Saya nak bicara bukan soal pendidikan formal, tetapi pendidikan mandiri dan kendiri anak terutama dalam perhubungan sesama adik-beradik. Sebagai ibu bapa, pastinya saya nak anak-anak mempunyai hubungan akrab sesama mereka, dan berharap mudah-mudahan hubungan tersebut kekal sehingga mereka bercucu-cicit kelak.
Hubungan Adik-Beradik Masa Kecil Akrab, Tetapi Bila Dewasa Lain Jadinya, Kenapa?
Anda tentu pernah dengar, lihat dan alami bilamana hubungan antara adik-beradik retak dan mula berjauhan disebabkan oleh pengaruh ipar-duai atau orang luar dan asing dalam keluarga sedarah sedaging ini.Memang cukup sedih bila dulunya adik-beradik cukup rapat ... tetiba jadi senyap dan tidak bertegur-sapa berbulan .. bertahun lamanya. Akibatnya, susah nak bertemu, berkumpul apatah lagi bergelak-tawa bersama.
Apa puncanya? Mana silapnya? Salah didikan ibu bapa? Pengaruh luaran?
Waktu Kecil Rapat Sangat, Bila Dewasa, Dah Ada Keluarga Sendiri, Segalanya Berubah
Kadang tak tahu apa puncanya, semasa kecil hubungan dengan adik beradik sangat rapat, tiada dengki di hati. Bila emak marah adik, abang menangis tanya emak, kenapa marah adik. Kesianlah adik.Bila emak marah kakak, adik minta mak jangan marah kakak, mengaku salah untuk lepaskan kakak dari terus dimarah. Benda makan sedikit, tapi bila adik beradik minta sikit, tetap suapkan ke mulut mereka walau mulut mengomel tak mahu bagi.
Tidur sebantal, satu selimut, kalau kencing malam, bangun pagi sama-sama bau hancing.
Saya percaya ramai yang terkenangkan memori indah seperti di atas. Tak begitu?
Tak tahu kenapa bila besar, sudah kerja, sudah kahwin, semuanya jadi lain. Masing-masing mahu bersaing sesama sendiri. Tak boleh lebih, mesti nak jadi lebih daripada adik-beradik lain. Apa dia pakai, apa dia beli, apa dia ada, kita nak jadi lebih daripada dia.
Bila dia lebih, kita jadi sakit hati. Manakala yang dah dapat lebih tu pula, lihat adik-beradik lain dengan sebelah mata. Mula kata mereka tak ada visi, misi hidup, tak tahu cara nak berubah dan macam-macam lagi.
Bab paling haru adalah bila libatkan duit.
Bila adik beradik nak datang meminjam duit atau minta pulangkan duit, adik-beradik dianggap serta dijadikan seperti musuh. Hmm .. masa kecik dulu, elok la pulak kongsi duit beli jajan kat kedai Ah Kau dan kedai Ramu. Tapi dah besar, dah kahwin .. dah ada anak sendiri, duit sendiri jadi lokek untuk bantu adik-beradik dalam kesusahan.
Boleh putus saudara, putus adik-beradik hanya disebabkan oleh duit!
Tu satu hal.
Sikap Ibu Bapa Turut Berubah?
Satu hal lain pulak, tentang sikap ibu bapa pula bila anak-anak dah dewasa, bekerjaya dan berkeluarga. Pelik tak pelik, benda ni memang berlaku dalam masyarakat kita.Anak. Mana yang pakai kereta besar, bagi salam ‘keruk’ lebih tebal, yang itulah si ibu bapa akan paling puji dan sayang.
Yang kereta buruk, duit asyik tak cukup, anak cucu kulit kelabu asap dan tak gebu dikutuk keji, anak yang inilah asyik jadi bahan umpatan bila anak kesayangan lain balik ke kampung. Perkataan perli asyik keluar bila nampak batang hidung.
Ya, memang ada ibu bapa yang dah berubah seperti ini. Ehh .. ini bukan kisah drama TV3 petang-petang tu ye, ini memang realiti kalau kita banyak bergaul dan berhadapan kehidupan masyarakat.
