Blog saya mula dikenali ramai, diberikan liputan oleh media bermula pada tahun 2010 - 2011. Ketika itu, trafik blog saya memang tinggi .. ada yang mencecah sehingga 20-30 ribu pageviews (hits) sehari. Malah, beberapa post dari blog saya jadi viral dan diterbitkan semula oleh beberapa laman web media arus perdana.
Rakan Blogger Perlu Saling Memberi Sokongan
Alhamdulillah, rezeki dari menulis blog juga semakin baik ketika itu. Banyak syarikat besar yang approach untuk buat kolaborasi, terutama sekali dalam penghasilan artikel advertorial di blog ini. Antara syarikat tersebut termasuklah dari Tourism Malaysia, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), UMW Toyota, Lazada, Shangri-La Hotel, ZTE, Yeos dan beberapa lagi.Saya juga pernah dijemput sebagai panel jemputan untuk sebuah rancangan bual-bicara RTM1, bergandingan dengan Ustaz Zahazan.
Ia satu pengalaman yang luarbiasa bagi saya, yang tak ada apa-apa keistimewaan dan kelebihan.
Sebenarnya, apa yang telah saya tempuh, dapat, peroleh sejak mula menulis blog ini adalah kerana sokongan dari ramai orang terutama sekali mereka yang berada di dalam atmosfera dunia blog Malaysia.
Saya mendapat sokongan dari rakan-rakan blogger hebat termasuklah daripada luar Malaysia. Merekalah yang membantu secara tak langsung memperkenalkan blog saya kepada pembaca setia blog mereka dan orang lain.
Event pertama saya sebagai seorang blogger rasmi adalah hasil perkenalan saya dengan blogger dari Satun, Siam (satunsiam.blogspot.com). Beliaulah yang membawa nama blog saya dikenali di kalangan blogger-blogger dan pengamal media alternatif di Malaysia.
Kemudian, saya menerima sokongan daripada rakan blogger Ben Ashaari (benashaari.com), Rina Salleh (inisyurgadunia.blogspot.com), Irine Nadia Marcelo (irinenadia.blogspot.com), Namee Roslan (nameeroslan.blogspot.com) dan juga Adnan Ibrahim (www.tiffinbiru.com) yang telah membantu meningkatkan jumlah trafik ke blog ini.
Saya diberikan jolokan antara SEO Specialist Malaysia oleh pengasas Denaihati Network - Amir Hasan (denaihati.com) yang turut mempromosikan blog saya sebagai jenama kepada puluhan ribuan pengikut blog mereka.
Ramai lagi rakan blogger yang telah membantu samada secara langsung dan tidak langsung. Anda boleh tengok sebahagian daripada mereka ini di Blog Pilihan.
Senarai Blog Ibu Tunggal - Jom Support
Jauh dari dalam sudut hati, saya juga ingin menyumbang sesuatu kepada rakan blogger lain, terutama sekali yang memerlukan support.Untuk itu, saya berbesar hati nak perkenalkan blog di bawah ini:
- Mialiana.com oleh Julia Ngah
- IzzEyda.com oleh Che Sue Izzeyda
- AzuraRahman.com oleh Azuraa Rahman
- SuriaAmanda.com oleh Parizan Mohd Zain
- ZureinyZulkafly.blogspot.com oleh Zureiny Zulkafly
- Linzkushina.com oleh Fazlina Rina
- IzyanBalqis.com oleh Izyan Balqis
- SariahAwangSenik.blogspot.com oleh Sariah Awang Senik
- AlongMurni.blogspot.com oleh Murni Nurul Ain
- MazianaZainalAbidin.blogspot.com oleh Maziana Zainal Abidin
Berilah support kepada mereka dengan menjadi follower atau setidak-tidaknya berikan sedikit pendedahan tentang kewujudan blog mereka di kalangan pembaca dan pengunjung blog kita.
Boleh juga follow mereka di Facebook dan juga media sosial yang lainnya. Klik pada pautan diberikan di atas, dan berkenalan dengan mereka.
Jom support blog ibu-ibu tunggal ini.
Chaiyokkk ...
Bagus bro...saya sokong. Boleh save as a favourite entry ni, nanti ada masa boleh singgah blog2 mereka... 👍👍
BalasPadamOrang yang baik, selalu di balas baik. Moga tuan senantiasa di murahkan rezeki
BalasPadamTerima kasih tuan hasrul. Moga senantiasa dimurahkan rezeki.
BalasPadamAssalamualaikum HH...bagus dan bolehlah kita support sesama blogger...
BalasPadamTerbaiklah... Semoga semuanya mendapat manfaat
BalasPadamAsalam..baru tahu..saya memohon maaf jika komen2 saya kat blog mereka menyinggung mereka semua. Niat nak jalinkan ukuhuwa sesama blogger ja
BalasPadamtouchingnya bila baca entri ni... thanks HH sudi support Mia. moga dimurahkan rezeki HH sekeluarga....
BalasPadamsesungguhnya mereka ini sangat kuat. bukan mudah menjadi ibu tunggal. u go girls.. jom support
BalasPadamthanks mamapp....
PadamSokongan antara satu sama lain boleh menjana karma yang baik. Pasti I sokong Blog Ibu Tunggal ni.
BalasPadamAlhamdulillah HH.. Semoga dengan cara ini ukhuwah antara rakan bloggers terus berkekalan..
BalasPadamgo..go..go
BalasPadamdarah tinggi
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.