Berita sangat baik untuk semua pengguna internet di Malaysia. Menerusi satu kenyataan akhbar dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), rakyat Malaysia kini boleh menikmati pakej harga internet atau jalur lebar dengan harga lebih murah, malah sehingga 50% lebih murah dari harga terdahulu serta pakej kelajuan dipertingkatkan.

Menerusi kenyataan itu, ia menyebut bahawa pihak Telekom Malaysia (TM), Maxis, TIME dotcom (TIME ) dan Celcom telah mengumumkan pakej - pakej jalur lebar talian tetap yang baharu dengan pengurangan harga sehingga 56%.

Harga Pakej Permulaan Jalur Lebar Kelajuan Tinggi Lebih Murah

Pengurangan harga selain peningkatan kelajuan servis capaian jalur lebar ini adalah ekoran saranan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk menawarkan jalur lebar talian tetap pada harga yang lebih berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Perlaksanaan MSAP Kurangkan Harga Pakej Jalur Lebar

Penawaran pakej terbaharu jalur lebar talian tetap ini oleh TM, Maxis, TIME dan Celcom merupakan lanjutan daripada pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kesemua syarikat telekomunikasi tersebut menawarkan pakej permulaan di bawah RM100, berserta pakej - pakej yang menawarkan kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang lebih rendah.

Harga Permulaan Baharu Pakej Internet Jalur Lebar Talian Tetap TM, Maxis, TIME dan Celcom

Berikut adalah ringkasan pakej Telco untuk pakej terbaharu jalur lebar talian tetap untuk permulaan disediakan oleh TM, Maxis, TIME dan Celcom.


Pakej TelcoSebelum MSAPSelepas MSAP% Pengurangan
TM - 30 MbpsRM139 RM79 43%
Celcom - 40 MbpsRM180 RM80 56%
Maxis - 30 MbpsRM139 RM89 36%
Time - 100 MbpsRM149 RM99 34%


Pada bulan Jun 2018, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan bahawa menerusi pelaksanaan MSAP untuk jalur lebar talian tetap, kerajaan menjangkakan harga jalur lebar akan dikurangkan sekurang - kurangnya sebanyak 25% menjelang 31 Disember 2018 sementara kadar kelajuan yang lebih tinggi akan turut disediakan.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan MSAP itu telah menyebabkan pengurangan harga lebih daripada 30% untuk pakej - pakej permulaan tersebut.

Kelajuan yang lebih tinggi – selain daripada pakej-pakej permulaan, syarikat - syarikat telekomunikasi turut mengumumkan peningkatan kelajuan pada harga yang sama.

Saya melihatkan perkembangan dan berita ini sangat-sangat menarik, apatah lagi saya merupakan pengguna tegar internet di rumah, khusus untuk menjalankan kerja-kerja saya sebagai seorang penulis blog sepenuh masa.

Kelajuan Pakej TM Meningkat 10 Kali Ganda Pada Harga Serupa

Daripada pengumuman ini, anda boleh lihat dalam kes tertentu, seperti TM, kelajuan telah meningkat 10 kali ganda daripada sebelum ini dalam pakej harga serupa.

[Baca] Harga Pakej TM Unifi Lebih Murah, 40% Lebih Jimat!!

Begitu juga dengan syarikat-syarikat telekomunikasi lain yang turut memperkenalkan pakej - pakej berkelajuan tinggi dengan TIME memperkenalkan pakej permulaan Gigabit pada harga RM199 sahaja. Manakala pakej permulaan untuk 500Mbps hanya RM139 sebulan.

Nak mula melanggan dengan TIME dengan tawaran istimewa? Klik banner atau link disediakan di bawah untuk daftar secara online!!


Klik Sini Untuk Daftar TIME Secara Online

Ini satu yang sangat menarik, kerana buat pertama kalinya pakej jalur lebar Gigabit diperkenalkan kepada sebahagian besar segmen penduduk di Malaysia. Pastinya kelajuannya lebih berdesup berbanding dengan Megabit .. huhu.

Pakej Permulaan Baharu TM Unifi - Pakej Turbo TM

Pakej Terbaharu TIME Beserta Tawaran Online Eksklusif 100Mbps

Untuk tujuan promosi terkini, pihak TIME turut menawarkan pakej eksklusif jalur lebar talian tetap 100Mbps dengan hanya RM99 sebulan. Tawaran ini hanya diberikan kepada pelanggan yang membuat langganan secara online di laman web TIME.

Klik Sini Untuk Daftar TIME Secara Online

Ini satu penawaran yang sangat menarik untuk semua pengguna internet di Malaysia. Mungkin ada yang akan beralih Telco untuk mendapatkan kelajuan lebih tinggi pada harga berbaloi.

Tertakluk Pada Liputan dan Infrastruktur Jalur Lebar Kawasan

Tetapi dukacita juga saya nak beritahu, walaupun anda nampak harga-harga tawaran tersebut menarik .. ia bergantung juga dengan kawasan liputan di tempat anda. Andai infrastruktur di tempat anda belum lagi dioptimasi untuk pakej internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi ini, anda mungkin perlu menunggu untuk satu tempoh tertentu sebelum dapat menikmatinya.

Pun begitu, saya secara jujurnya suka dengan perkembangan ini. Harapnya perlaksanaan MSAP ini akan dituruti secara menyeluruh - bukan setakat memberikan tawaran, tetapi memastikan infrastuktur untuk internet kelajuan tinggi telah siap sedia selain stabil.


Harga murah, pakej ditawarkan kelajuan tinggi tetapi hakikatnya servis masih di takuk lama yang mengecewakan ramai pengguna.

Tips akhir sebelum memilih Telco untuk pakej internet jalur lebar kelajuan tinggi talian tetap ini, semak dulu coverage dan infrastruktur di tempat anda. Dapatkan info ini daripada setiap wakil jualan pakej internet TM, Maxis, TIME dan Celcom yang berdaftar.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Murahnyaaa, jauh beza..
    Saya pun nak col TM nak tanya berkenaan bil unifii saya..skrg saya bayar rm189 utk Turbo..
    Terima kasih infonya Tuan ..

    ReplyDelete
  2. fuhhh..inilah 'rahmat' persaingan dlm service provider..pengguna yang akan dapat nikmat

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement