Anda nak beli kereta, dan buat loan, tetapi takut sangkut sebab ada tunggakan dalam pinjaman PTPTN? Baca post ini, ada jalan penyelesaian untuk settle.

Sejak kerajaan baharu buat pengumuman tentang mereka yang tak bayar PTPTN tak boleh approve untuk memohon pinjamaan pembelian kereta, maka ramai yang merungut akan hal ini. Mesti rasa tertekan sebab bila tengok slip gaji, dah ok ... dah melebihi kelayakan yang ditetapkan dah, tapi PTPTN pulak yang sangkut.

Cara Lulus Loan Kereta Jika Sangkut Sebab PTPTN

Cara Nak Settle Loan Kereta Sangkut Kerana PTPTN
Zaman sekarang, andai tak ada kenderaan memang susah sikit, lagi-lagi kalau ianya digunakan untuk mencari rezeki.

Mungkin bukan niat untuk lengahkan atau tak mahu bayar hutang PTPTN. Tetapi keadaan memaksa sehinggakan pinjaman PTPTN ni ada yang lupa nak jelaskan dengan baik.

Kalau anda betul-betul terdesak nak beli kereta dan mahu pastikan loan berjaya lulus, ikuti tips atau panduan disediakan di bawah ini ya.

Ianya berdasarkan pengalaman daripada seseorang yang pernah berhadapan dengan masalah ini. Mungkin anda juga boleh ikut bagaimana cara individu ini menyelesaikan permasalahan ini dan akhirnya dapat memiliki kereta yang dibelinya. Tempoh masa untuk semua urusan ni selesai adalah lebih kurang 2 minggu saja.

Langkah 1 - Keluarkan Akaun 2 KWSP

Mula-mula sekali, pergi ke mana-mana cawangan KWSP dan buat pengesahan yang anda ingin keluarkan akaun 2 KWSP untuk tujuan pembayaran tunggakan PTPTN. Tak lama pun, sekejap je dah settle!

Kalau rasa cawangan PTPTN agak jauh di tempat anda, boleh buat permohonan secara online menggunakan iKWSP. Login ke akaun iKWSP anda, pilih pengeluaran - pendidikan - ptptn. Isi maklumat yang diperlukan, jumlah nak dikeluarkan untuk bayaran tunggakan.

Nanti KWSP akan hubungi anda semula untuk pengesahan di cawangan yang berdekatan.

Selepas pengesahan dan persetujuan dibuat di cawangan KWSP tersebut, anda akan menerima SMS daripada pihak KWSP yang mengesahkan persetujuan anda untuk membuat bayaran PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP.

Langkah 2 - Pergi Cawangan PTPTN Untuk Buat Penstrukturan Semula

Jika tak dapat bayar penuh PTPTN atau ada masalah bayar penuh gunakan akaun KWSP, anda kena memohon pihak PTPTN untuk buat penstrukturan semula pembayaran pinjaman berdasarkan kepada baki pinjaman yang terkini - setelah ditolak dari pembayaran gunakan akaun 2 KWSP.

Anda kena mohon penstrukturan bayaran semula ini.
Hubungi pegawai PTPTN dengan Whatsapp untuk bantuan
Jadi, anda kena berhubung dengan pegawai PTPTN. Mereka boleh dihubungi menerusi telefon/whatsapp atau email. Boleh semak di laman web PTPTN itu sendiri. Pilih pegawai yang bertugas di cawangan yang terdekat.

Beritahu pegawai PTPTN tentang pengesahan ini dan pegawai tersebut akan berikan borang yang perlu dicetak (muat-turun secara online). Ada lebih kurang berbelas-belas muka surat untuk dicetak.

Pastikan semuanya lengkap. Selepas tu, barulah anda pergi ke cawangan PTPTN tersebut untuk buat penstrukturan semula dengan pegawai PTPTN.

Langkah 3 - Tunggu Surat Pengesahan

Setelah urusan dengan PTPTN selesai, anda akan diberikan surat pengesahan penstrukturan semula oleh pihak PTPTN. Berikut adalah contoh surat yang bakal anda terima menerusi email:
Email pengesahan bayaran PTPTN

Langkah 4 - Hantar Surat Pengesahan Kepada Dealer

Cetak surat pengesahan yang telah anda terima ini. Hantar surat ini kepada dealer kereta, dia akan uruskan proses selanjutnya nanti. Dealer ini akan serahkan surat pengesahan pembayaran PTPTN anda itu kepada mana-mana bank tertentu.

In Sha Allah, kalau tak ada masalah, anda akan terima jawapan yang permohonan loan kereta anda dah lulus!

Bagi sesiapa yang sangkut nak beli kereta sendiri disebabkan hutang PTPTN tertunggak, buatlah penstrukturan semula seperti yang ditunjukkan di atas. Atau lebih baik, buat sahaja pembayaran penuh gunakan akaun 2 KWSP. Bila buat pembayaran penuh, boleh dapat diskaun sebanyak 20%!

Sebagai tips tambahan untuk mudahkan urusan anda dengan pihak PTPTN, mintalah nombor mana-mana pegawai PTPTN. Kalau boleh, cari pegawai PTPTN di cawangan terdekat dengan tempat anda. Tak perlulah korang ulang alik ke cawangan PTPTN. Lagi senang!

Nak tanya guna whatsapp pun mudah. Cuba lihat di laman web PTPTN, pada senarai cawangan .. ada nombor telefon dan email pegawai PTPTN disediakan ikut cawangan.

Semoga info ni membantu mereka yang nak beli kereta nanti ya!

Artikel Asal: Blog MauKerja

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. thanks sharing info ni, sangat berguna.

    BalasPadam
  2. tenkiu HH ajarkan cara nk buat ni. mesti ramai yang nk tahu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya sesiapa yang ada masalah dengan PTPTN .. nak buat loan, ikut panduan yang dibeirkan ini.

      Padam
  3. Makaseh infonyaaa Tuan..
    Kalau nak beli kereta, meh laa beli gan anak saya hahahahaa eh teriklan pulak opss..

    BalasPadam
  4. But cara macam ni dalam 3 hari dapat loan kereta. Nama dah clear dlm masa singkat.

    https://shopee.com.my/adamziyaf menjual minyak burung unta, botol goodies dan produk SATEKU.

    BalasPadam
  5. Ye.. Ini betul. Admin pun tahun lepas ada masalah yg sama. Tetapi dah settle dan dah nak 2 tahun guna kenderaan tuh. Alhamdulillah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement