteri saya shopping online ni.
Buka-buka, rupanya pampers PetPet. Dua kotak besar .. disekalikan dalam satu bungkusan Poslaju. Fuh .. sakan borong ni.
PetPet Day Pants .. dan satu bungkus pampers jenama Fitti juga jenis Pants. Ehh ... ada jenama lain dalam satu kotak PetPet? Mushkil lak. Hmm ni mesti dapat free ni .. tu sebablah isteri saya dok borong sakan.. haha.
Isteri saya takkan beli kalau ia tak berbaloi. Isteri saya takkan borong kalau harganya tak murah. Ni sebab sale 9.9 tu memang ada tawarkan harga diskaun banyak produk... tu yang buatkan isteri saya borong PetPet ni.
Benda memang pakai, memang keperluan .. jadi elok beli borong banyak selagi ada tawaran macam 9.9 Shopee Sale tu.
Lepas tu, dapat pula baucer percuma. Walaupun nilai cuma RM3 tapi okay la kan .. hehe.
[Dah Baca?] Beli Susu Formula Baby Harga Murah di Shopee
Anda ada shopping tak masa tu? Beli apa? Betul tak harga barang dijual masa sale tu murah-murah?
Sekarang pun, banyak produk kat Shopee yang dijual dengan harga yang menarik. Kalau anda nak dapatkan harga-harga menarik macam pampers PetPet ni, boleh check-it-out SHOPEE MALL di sini - Shopee Malaysia
inilah namanya bijak berbelanja. beli di masa ketika ada jualan murah. terus beli banyak kan. lagi2 ianya memang keperluan.
ReplyDeletewow berbaloi sungguh kan..
ReplyDeletesindrom mak-mak macam ni memang menjimatkan. saya pun suka shopping bila ada sales macam ni. hehehehehe
ReplyDeleteSeronoknya dapat barang harga murah. Mana-mana perempuan pun suka beli banyak-banyak time ada sales macam ni.
ReplyDeleteSama juga macam adik kita, dia beli borong pampers gak hehehe dengan susu..
ReplyDeletesuka shopping kat shopee sebab mudah nak chek out.. cuma problem takut memboros je. hahaha
ReplyDeleteIni borong lebih dari setahun nampak gayanya
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.