Mentor 7 kali ini menampilkan empat penyanyi versatil iaitu Aizat Amdan, Datuk Syafinaz Selamat, Siti Nordiana dan Hafiz Suip. Mentor-mentor ini mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih siapakah yang bakal menjadi protégé mereka.
Foto Ujibakat Mentor Musim 7 (2018)
Sesi ujibakat telah bermula sejak 8 dan 19 Ogos 2018 yang lalu, ia merupakan sesi uji bakat terbuka Mentor 7 dan berlangsung di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah.Seterusnya, sesi ujibakat mencari protégé telah dilakukan di Sri Pentas, TV3 Bandar Utama.
Datuk Syafinaz Selamat memulakan sesi uji bakat pertama pada 8 dan 9 September 2018. Seterusnya Aizat Amdan pada 15 dan 16 September, Hafiz Suip pada 22 dan 23 September dan yang terakhir sekali adalah Siti Nordiana pada 29 dan 30 September 2018.
Datuk Syafinaz Selamat mencari seseorang yang original dan unik di samping vokal yang mantap. Kriteria lain pemilihan adalah protégé beliau haruslah sensitif dan peka terhadap muzik. Ujibakat untuk pemilihan protégé Datuk Shafinaz diadakan pada 8 - 9 September 2018.
Siti Nordiana mahukan protégé yang belum berkahwin, boleh menyanyi dalam pelbagai genre seperti irama Malaysia, dangdut, rock, pop dan R&B, memiliki tona suara yang sedap serta berpersonaliti menarik.
Pilihan Aizat Amdan pula haruslah pandai bermain instrument muzik seperti gitar atau piano, belum berkahwin dan berkeyakinan serta berfikiran terbuka.
Hafiz Suip mencari seseorang yang mempunyai vokal mantap, boleh membawa lagu genre balada dengan baik, berperwatakan menarik dan paling penting, mempunyai minat yang mendalam dalam bidang nyanyian.
Berikut adalah beberapa gambar peserta ujibakat yang telah hadir untuk sesi ujibakat Mentor musim 7 (2018).
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.