Tertanya juga, bagaimana mereka boleh menawarkan harga jualan yang murah dan pada masa sama membuat untung hingga ratusan dan ribuan ringgit setiap hari. Dari mana mereka dapatkan stok? Dari mana mereka mendapatkan bekalan produk dijual dengan harga murah?
Cara Nak Buat Untung Jual Produk Murah
Bila saya perhatikan, rupa-rupanya kebanyakkan produk yang dijual dengan harga murah sempena jualan 11.11 itu adalah merupakan barang dan produk yang diborong dari China.Kita sedia maklum, produk dan barangan dari China, jika kita borong dengan banyak, memang harganya jauh lebih murah sehingga membolehkan (andai kita) ia dijual semula dengan harga yang membolehkan kita membuat untung.
Dah dapat produk harga murah, dijual dengan harga murah... pastinya ramai kaki shopping teringin nak membeli. Betul tak?
Anda nak buat untung besar, tetapi nak jual produk dengan harga murah kepada pelanggan anda, maka boronglah barang dan produk dari China.
China dah jadi lubuk satu dunia untuk mendapatkan produk yang berkualiti pada harga murah. Malah, barang yang dijual di laman web shopping online terbesar dunia iaitu Amazon pun dah banyak produk dari China.
[Dah Baca?] Cara Import Barang dari China secara Online - Tanpa Perlu ke China
Kalau anda usahawan, bila menyedari fakta hangat ini, pastinya nanti lambat-laun akan pergi ke negara China untuk memborong barang bagi tujuan perniagaan.
Tambahan lagi, nak ke China tak sesusah dahulu. Sekarang ni dah banyak penerbangan tambang murah yang disediakan untuk ke sana. Antaranya ditawarkan oleh AirAsia, siap dengan pakej penginapan lagi .. huhu.
Tetapi .... ada masalah sedikit.
Masalahnya ialah, penduduk negara China sangat jarang berbahasa lain selain bahasa Cina (mandarin). Jadi, bagaimana nak memborong kalau masalah bahasa ini jadi kekangan? Bagaimana nak buat tawar-menawar untuk dapatkan harga borong terbaik?
Silap haribulan, anda mungkin tertipu dengan pemborong dan penjual di China. Asalnya nak dapatkan harga murah untuk buat untung, tetapi berakhir dengan kerugian.
3 Tips Ringkas Untuk Memborong di China
Jadi sebelum anda nak pergi tu anda kena lah tahu beberapa teknik tawar-menawar ketika memborong di sana nanti. Haa, jadi hari ini saya nak kongsikan dengan anda beberapa tips untuk elak ditipu ketika memborong.Di sini saya sertakan 3 teknik tawar-menawar ketika memborong supaya anda lebih bersedia dan memudahkan aktiviti memborong di China nanti. Antaranya ialah:
Beli Secara Berkumpulan
Cuba beli secara berkumpulan di kedai borong kerana semakin tinggi kuantiti tempahan anda buat semakin banyak pengurangan harga yang anda boleh perolehi. Mereka pun seronok sebab anda boleh habiskan stok yang mereka anda.Gunakan Kalkulator
Sekiranya anda mempunyai masalah sewaktu berkomunikasi di sana, gunakan sahaja kalkulator dan letakkan harga yang anda mahu. Angka jarang menipu dan ianya merupakan bahasa universal tanpa verbal yang mudah difahami semua. Nak lagi best, beli kalkulator yang boleh 'berkata-kata' dalam bahasa Cina. Memang ada dijual - dan boleh juga dibeli di sana .. hehe.Ambil Name Card (Kad Nama/Bisnes)
Setelah sahaja anda mendapatkan harga terendah di sebuah kedai. Ambil "Name Card" dan catitkan lokasi kedai borong tersebut. Kemudian, cari kedai lain yang menjual barangan yang sama untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Jika anda tidak mendapat harga yang lebih baik, kembali ke kedai yang anda telah mendapat harga yang rendah. Inilah fungsi "Name Card" untuk mengingatkan semula lokasi kedai yang telah menawarkan harga yang lebih rendah.Okeh. Dapat sesuatu daripada perkongsian 3 tips ringkas memborong di China ini?
Semua tips ini mesti anda praktikkan jika pergi ke China untuk mencari dan memborong barang berkualiti dari sana. Selain untuk mendapatkan harga borong terbaik, ia juga untuk mengelakkan anda kena tipu atau tertipu. Ia juga akan membantu anda agar lebih bersedia untuk memborong di sana.
Semoga bermanfaat.
rambang mata lah nak pilih harga...
ReplyDeletesunscreen
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.