Turunkan kadar kolesterol dalam darah dengan susu kacang soya!! Ok. Saya ada masalah kolesterol. Macam-macam petua turunkan kolesterol telah saya buat, ada yang memberikan kesan positif, dan ada pula yang tidak menampakkan kesan yang ketara.

Biasanya, kolesterol tinggi ini ada kaitan dengan dua penyakit lain iaitu kencing manis dan juga darah tinggi. Aha .. anda tentu dah maklum bahawa saya juga menghadapi masalah kencing manis atau diabetes. Jadi, ia bukan satu yang mengejutkan apabila kadar kolesterol dalam darah saya tinggi.

Turunkan Kolesterol Dengan Susu Kacang Soya Vitas Organik

Hmmm ... saya memang suka makan. Salah saya juga kerana tidak menjaga diet pemakanan yang betul. Main belasah semua, lagi-lagi masakan yang banyak lemak dan minyak tu.

Biasanya, makanan atau masakan yang ada kandungan kolesterol yang tinggi ini adalah makanan yang memang sedap-sedap dan menjadi kegemaran ramai, contohnya macam telur goreng, mee goreng, nasi lemak dan sebagainya.

Ikut nafsu makan, kolesterol tinggilah akibatnya.

Apa benda kolesterol ni? Mungkin ada yang belum tahu dengan jelas tentang kolesterol. Adakah kolesterol ini 100% tidak bagus untuk kita? Adakah semua jenis kolesterol dalam makanan tu akan memudaratkan kita?

Info Penting Mengenai Kolesterol Dalam Tubuh

Orait. Saya berikan sedikit info tentang kolesterol.

Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Aha .. jadi, kolesterol memang perlu untuk tubuh badan kita. Maka, ia bukan 100% tidak bagus dan tidak elok ye ... kena faham ni.

Badan kita memperoleh kolesterol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolesterol sendiri di bahagian hati. Contoh makanan sumber haiwan yang banyak kolesterol adalah seperti telur, hati, ikan bilis dan juga udang. Makanan lain yang tinggi kolesterol adalah seperti nasi lemak, mee goreng, tomyam dan makanan proses segera.

Kolesterol tak larut dalam air, jadi ia berada dalam salur darah dan diangkut ke seluruh tubuh menerusi satu kapsul protein dikenali sebagai lipoprotein.

Terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:
  1. Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) berkecenderungan dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
  2. Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.

Dua jenis kolesterol yang saya sebutkan di atas juga dikenali sebagai kolesterol jahat dan juga kolesterol baik.

Sekarang anda dah tahu, bukan semua kolesterol itu bahaya untuk badan kita. Kolesterol jahat tu yang kita tak mahu berleluasa dalam tubuh, sehingga boleh mendedahkan diri kita kepada bahaya lain seperti serangan sakit jantung dan salur darah tersumbat.

Aha, benda inilah yang saya nak elakkan, iaitu menurunkan kadar kolesterol yang tidak baik untuk tubuh saya.

Minum Vitas Organic Soymilk Untuk Turunkan Kadar Kolesterol Tidak Baik

Oleh sebab itu, saya telah mencuba minuman susu kacang soya dari Vitas Organic Soymilk. Susu kacang soya dari jenama ini menggunakan kacang soya yang dibuang kulit.

Tiga kelebihan pada minuman berasaskan kacang soya dari Vitas Organic Soymilk ini:
  1. Dipertingkatkan dengan sterol tumbuhan 
  2. Mengandungi inulin
  3. Kandungan protein soya tinggi

Sterol tumbuhan inilah yang membantu dalam mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan, selain daripada kandungan susu kacang soya Vitas Organic Soymilk yang berprotein tinggi. Manakala, inulin adalah prebiotik yang bagus untuk penghadaman dan kesihatan usus kita.

Amal Vitas Organic Soymilk Sehingga 14 Hari Berturut-turut

Saya dah mengamalkan minum susu kacang soya Vitas Organic Soymilk ini selama lebih sebulan. Jika anda berdisiplin meminumnya setiap hari selama 14 hari berturut-turut, anda sudah boleh melihat kesan positifnya yang membantu menurunkan kadar kolesterol.
Ia berbentuk serbuk, dan saya hanya perlukan satu scoop penuh (disediakan) dibancuh dengan air suam (150ml). Kena kacau betul-betul supaya ianya larut sepenuhnya.

Rasa susu kacang soya ini memang sedap, tak ada rasa manis gula, dan tidak ada rasa mual seperti sesetengah susu kacang soya serbuk yang lain. Rasanya lembut, tidak

Seperti yang didakwa, minuman ini mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah setelah mengambilnya setiap hari. Dan untuk makluman, semasa pengambilan susu kacang soya ini, saya tidak mengabaikan pengambilan ubat kolesterol saya.

Saya kongsikan result ujian kolesterol yang telah saya buat di salah sebuah farmasi tempatan di tempat saya. Untuk info, bacaan sebelum pengambilan susu kacang soya ini adalah antara 6.0 - 6.8 mmol/L.
Selepas minum air susu kacang soya ini, bacaan kadar kolesterol saya menurun menjadi 5.71 mmol/L.

Ada nampak sedikit penurunan, walaupun tidak ketara .. tetapi memang ada penurunan. Ini satu fakta penting untuk seseorang yang dah mencuba dan minum Vitas Organic Soymilk ini.

Untuk info, bacaan yang bagus untuk kolesterol dalam tubuh adalah di bawah 5.20 mmol/L. Jadi, bacaan di atas sedikit tinggi, tetapi berkurangan dengan bacaan kadar kolesterol saya sebelum ini yang lebih daripada 6.00mmol/L.

