Siapa sini pengidap kencing manis? Jika anda salah seorang disahkan mengidap penyakit ini, maka saya sarankan agar sentiasa mengawal kadar gula atau glukos dalam darah. Cara terbaik untuk memastikan bahawa kadar gula adalah sentiasa stabil, kena buat test darah dengan kerap. Saya gunakan Gluco Dr.Auto, satu alat yang memudahkan saya ketahui kadar gula dalam darah.

Test Gula Dalam Darah Dengan Alat Portable Gluco Dr.Auto

Alat Gluco Dr.Auto ini memang ada dijual di Farmasi. Malah, anda boleh membelinya di Lazada mahupun Shopee. Harganya tidaklah terlalu mahal, kurang RM100 untuk satu set.
Test Gula Dalam Darah Dengan Alat Portable Gluco Dr.Auto
Test gula dalam darah anda dengan alat Gluco Dr.Auto ini dalam tempoh berjarak, paling tidak seminggu 4-5 kali. Kalau dah dekat nak jumpa doktor untuk ambil ubat, maka buat lebih kerap, sekerap 2 kali sehari.

Tak susah pun gunakan alat ini. Satu set lengkap dah tersedia dengan alat nak cucuk ambil darah dan juga stripe untuk letakkan titisan darah untuk dapatkan bacaan.
Alat untuk tahu kadar bacaan gula dalam darah
Bukan apa, takut nanti jika bacaan gula dalam darah terlalu tinggi, anda mungkin terpaksa beralih kepada cara rawatan kencing manis yang lain.

Buat mereka yang masih di peringkat awal, elok gunakan mesin Gluco Dr.Auto ini untuk kesan kenaikan kadar gula dalam darah. Bila kadar gula naik, anda boleh cuba gunakan produk yang saya promosikan sebelum ini, iaitu Insourin dari JoyMix.

Insourin - Produk Turunkan Kadar Gula Dalam Tempoh 2 Jam

Produk tu memang bagus dan terbukti berikan kesan yang positif. Malah, ia mampu turunkan kadar gula dalam darah secepat 2 jam selepas pengambilan. Ala .. benda minuman, rasanya pun sedap. Tak rugi kalau anda amalkan Insourin tu.

Seperti mana Gluco Dr.Auto, produk Insourin pun boleh dibeli secara online. Anda boleh dapatkannya di sini - http://invol.co/clasjl

Beli Gluco Dr.Auto Secara Online

Dan kalau anda nak beli mesin test gula Gluco Dr.Auto ni, anda boleh cuba beli dengan harga murah di Shopee. Boleh beli dari seller di bawah ni, murah je .. cuma RM70 satu set.
Gluco Dr.Auto dijual murah di Shopee
Beli Set Gluco Dr.auto Shopee

Setiap Famili Perlu Ada Mesin Test Gula Dalam Rumah

Saya rasakan setiap keluarga perlu ada mesin test gula dalam darah ini, terutama kepada golongan yang berisiko tinggi. Ibu mengandung pun boleh gunakan mesin test gula ini untuk pantau kandungan gula dalam darah ketika hamil.

Bahaya ibu mengandung mendapat tanda kencing manis atau kadar gula dalam darah terlalu tinggi.... risiko tu untuk bayi yang dikandungkan dan juga untuk ibu hamil itu sendiri. Tak caya, cubalah anda google sendiri ..

Saya ada alat ini di rumah, memang digunakan setiap bulan. Masa isteri saya mengandungkan Najmi, isteri saya gunakan ini untuk elak kena cucuk insulin dalam badan disebabkan kadar gula naik mendadak.

Bila kadar gula atau glukos naik, bolehlah berpantang makan dan minum apa yang patut - terutama untuk ibu yang hamil lah.

Memang bagus ada alat itu. Tak rugi pun memilikinya di rumah.


Sebenarnya, ada je jenama lain untuk test gula dalam darah ni. Bukan Gluco Dr.Auto je. Tapi jenama ini yang paling popular dan setnya mudah nak diperoleh... seperti jarum nak cucuk dan stripe untuk test darah.

Di bawah ini ada dua jenis mesin atau alat portable untuk test gula dalam darah yang biasa ada kat Farmasi atau hospital ... aha .. tu tu .. salah satu tu adalah Gluco Dr.Auto.
Alat-alat untuk test gula dalam darah dengan cepat
Alat yang sama juga digunakan di Farmasi dan juga hospital kerajaan. Jadinya, memang valid kalau check gula gunakan Gluco Dr.Auto ni.
Test Gula Dalam Darah Dengan Alat Portable Gluco Dr.Auto
Walaupun ianya tidak setepat pengambilan darah diuji di makmal, tetapi sebagai langkah awal nak tahu bacaan gula dalam darah tu berapa, maka gunakan alat ini. In Sha Allah, ia akan bawa banyak manfaat dalam keluarga, khususnya untuk pastikan semua ahli tidak terdedah dengan risiko penyakit kencing manis atau diabetes.

Jangan dah teruk macam saya, terhegeh cari rawatan untuk pulih semula...huhu.

p.s: Doakan kesihatan saya sentiasa ok ya ..amin.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement