Kemungkinan besar perkongsian panduan Adsense saya ini telahpun diketahui oleh ramai blogger Malaysia terutama yang dah lama menggunakan platform Adsense untuk mencari income tambahan menerusi blog.
Tips Tingkatkan Income Adsense Sehingga USD200 Sebulan
Tips cukup simple dari segi teori, tetapi agak sukar nak capai kalau tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Memang dah banyak blog terutama blog yang baru apply Adsense yang telah berjaya mendapat sehingga lebih USD200 pada bulan pertama menggunakan Adsense ini.Ada tiga perkara penting untuk mendapatkan income sehingga lebih USD200 sebulan menerusi Adsense ini.
Trafik Tinggi Sebelum Apply Adsense
Baru-baru ini, saya telah diminta oleh seorang rakan blogger untuk memohon akaun Adsense penuh untuk blognya. Blog tersebut agak baharu, tetapi kaya dengan konten. Malah, setiap hari .. saya lihat terdapat 3 hingga 5 konten baharu diterbitkan.Trafik memang agak tinggi juga, mencecah sehingga 300,000 PV sebulan.
Blog tersebut berjaya mendapat trafik yang agak tinggi dengan menggunakan teknik SEO. Malah, beberapa post review yang dibuat oleh blog tersebut berjaya berada di laman pertama enjin carian Google sehingga ada blog post dari saya sendiri tertendang satu dua anak tangga ke bawah disebabkan post review blog tersebut.
Jadi, kekuatan SEO blog tersebut memang tidak dapat disangkalkan lagi khusus untuk beberapa keyword yang ada nilai bisnes.
Maka, apabila blog tersebut menggunakan Adsense pertama kali, nilai CPC melonjak sehingga mencecah USD1.76 (tertinggi setakat ini). Ia berjaya mendapat USD10 dalam tempoh seminggu (7 hari) menggunakan Adsense.
CPC ialah kos iklan dibayar setiap klik yang diperoleh. Jadi, apabila CPC ialah USD1.76 .. setiap satu klik yang diperoleh blog tersebut menerusi iklan Adsense ia mampu menjana sehingga USD1.76 (nilai tertinggi secara purata).
CPC tinggi antara penyebabnya adalah trafik tinggi dari penggunaan keyword tepat untuk pemasar internet. Dan inilah yang berlaku pada blog tersebut.
Penggunaan Keyword Carian Bernilai Tinggi
Apabila kita menulis artikel yang mempunyai nilai komersil dan ada kemampuan untuk berada di paparan utama enjin carian, ini akan membolehkan setiap iklan yang keluar di blog akan mempunyai nilai CPC yang agak tinggi.Nilai CPC ini adalah bergantung dengan kos yang dikeluarkan oleh pengiklan di Adsense dan juga jumlah persaingan terhadap nilai komersil tersebut iaitu penggunaan satu-satu kata kunci (keyword) bisnes untuk berada di enjin carian.
Contoh seperti di bawah...
Keyword "kedai makan sedap di Ipoh" yang tidak memberikan impak besar untuk nilai CPC Adsense. Jika blog anda berada di tempat pertama Google dan terima banyak trafik sekalipun, ia tidak mampu nak berikan income sehingga USD200 menerusi Adsense.
Berbeza dengan keyword "hotel murah di Ipoh" seperti ditunjukkan di bawah ini. Malah, kalau anda buat carian di Google, iklan mengenai hotel murah akan keluar di kedudukan paling atas sekali. Ini menunjukkan jika anda tulis mengenai hotel murah di Ipoh, anda mungkin boleh mendapat nilai CPC Adsense yang tinggi dan memungkinkan untuk blog menerima lebih USD200 dalam tempoh sebulan.
CTR Tinggi
Blog yang bagus adalah blog yang mampu memberikan nilai CTR (Click-through-Ratio) yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa 'call-to-action' dalam blog tersebut adalah mempunyai kemungkinan tinggi untuk diklik oleh pembaca blog.Namun, agak bahaya juga bila nilainya terlalu tinggi yang boleh menyebabkan timbul masalah invalid-click oleh Adsense.
Jadi, kalau nakkan income Adsense mencecah sehingga USD200 setiap bulan, kena hasilkan sebuah blog post yang mampu membuatkan pembaca untuk klik iklan-iklan yang dimunculkan oleh Adsense ini.
Oh ya, CTR adalah ratio klik pada setiap iklan Adsense dipaparkan dalam blog.
Anda gunakan 3 teknik ini, in Sha Allah, income Adsense akan mampu bertambah dari semasa ke semasa. Saya sendiri telah mula aplikasikannya... dan memang nampak hasil yang agak ketara dalam income Adsense. Percayalah .. huhuh..
Segala tips diberikan untuk naikkan income Adsense sehingga mampu cecah USD200 sebulan ini memerlukan usaha dan kerja keras terutama sekali dalam mencari keyword yang mempunyai nilai CPC yang tinggi.
Dan lagi, kena pandai dalam bab SEO agar segala konten yang ditulis dengan menggunakan keyword bernilai tinggi berada di top enjin carian. Ia adalah satu yang sangat mencabar dan perlukan ketekunan dan kerajinan.
Saya doakan anda berjaya, dan akhir sekali nak ingatkan .. bijak-bijaklah memilih keyword tersebut kerana ada keyword walaupun nilai CPC nya tinggi .. iklan yang terhasil darinya kadangkala menyalahi dari segi moral.
nak tips lagi
BalasPadamTerima kasih. Dapat ilmu free dari HH..
BalasPadamBanyak tu...byk kena b3lajar lagi. TQ bro utk tips
BalasPadamterima kasih atas ilmunya. teringin sangat nak naikkan income adsense ni
BalasPadamTips yg sgt bguna..nmpaknya blog perlu ada niche yg betul dan keyword yg mantop..
BalasPadamtips yg sangat berguna..trima kasih
BalasPadamTerima kasih sudi berkongsi info tentang adsense.
BalasPadamtips terbaik. memang memerlukan usaha yang berpanjangan. Kalau buat sekali belum tentu boleh dapat terus. Terima kasih atas tips berguna ni...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.