Dah Minum Tapi Kadar Kolesterol Turun Tak Ketara?

Kenapa tak nampak ketara?

Ada sebabnya ...

Saya ada tertinggal beberapa hari pengambilan susu kacang soya Vitas Organic Soymilk ini. Bukan saja suka-suka nak tinggalkan ye. Aha .. saya tak dapat nak minum secara berkala dengan betul disebabkan saya terpaksa outstation selama beberapa hari.

Al-maklumlah, saya ada tanggungjawab lain perlu dilaksana.

Hmm .. terfikir saya ....  alangkah bagus kalau ada Vitas Organic Soymilk ini dalam bentuk sacet yang mudah-bawa .. huhu. Kalau ada, pasti saya akan lebih berdisiplin mengambil minuman Vitas Organic Soymilk.

Dan kemungkinan besar, bacaan kadar kolesterol saya pasti akan jadi lebih baik.

Oh ya.

Minum Susu Kacang Soya & Amalkan Senaman

Lagi satu, penurunan kadar kolesterol mungkin tidak nampak ketara atau berada dalam komposisi yang bagus untuk seorang pesakit diabetes disebabkan kurangnya senaman. Senaman memang diperlukan walaupun anda ada amalkan petua atau minuman tambahan mengurangkan kadar kolesterol ini.

Mereka yang ada kadar kandungan kolesterol yang tinggi memang sebaiknya bersenam selama 30 minit dalam 3 kali seminggu. Ini dah dikira paling minimal dah. Jika dapat buat lebih, maka pastinya kandungan kolesterol tidak baik dalam darah akan jadi lebih rendah.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai produk yang mampu membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh ini, bolehlah rujuk pada laman web di bawah ini:

Vitas Organic Soymilk - https://www.joypremix.com/products/vitas-organic-soymilk

Jangan lupa tengok video testimoni di bawah oleh Dr. Azhar; salah seorang yang telah mencuba produk ini.



Boleh juga baca testimoni daripada beberapa rakan blogger saya yang ada masalah kolesterol dan telah mengambil Vitas Organic Soymilk ini untuk turunkan kadar kolesterol mereka dan sedara terdekat mereka.


Oh ya, sebagai satu ingatan .. produk ini tidak sesuai untuk wanita yang mengandung dan juga yang menyusukan bayi/anak. Ia juga tidak sesuai untuk kanak-kanak yang dibawah umur 5 tahun. Pastikan anda baca label pada tin susu ini ya!

Produk Vitas Organic Soymilk ini adalah sebahagian produk kesihatan edaran JoyPremix. Ada banyak produk lain yang dapat bantu mereka yang ada masalah kesihatan seperti kencing manis, jantung, darah tinggi dan sebagainya.

Boleh check-it-out di sini - https://www.joypremix.com/

Atau boleh juga lihat di laman FB rasmi JoyPremix di sini - https://www.facebook.com/joypremix

Saya juga nak berikan beberapa panduan dan tips tambahan untuk bantu mereka yang mahu turunkan kadar kolesterol ini. Anda boleh ikuti panduan ini disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, disamping mengamalkan minuman susu kacang soya Vitas Organic Soymil ini.

Tips Turunkan Kadar Kolesterol

  • Hadkan penggunaan makanan tinggi kolesterol
  • Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 2 biji seminggu.
  • Hadkan makanan yang dibuat daripada kuning telur seperti kek dan biskut krim.
  • Hadkan pengambilan organ dalaman haiwan seperti otak, hati, hempedal dan limpa.
  • Elakkan bahagian kepala atau telur pada makanan laut seperti ikan (kari kepala ikan), udang dan ketam.
  • Buang lemak dan kulit yang terdapat pada ayam/daging sebelum memasak.
  • Pilih kaedah memasak yang sihat (kukus, rebus, panggang dan bakar).
  • Kurangkan penggunaan minyak semasa memasak, contohnya dengan penggunaan kuali tidak melekat (non stick-pan).
  • Guna minyak campuran (blended oil) untuk memasak.
  • Disarankan meningkatkan pengambilan asid lemak omega 3 seperti ikan (salmon, kod, tuna, herring dan jelawat), walnut, minyak flaxseed dan sayur berdaun hijau.
  • Tingkatkan pengambilan serat makanan
  • Amalkan mengambil serat larut air (soluble fibre) sekurang-kurangnya 10-15 g sehari untuk menurunkan paras kolesterol LDL.
Semoga info ini bermanfaat, dan jangan lupa untuk mencuba produk ini yang boleh dibeli secara online di sini - Vitas Organic Soymilk - Susu Soya Organik Untuk Rendahkan Kadar Kolesterol

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Waa baru tau ni, saya nak beli untuk saya dan suami jugalah..
    Tuan ada share kat FB tak? Nanti saya nak share...

    ReplyDelete
  2. ikutkan soya mmg bgus tp kena teliti nk beli. bukan soya yg kt kdai runcit tu. rmai slh fhn soya penyebab kanser

    ReplyDelete
  3. bagus produk ni. organic - boleh #eatclean. sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan.

    ReplyDelete
  4. suami pon dah cuba dr produk ni.Sangat berkesan..konsisten minum,seminggu dh bole nampak keberkesanan Vitas Soymilk ni

    ReplyDelete
  5. good tips HH, mama pun pelan2 kena tukar gaya hidup dan pemakanan. ye lah kan kena fikir juga soal kesihatan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement