Anda mencari pembiayaan untuk skim rumah pertama anda? Ada satu tawaran sangat menarik daripada MBSB Bank untuk mendapatkan pembiayaan skim rumah pertama ini. Pembiayaan diberikan adalah sehingga 105% (termasuk MRTT/fi yuran guaman).

Saya mendapat tahu mengenai skim pinjaman perumahan dari MBSB Bank ini semasa membelek akhbar. Pada saya, tawaran diberikan oleh bank baru MBSB Bank ini adalah sangat menarik dan pastinya dapat membantu ramai orang terutama golongan muda mendapatkan rumah pertama mereka.

Skim Pembiayaan/Pinjaman Rumah Pertama MBSB Bank

Skim Pembiayaan/Pinjaman Rumah Pertama MBSB Bank Sehingga 105 Peratus
Menerusi skim rumah pertama ditawarkan oleh MBSB Bank ini, pembiayaan diberikan sehingga 105% harga rumah. Ini bermaksud pembiayaan disediakan kepada mereka yang layak termasuk MRTT dan juga fi guaman. Malah, Subsidi fi guaman juga diberikan sehingga RM6000!

Jadi, bila dah dapat pembiayaan perumahan rumah pertama dari MBSB Bank ini, memang tak perlu risau dan gusarlah pasal duit muka, kerana pinjaman diberikan dah dikira cover harga rumah - kalau ikut apa yang dinyatakan.

MBSB Bank juga menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif berbanding dengan skim rumah pertama bank-bank lain. Manakala tempoh pembiayaan pinjaman perumahan diberikan sehingga 35 tahun atau sehingga umur 75 tahun.

Yang bagusnya ialah, skim ini ditawarkan dalam bentuk konsep syariah iaitu Tawarruq. Apa benda Tawarruq ini, kenalah tanya kepada yang benar-benar faham. Saya nak jelaskan memang tak pandai.

Syarat Permohonan Pembiayaan Rumah Pertama

Ok, apa syaratnya untuk memohon pembiayaan atau pinjaman perumahan di bawah skim ini?
  1. Mestilah warganegara Malaysia usia di bawah 40 tahun
  2. Pembeli rumah pertama
  3. Jika bekerja mesti dah sah bekerja selama lebih kurang 6 bulan dan merupakan graduan IPT (ijazah) atau paling tidak dengan pengalaman bekerja lebih dari 3 tahun (bukan graduan/ada ijazah)
  4. Mesti duduki rumah yang dibeli
  5. Rumah yang dibeli pula berharga antara RM100K hingga maksima RM500K.

Cukup menarik? Penuhi syarat?

Borang Permohonan Pinjaman Perumahan

Jika anda mahu memohon, boleh muat-turun borang permohonan pinjaman skim rumah pertama MBSB Bank ini di bawah:


Dokumen-Dokumen Perlu Disediakan

Dokumen yang perlu disediakan untuk memudahkan urusan permohonan pembiayaan adalah seperti berikut:

Bekerja Sektor Awam/Swasta

  • Salinan MyKad/Passport
  • Borang BE terkini dan Penyata Cukai EA
  • Penyata bank bagi tempoh 3 bulan terkini (di mana gaji dimasukkan)
  • Penyata slip gaji 3 bulan terkini
  • Surat pengesahan majikan
  • Penyata KWSP terbaru
  • Surat Perjanjian Jual Beli Rumah (SnP)

Bekerja Sendiri/Syarikat

  • Salinan MyKad/Passport
  • Pendaftaran Perniagaan Borang 9, 24, 49, B&D/M&A
  • Borang B terkini dan Penyata Cukai
  • Penyata akaun semasa terkini untuk 6 bulan
  • Penyata akaun P&L atau Audit Kewangan
  • Surat Perjanjian Jual Beli Rumah (SnP)

[Baca Juga] Cara Kira DSR dan Kelayakkan Pinjaman Bank

Orait. Kepada yang nak memohon skim pinjaman perumahan ini dari MBSB Bank, saya ucapkan selamat berjaya. In Sha Allah, dengan adanya bantuan pembiayaan sebegini .. anda yang dah lama idamkan rumah sendiri pasti akan dapat realisasikannya.

Maklumat lanjut mengenai skim ini juga boleh anda peroleh di laman web rasmi MBSB Bank di sini - https://www.mbsbbank.com/consumer_financing_property_financing.html

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terbaik untuk pilihan bank yg menawarkan loan perumahan...lagi2 yang baharu ingin mendapatkan rumah pertama

    BalasPadam
  2. Adakah anda sedang mencari pinjaman untuk memulakan perniagaan atau projek keinginan hati anda? Di KARINA ROLAND LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan kewangan kepada semua individu yang memerlukan pinjaman seperti "pinjaman peribadi, pinjaman pelaburan, pinjaman pinjaman rumah dan syarikat pinjaman di seluruh dunia, kadar faedah kami adalah 2% setahun. Jika anda mempunyai projek yang baik atau ingin memulakan perniagaan dan memerlukan pinjaman untuk membiayainya dengan segera, kami boleh membincangkannya, menandatangani kontrak dan kemudian membiayai projek atau perniagaan anda untuk bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.

    Hubungi KARINA ROLAND LOAN COMPANY hari ini untuk sebarang mata wang yang anda mahukan.

    Kategori Perniagaan

    Perniagaan Merchandising.
    Perniagaan pembuatan
    Perniagaan Hibrid.
    Pemilikan tunggal
    Perkongsian.
    Syarikat.
    Syarikat liabiliti terhad.
    pinjaman peribadi.
    pinjaman pelaburan.
    Pinjaman Hutang.
    Pinjaman Rumah.
    Pinjaman gadai janji.
    Pinjaman perniagaan kecil.
    Pinjaman pelajar.
    Pinjaman Auto.

    KARINA ROLAND LOAN COMPANY

    Keperluan kewangan anda Hubungi kami melalui E-mel:
    E-mel: Karinarolandloancompany@gmail.com
    Watsapp: +1 (802) -332-3445 ....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement