Ada sesiapa yang bercadang nak ke Singapura tak? Aha, saya ada berita best nak dikongsi ni. Nak masuk Singapura dah tak perlu isi borang dan beratur panjang. Sekarang anda perlu gunakan Kad Ketibaan Elektronik yang baru sahaja diperkenalkan kerajaan Singapura.

Jika anda ada perancangan untuk melawat negara Singapura selepas ini, tak kiralah untuk kerja atau sekadar bercuti makan angin, anda beruntung kerana trip anda akan menjadi lebih mudah daripada dulu dengan adanya kad ini.

Tiada Lagi Borang Imigresen, Nak Singapura Kini Guna Kad Sahaja

Gunakan Kad Ketibaan Elektronik Singapura - No More Borang!
Sebelum ini, kalau nak masuk Singapura, melalui imigresen di lapangan terbang Changi, anda kadangkala kena beratur panjang. Jenuh tu bila datang Singapura masa musim cuti.

Bermula Oktober 2018, proses ini akan menjadi lebih senang kerana pengunjung dan pelancong tak perlu lagi nak mengisi borang ketibaan di kaunter-kaunter imigresen. Sebaliknya mereka hanya perlu ada Kad Ketibaan Elektronik ini sahaja.
Gunakan Kad Ketibaan Elektronik Singapura - No More Borang!

Bagaimana Nak Dapatkan Kad Ketibaan Elektronik Singapura?

Tentu anda tertanya, bagaimana cara nak memohon dan bagaimana kad ini berfungsi memudahkan kemasukan ke Singapura?

Lihat infografik di bawah ini.
Cara apply Kad Ketibaan Elektronik Singapura


1. Tempoh Percubaan 3 Bulan

Go paperless. Itu tujuan pihak kerajaan Singapura memperkenalkan Kad Ketibaan Elektronik ini. Ia akan menggantikan sistem dan kaedah lama mengisi borang yang melecehkan. Perubahan ini diumumkan baru-baru ini supaya proses imigresen berlaku dengan lebih lancar.

Aha, tak perlu lagi terhegeh nak mencari pen untuk isi borang comel tu .. huhu.

Sekarang ini percubaan sedang dijalankan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk pelancong asing selama 3 bulan dari 4 Oktober 2018 di kebanyakan checkpoint udara, darat dan laut, seperti:
  • Woodlands
  • Tuas 
  • Lapangan Terbang Changi
  • Singapore Cruise Centre
  • Terminal Feri Tanah Merah
  • Terminal Feri Changi Point
  • Terminal Feri Changi

2. Pelancong perlu submit info peribadi dan butiran perjalanan ke laman web atau aplikasi telefon pintar ICA

Errr macamana nak buat? Macamana nak dapatkan kad tu? Susah ke nanti nak dapatkan kad tu?

Aha ... Senang saja! Semua ini perlu anda settle sebelum anda mendarat di Singapura. Bila dah sampai, anda hanya perlu tunjukkan passport di kaunter imigresen untuk pelepasan.

Walau bagaimanapun, warga Singapura, penduduk tetap atau pemegang pas jangka panjang (pelajar atau pekerja) yang akan pulang ke Singapura tak perlu melalui proses ini kerana mereka tak perlukan kad ketibaan ini.

[Dah Baca?] Rahsia Dapat Kerja Gaji Lumayan di Singapura

Faham tak ni? Simple.

3. Ia mesra-pelancong dan mudah!

Makin mudahlah nak melancong ke Singapura bila dah ada Kad Ketibaan Elektronik ni kan? Singapura memang terkenal sebagai sebuah negara moden. Memang padanlah dengan teknologi sekarang yang dah semakin berkembang. Malah ia memang senang untuk digunakan.

Aplikasi ini disediakan dalam pelbagai jenis bahasa asing, dan ia membenarkan sesiapa yang melancong secara berkumpulan untuk membuat satu kali submission.

Bukan itu saja, info perjalanan seperti detail penerbangan dan alamat di Singapura akan direkod untuk semua individu dalam kumpulan tersebut. Pelancong juga boleh menyimpan info yang dihantar untuk trip yang akan datang. Memang jimat masa!

[Dah Baca?] Gaji Rm4,500 Sebagai Seorang Tukang Cuci Kereta di Singapura

Sama ada anda melawat Singapura melalui penerbangan, feri atau kereta/motosikal, sistem kad elektronik akan dilaksanakan untuk semua jenis pengangkutan. Bagi yang bekerja di Singapura

ICA juga berkata tindakan ini akan membantu ke arah pelepasan imigresen tanpa kertas yang akhirnya akan menjimatkan penggunaan sehingga 48 juta helai kad kertas setiap tahun!

Untuk info lanjut, lawati www.ica.gov.sg.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement