Rancang bercuti ke Port Dickson? Aha .. kalau anda ada plan nak ke Port Dickson, Negeri Sembilan, bolehlah pergi ke Windmill PD Farm yang terletak di Jalan Pantai, Port Dickson. Tempat ini merupakan tarikan terbaru yang top di Port Dickson dan baru sahaja dibuka sekitar Ogos 2018.

Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk pergi ke Windmill PD Farm masa cuti panjang pada September 2018 hari tu. Tempat baharu ini nampaknya memang menarik untuk dikunjungi terutama sekali bersama keluarga.

Windmill PD Farm, Tempat Menarik Baharu di Port Dickson

Windmill PD Farm, Tempat Menarik Baharu di Port Dickson
Biasanya kalau saya bercuti dengan keluarga ke Port Dickson, kami akan melawat Muzium Tentera Darat, PD Ostrich Farm dan bersantai di pantai-pantau cantik sekitar Port Dickson.

Kali ini, dengan ditemani keluarga abang ipar yang ada rumah 'persinggahan' di Port Dickson, kami dibawa untuk merasai keistimewaan yang ada pada Windmill PD Farm.
Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Lokasi tempat menarik terbaru di Port Dickson ini tidak berapa jauh dengan simpang nak masuk ke PD Ostrich Farm. Anda boleh menemui lokasi tempat ini dengan mudah menerusi Google Map atau aplikasi Waze. Lagipun, ianya terletak di tepi jalan Jalan Pantai menghala ke arah hotel terkemuka di sana iaitu Lexis Hibiscus.

Jika anda guna Waze, klik link ini untuk ketahui lokasi tempat ni - https://www.waze.com/location?h=w22mvgyv8

Secara amnya, saya dan keluarga memang seronok masuk ke Windmill PD Farm ini. Ada banyak benda unik yang boleh anda dapat di sini.

Meh ikuti pengalaman saya dan keluarga di taman Windmill PD Farm ini semasa percutian kami di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kincir Angin

Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Depan Windmill PD Farm ini ada replika kincir angin yang menjadi tempat untuk anda bergambar kenang-kenangan. Siap ada longgokan jerami lagi bagi menyamai keadaan kincir angin yang popular di negara Belanda.

Ia juga jadi mercu tanda yang anda sedang berada di Windmill PD Farm, Port Dickson. Kalau tak jumpa replika ni di depan pintu masuk, maka anda dah silap tempatlah tu ..hehe.

Kandang Tikus Belanda

Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Bila anda jejak masuk je ke dalam Windmill PD Farm ini, pertama sekali anda akan berada di tarikan utamanya iaitu kandang Tikus Belanda.

Anda boleh masuk ke dalam kandang ini dan bermain dengan Tikus Belanda yang lepas bebas di situ. Memang seronok anak-anak dapat pegang Tikus Belanda yang comel-comel.
Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Anak kecil saya si Najmi cukup teruja dan seronok bila dapat melihat dan pegang cara takut-takut Tikus Belanda ni.

Menurut penjaga kandang Tikus Belanda, haiwan ini jinak .. dan memerlukan belaian dan kelembutan kalau nak mendekati. Tak boleh sergah-sergah atau kejar-kejar .. kena buat relaks je. Bila dah dapat pegang, ia tak meronta sangat kalau dibelai-belai dengan manja.

Saya dapat juga pegang Tikus Belanda ni, tapi bapak dia .. besar juga. Nanti lihat gambar-gambar tu di akhir post ini ya.

Sangkar Burung

Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Dalam sangkar burung, ada banyak burung Serindit, angsa, Peacock, ayam hutam, ayam putih dan beberapa yang lain. Boleh pegang dan beri makan sepertimana kat kandang Tikus Belanda.

Anak-anak boleh tengok lebih dekat burung-burung yang terbang bebas dalam sangkar ini.

Rumah Hamster

Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Hamster tak sama dengan Tikus Belanda. Tikus Belanda tu Guinea Pig. Di rumah Hamster, anda boleh lihat si comel ini menunjukkan aksi lincah mereka. Ada sangkar kecil yang menempatkan beberapa ekor hamster di sini.

Sebenarnya kan .. saya pun keliru antara Hamster dengan Tikus Belanda. Anda tahu bezakan tak? Aha .. kalau ke Windmill PD Farm ini, anda mungkin boleh belajar tentang perbezaan ini kerana akan ada penjaga yang berikan info kepada anda.

Rumah Kucing

Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Siapa yang menjadi pencinta kucing memang akan berasa seronok berada di sini. Ada rumah kucing yang menempatkan kucing-kucing comel dan jinak. Saya tak pasti dari baka apa, tapi memang lawa... gemuk-gemuk lak tu .. haha.

Anak-anak saya tak lepaskan peluang untuk berdamping dengan kucing-kucing jinak ni.

Rumah Arnab

Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Kalau anda tak pernah bermain dengan arnab, mungkin dengan datang ke sini .. anda akan ada peluang tersebut. Arnab di sini memang jinak-jinak. Semuanya ditempatkan dalam satu kandang besar yang ada rumah arnab yang comel.

Arnab di sini boleh diberi makan dan boleh dipegang tanpa masalah.

Tapi anak saya si Najmi tak minat sangat nak bermain dengan arnab kat Windmill PD Farm ni. Tak tahulah kenapa ... huhu .. dia lebih suka melayan rumah arnab tu dari arnab yang ada.

Rumah Kambing

Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Kambing di Windmill PD Farm pun jinak weihh .. siap ok je nak bergambar ni... haha. Kalau tak nak bau hamis kambing, saya memang tak syorkan anda nak peluk-peluk timang-timang macam Tikus Belanda atau kucing tu.

Minta anak-anak anda bagi makan kambing di sini. Tentu satu pengalaman yang menyeronokkan bagi mereka.

Rumah Antik

Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Dalam rumah antik ni ada pelbagai barangan antik zaman tok nenek kita dulu. Anda akan menemui kawasan ini selepas melalui satu dataran yang ada traktor lama dan beberapa replika menarik bersaiz gergasi.

Di rumah antik ini juga ada beberapa perabot saiz gergasi. Kalau anda suka bergambar, mesti nampak unik dan menarik. Saya memang syorkan anda abadikan kenangan percutian di Port Dickson di rumah antik Windmill PD Farm ini bersama sofa gergasi.
Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson

Rumah Hantu

Sebaik sahaja keluar dari rumah antik, ada gerai jualan untuk menghilangkan dahaga dan juga cenderahati. Kalau nak lepaskan lelah, bolehlah berehat sebentar di sebelah rumah antik tu.

Depannya pula ada rumah hantu. Aha .. rumah hantu ni nampak simple je dari luar, tetapi bila dah masuk dalam, buat mereka yang mudah terkejut ... maka siap-sedialah untuk rasa terkejut .. haha.

Siang-siang masuk rumah hantu yang terang benderang ni pun boleh rasa terkejut weiih. Walaupun tak seram, tapi kami yang masuk dalam ni .. beberapa kali terjerit sebab terkejut. Tak boleh duga apa yang boleh berlaku dalam rumah hantu tu.
Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Anak-anak kecil mungkin rasa seram dan takut. Jadi, pandai-pandailah bawa mereka dalam rumah hantu ni nanti.

Replikas Bersaiz Gergasi

Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Di Windmill PD Farm ini ada banyak replikasi bersaiz gergasi. Kalau anda bijak berfotografi, boleh hasilkan gambar kenangan yang menarik dan unik. Ia ditempatkan di satu laman yang agak luas, dan macam-macam replika bersaiz gergasi yang menguji kekreatifan bergambar ada di kiri dan kanan laman.

Kami banyak bergambar di sini.

Sebelum keluar, ada kedai souvenier.

Foto Menarik Ketika Berada Dalam Windmill PD Farm

Ok, saya kongsikan beberapa gambar menarik sepanjang kami berada di dalam Windmill PD Farm ini untuk tatapan anda.

Aksi Bergambar menarik di Windmill PD Farm - Tempat percutian baharu di Port Dickson
Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson

Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson

Harga Tiket Masuk Windmill PD Farm

Harga tiket masuk ke sini berbaloi dengan pengalaman percutian anda di sini - pada pendapat sayalah. In Sha Allah, jika anda tahu menilai kesenian, dan cintakan haiwan .. tempat ini memang menarik untuk dikunjungi andai bercuti ke Port Dickson.

Harga tiket adalah seperti dipaparkan di bawah.
Harga tiket Windmill PD Farm Port Dickson
Harga tiket dewasa adalah RM20, kanak-kanak pula adalah RM15 seorang. Warga emas juga dikenakan tiket berharga RM15 seorang.

Anda bebas ambil gambar dalam Windmill PD Farm ini. Harga tiket tak termasuk harga makanan dan minuman yang ada dalam taman ni ya, dan pastikan sebelum anda masuk ke dalam taman ni .. cuci tangan anda dan lap kasut dengan karpet khas disediakan.
Windmill PD Farm - Tempat menarik baharu di Port Dickson
Memang seronok dapat bawa keluarga ke Windmill PD Farm ini. Kami banyak ambil gambar kenangan, in Sha Allah akan dimasukkan ke dalam photobook kami sekeluarga.

Kalau anda pernah pergi ke sini, kongsilah sikit pengalaman tu ye dengan komen di bawah. :)

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asalam memang sangat menarik tempat ni HH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni baru buka, jadi memang seronoklah menjadi antara yang terawal pergi ke Windmill PD Farm ni.

      Delete
  2. baru bukak ni, cantik jugak dalamnya dengan kucing2 jinak

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!

Advertisement