Hairan.
Entah sejak bila kasih sayang ibu kandung pun sudah tidak sesuci ketika anak-anak masih kecil dahulu. Bila dah ada anak-anak yang sudah berjaya, layanan kasih sayang dah jadi lain. Sudah ada jurang antara pandangan kasih sayang, tak lagi pandang semua sama rata. Dah ada label, dah ada panggilan yang tak sedap didengar diberi kepada anak-anak.
6 Tips Kekalkan Hubungan Akrab Adik-Beradik
Sekarang, mari kita sama-sama lihat jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang timbul ini. Baca dan sama-sama kita hadam ye .. huhu.Ibu Bapa Perlu Sentiasa Pesan Anak-Anak Supaya Hormat Orang Lebih Tua
Ibu bapa acknowledged kedudukan anak yang lebih tua. Jangan condemn abang atau kakak di depan adik-adiknya. Nanti boleh menyebabkan mereka hilang respect.Bila anak berkumpul, pesanlah perkara ini kepada mereka semua ...
“Walau apa jadi, yang adik kena hormat yang lebih tua, walau nanti kau dah kaya, kau beli rumah banglo, emas bertimbun. Walau apa jadi, kena sayang adik beradik, dia tetap abang kau. Dia tetap kakak kau. Mak abah tak ada, mereka akan ganti.”
Be kind to each other & always support each other. Always remember, your siblings are not your competitors.
Elak Cakap Belakang (Never Bad-Mouthing)
Ibu bapa kena pastikan, anak-anak andai ada rasa tak puas hati, minta mereka cakap berdepan, bukannya cakap belakang. Sebagai ibu bapa, perlu didik anak-anak supaya selesaikan masalah berdepan, bukannya lari dari masalah dengan cakap belakang.Juga elakkanlah menjadi batu api apabila anak A meluah perasaan tak puas hati ke anak B. Jangan menyebelahkan sesiapa tanpa usul periksa.
Elakkanlah kutuk anak A bila duduk dengan anak B, kemudian bila dengan anak B, kutuk pula anak A. Dalam tak sedar, sikap ibu bapa jenis beginilah yang membuatkan hubungan anak-anak menjadi keruh.
Ibu bapa bijak ialah ibu bapa yang main peranan menjadi ‘orang tengah’ untuk menyelesaikan permasalahan serta salah faham anak-anak. Bukannya menjadi punca anak bergaduh.
Perlu Didik Anak Tentang Jemaah Dalam Keluarga
Didikan sejak awal tentang kepentingan solat berjemaah, gotong royong kemas rumah, memasak, bersihkan lepas makan, santai minum petang, tengok tv, semuanya kena turut sama terutama sekali ketika semua orang pulang ke kampung.Tidak ada yang jadi tuan, yakni sekadar bersantai dan tunggu makan berhidang bersenduk sahaja. Walhal yang lain menjadi amah tukang masak, tukang basuh pinggan, tukang segala tukang.
Anak-anak kena buat semua secara berjemaah, tolong-menolong, jika bersantai, biar semua bersantai. Bila siap kerja, biar semua kerja dah disiapkan secara bersama.
Kena buat sama-sama. Semua sama-sama buat.
Semua Anak - Adik Beradik Sama Rata Termasuk Anak Mereka (Cucu)
Layan semua sama rata. Tak ada anak special. Tak ada cucu special. Kecualilah anak tersebut sememangnya perlukan penjagaan yang agak istimewa seperti anak OKU. Cuma, dasari tindakan dan layanan dengan - tak ada nak puji yang ini, tak ada nak kutuk yang ini.Ya, memang kadangkala ada anak atau cucu yang nampak punyai kelebihan pada sesuatu perkara, tetapi tidak bermakna mereka dilayakkan untuk menerima layanan yang terlampau lebih sehingga boleh menyakitkan hati.
