Baru-baru ini negara digemparkan oleh keputusan Mahkamah Syariah Terengganu yang menjatuhkan hukuman sebat atau rotan ke atas dua orang wanita Islam yang mengaku bersalah melakukan hubungan seks sejenis.

Ini merupakan hukuman sebat pertama seumpamanya dijatuhkan kepada pesalah yang didakwa di bawah Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah (lesbian).

Ada pelbagai reaksi telah diluahkan rakyat Malaysia menerusi media sosial. Ada yang menganggapnya adil, ada yang merasakan ia kurang sesuai. Apa jua respon diberikan, kita perlu tengok cara ia dilaksanakan.

Di bawah ini adalah infografik bagaimana tatacara hukuman rotan atau sebat itu dilakukan kepada dua pesalah wanita tersebut.
Sekarang anda dah tahu bagaimana tatacara hukuman sebat atau rotan ini dilakukan mengikut undang-undang Syariah di Terengganu.

Dua wanita beragama Islam yang telah disabitkan bersalah kerana melakukan hubungan seks sejenis di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, pada 8 April lalu telah dijatuhkan hukuman sebatan atau rotan sebanyak enam kali.

Hukuman itu dijalankan di dewan bicara, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu, sambil disaksikan oleh kira-kira 100 orang, termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.

Hukuman sebatan atau rotan bagi kedua-dua tertuduh telah dibuat secara berturut-turut dan mengambil masa tidak sampai tiga minit setiap seorang.

Saya suka nak kongsikan pendapat dan pandangan yang telah ditulis oleh Dr. Nik Rahim yang merupakan Pensyarah Undang-Undang Jenayah Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia mengenai hukuman ini yang telahpun dibuat oleh mahkamah Syariah Terengganu.

Mari sama-sama baca ye ...

Di Sebalik Hukuman Rotan Terhadap Pesalah Lesbian

Matlamat utama bagi setiap hukuman dalam Islam untuk memberi pengajaran kepada pesalah, agar menginsafi perbuatannya yang bercanggah dengan hukum agama. Selain itu, pengajaran juga dapat diperoleh oleh orang ramai yang menyaksikan peristiwa berkenaan.

Melihat kepada kaedah dan cara pelaksanaan hukuman, sangat jelas bahawa hukuman itu bukan untuk menyeksa atau menyakiti pesalah tetapi lebih kepada memberi kesedaran dan keinsafan, agar tidak mengulangi perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak.

Ini terbukti apabila tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku. Bahkan, ketika setiap kali hayunan rotan singgah di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran. Pegawai penjara perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan, iaitu menggunakan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh.

Jelas sekali dalam pelaksanaan hukum syarak, ada rahmat di dalamnya. Tepat sekali apa yang sering diuar-uarkan oleh banyak pihak khususnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof bahawa Islam itu rahmat buat sekelian alam (rahmatan lil aalameen).

Kesan terhadap pesalah

Hukuman yang dilaksanakan khususnya apabila dilaksanakan, pastinya mampu membawa keinsafan kepada pesalah, bahkan juga kepada orang ramai.

Ini terbukti apabila tertuduh pertama berusia 32 tahun dilihat mengalirkan air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai, manakala tertuduh kedua (22 tahun) pula sebak seketika apabila menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya.

Sama ada tangisan itu kerana perasaan malu, marah, insaf atau sebagainya, ia bukan urusan kita untuk membuat penghakiman. Kita serah kepada empunya diri dan juga Allah SWT untuk menentukan.

Oleh sebab matlamat bagi satu-satu hukuman ialah pengajaran kepada pesalah dan juga orang ramai, maka mahu tidak mahu ia mestilah dilaksanakan.

Selari Syariah

Ini bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T dalam al Quran:
"Penzina perempuan dan penzina laki-laki, hukumlah masing-masing dari kedua-duanya seratus kali, dan janganlah berasa belas kasihan kepada kedua-duanya yang mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang yang beriman." - Al Nur: 2
Pelaksanaan hukuman mempunyai kesan yang sangat signifikan kepada pesalah dan juga orang ramai.

Beri Kesan Psikologi

Pastinya ini akan memberikan kesan psikologi yang sangat mendalam dan pastinya pesalah dan mereka yang menyaksikan akan berhati-hati dalam setiap tingkah laku mereka, agar mereka tidak akan melalui situasi yang sama.

Hari ini kita lihat banyak kejadian jenayah. Jika diambil hukuman bunuh bagi pesalah yang mengedar dadah, ia seakan-akan tidak memberi apa-apa kesedaran kepada mereka yang terbabit dalam pengedaran dadah, meskipun mereka tahu akibat daripada kesalahan mereka kerana hukuman bunuh dibuat di tempat yang tersorok, iaitu di dalam penjara. Maka tidak ramai yang mengambil pengajaran.

Artikel ini tidak bermaksud untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya menjalankan hukuman bunuh di khalayak kerana ia pastinya akan membawa kesan yang negatif dan kecaman daripada pelbagai pihak.

Namun, kerajaan jika benar-benar serius untuk menangani masalah jenayah, sudah sampai masanya untuk melaksanakan hukuman ringan seperti rotan ini di khalayak ramai.

Kaedah merotan juga harus ditukar daripada kaedah biasa yang mencederakan kepada kaedah merotan dalam Islam yang jauh lebih berperikemanusiaan kerana matlamat hukuman bukan untuk mencederakan, tetapi untuk memberi pengajaran.

Ditulis oleh Dr. Nik Rahim Nik Wajis, Pensyarah Undang-Undang Jenayah Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia

Artikel Dr. Nik Rahim telah disiarkan dalam ruangan komentar Berita Harian, 5 September 2018.

Dalam satu kenyataan lain, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman sebagai berkata:
“Saya berpendapat hukuman sebat itu lebih berperikemanusiaan berbanding sebat dalam undang-undang sivil, ia tidak mencederakan sebaliknya hanya bersifat mendidik, memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan perbuatan dilarang Allah contohnya hubungan sejenis seperti lesbian.

Saya rasa mereka yang membantah itu lebih baik mengkritik terlebih dulu hukuman sebat dalam undang-undang sivil yang lebih memudaratkan seperti merosakkan anggota badan"

Kredit: Harian Metro dan Berita Harian

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement