Magic Cube Wooden Puzzle pemberian sebagai hadiah memang unik. Jika nak selesaikan masalah Rubik Cube boleh dicari formula penyelesaiannya di YouTube, tetapi tidak untuk kiub teka-teki yang diperbuat daripada kayu ini.
Apa Formula Magic Cube Wooden Puzzle Ni?
Uhh jenuh weihh fikir formula untuk selesaikan Magic Cube Wooden Puzzle ni. Bukan masalah untuk memasangnya menjadi petak, tetapi nak leraikan bahagian-bahagian Magic Cube ini.Nampak macam mudah je, tapi .. uhh memang susah nak selesaikan.
Berbeza dengan Rubik Cube biasa kaler-kaler yang kita selalu nampak tu, Magic Cube ini adalah untuk susun dan leraikan bahagian-bahagian yang membentuk struktur kiub ini. Cukup mencabar.
Jika cabaran pertama untuk leraikan kiub pun dah susah, apatah lagi nak pasangkan nanti.
Memang ada cara dan formula untuk selesaikan. Tapi itulah, tak menjadi lagi buat masa ni.
[Dah Baca?] G-Math - Permainan Puzzle Matematik
Saya dan anak-anak jenuh nak mencabutnya. Uhh haram satu pun tak boleh. Paling berjaya pun, setakat boleh longarkan sahaja, tetapi sangat sukar nak mencabut bahagian kiub tu dari tempatnya.
Anda tahu ke formula nak selesaikan Magic Cube Wooden Puzzle ni?
Hmm .. saya dah cari di YouTube, apa yang saya jumpa adalah cara nak pasang Magic Cube ini, itupun saya kurang pasti adakah bentuk, strukturnya sama ... huhu..
Video Cara Pasangkan Magic Cube Wooden Puzzle
Cuba anda lihat video di bawah ini...Permainan ini tak ada peraturan dan arahan disertakan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Jadi, memang tak berapa nak faham bagaimana nak buat. Jika anda tengok video yang saya kongsikan di atas, agak-agak boleh buat ke tak?
Huhu .. kena ada formula yang betul - step-by-step .. baru boleh selesaikan Magic Cube Puzzle ni.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.