Tak dinafikan, memang hakikatnya akan ada anak atau cucu yang lebih cantik, lebih petah, lebih bijak, lebih pandai mengaji. Kena beri kasih sayang, layanan, pandangan sama rata. Semuanya sebab untuk mengelakkan terasa hati.
“Tengoklah mak tu.. anak Long tu dipujinya, anak kita dukung pun tak, cium pun tak hingin. Macam ni malas la nak balik rumah mak. Mak bukan alukan kita pun.”
Jangan sampai terkeluar perkataan sebegitu nanti.
Mungkin hal kecil tetapi hal yang bermula dengan sekadar terasa hati, akhirnya nanti boleh jadi pemakan tali kasih sayang. Hubungan jadi tidak lagi erat seperti dulu.
Ingatkan Anak-Anak, Apabila Nampak Adik-Beradik Buat Salah, Kena Betulkan, Buat Teguran
- Nampak abang hantar anak berderet minta mak jaga, dia lupa beri duit nafkah, ingatkan dia dengan cara baik.
- Tengok adik duduk berpantang dengan mak tapi tak hulur duit dapur beli barang basah, ingatkan dia bahawa tanggungjawab suami untuk nafkah isteri walau isteri duduk tumpang rumah mak.
- Adik perempuan juga jangan lupa ingatkan saudara lelaki untuk bayarkan zakat mak ayah jika keduanya telah uzur.
- Ibu bapa dari kecil ingatkan anak-anak agar yang kena tegur perlu lapang dada apabila ditegur. Yang menegur pula sebab sayang, bukan sebab rasa diri bagus.
- Ingatkan mereka agar jaga adab & akhlak supaya hubungan tak retak.
Masuk Syurga Sama-Sama
Ingatkan anak-anak, untuk masuk syurga & murah rezeki bukan hanya perlu buat baik kepada ibu dan bapa, bahkan juga kepada adik-beradik, yakni sentiasa menjaga silaturrahim.Dari Abu Hurairah RA katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya & dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” (HR Bukhari dan Muslim)Azam menjadi insan lebih baik kerana agama, azam menjadi anak dan adik-beradik yang akan diredhai Tuhan.
Harapnya anda semua, terutama diri saya sendiri dapat sesuatu dari perkongsian di atas.
Artikel ini ditulis dan diolah daripada penulisan asal yang dikongsikan oleh Puan Intan Dzulkefli
Ia adalah cetusan ilham dan pedoman berdasarkan pengalaman beliau melihat & membanding beza keluarga yang masih dapat mengekalkan keikhlasan & keutuhan silaturrahim sesama ahli keluarga dengan keluarga yang hancur bilau dalam masyarakat kini.
Akhir sekali, pesanan Puan Intan untuk tips kekalkan hubungan baik dalam keluarga ini ialah ..
"Bila baca tulisan ini, jangan pula scan salah sesiapa melainkan untuk memperbaiki salah & silap kita sendiri. Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi perubahan ini boleh dimulakan dengan diri sendiri & didikan kita kepada anak-anak terlebih dahulu, in Sha Allah."
Apa yang Tuan tulis semua betulnya..
ReplyDeleteAlhamdulilah anak-anak Saya begitulah.
Jarak mereka takde yang rapat sangat tapi bila memasing dah jauh mcm sekarang ni, memasing rasa sunyi dan rindu..
Blog yang kaya dengan tips dan sentiasa dirujuk untuk pencarian ilmu...terima kasih Abang Hasrul Hassan..
ReplyDeletenice sharee,,tp betul bila dh bsr rmayg yg berenggang...msing2 ada kluarga sndiri
ReplyDeleteterima kasih untuk ilmu bermanfaat ni
ReplyDeletetq HH for sharing. ye la kan manusia itu sifatnya berubah2 mmg seeloknya jagalah hubungan kekeluargaan dgn sempurna kerana merekalah daranh daging kita
ReplyDeleteTeringat memori lama..
ReplyDeleteAlhamdulillah. .Ahli keluarga masih lagi akrab. .
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.