Haha .. anak-anak, memang pantang nampak benda boleh ditepek pada wajah. Ntah kenapa, tak kira anak kecil lelaki atau perempuan, suka benar main lipstik ni.
Lipstik - Alat Mekap Wajib Ada Bagi Kebanyakkan Wanita
Baru-baru ni, habis lipstik atau gincu isteri saya jadi 'alat mekap' si Najmi. Saya tak tahu la samada si Najmi ni sedar atau tak yang mukanya dah habis berconteng sampai ke dahi. Allahu Akbar .. sabor je la dengan perangai si anak yang belum pun cecah 2 tahun.Disebabkan itu, isteri saya terpaksalah cari lipstik baharu ..hehe .. eceh .. suka tu. Dah rezeki, kebetulan sekarang ni ada beberapa jualan online murah, terutamanya di Shopee Birthday Sale, pada 12.12 ni. Sale ini disekalikan dengan jualan 11.11 sebelum ni. Memang banyaklah pilihan untuk cari dan dapatkan lipstik.
Ok.
Dah bercerita pasal lipstik ni, jadi saya nak kongsikan sedikit info dan pengetahuan berkaitan lipstik atau gincu bibir wanita...
Tahukah anda bahawa pemakaian gincu boleh menyebabkan bibir secara semulajadi menjadi gelap, kelihatan kusam dan kurang bermaya? Apatah lagi kalau menggunakan lipstik atau gincu berkualiti rendah.
Keadaan ini bergantung pada jenama serta kualiti bahan-bahan yang digunakan di dalam pembuatan atau penghasilan lipstik itu sendiri. Oh ya, jangan sangka lipstik yang harga mahal itu bagus ye ... sebab bukan semua orang sesuai dengan bahan dalam lipstik mahal tu. Dan begitu juga sebaliknya.
Yang pasti, andai wanita tidak tahu dan tidak pandai menjaga kesihatan bibirnya, masalah ini akan berlarutan dan berikan impak negatif pada penampilan wajah semulajadi.
Tahukah anda, di dalam produk untuk bibir seperti lipstik, lipmatte, lip tint dan sebagainya; terdapat pigmen berwarna di dalamnya. Pigmen inilah yang menjadi punca dan akan meninggalkan ‘stain’ atau kesan pada kulit bibir.
Menurut perkongsian seorang wanita jelita yang saya kenal di FB, andai wanita tidak menanggalkan atau mencuci dengan betul gincu yang digunakan sebelum tidur, kemudiannya pula bangun dari tidur keeseokkan paginya menggunakan lipstik atau gincu yang sama sekali lagi, ia lama kelamaan akan membuatkan bibir berubah warna dan menjadi lebih gelap.
Bibir mudah untuk mendapat kesan gelap akibat pigmen berwarna kerana kulit di bibir sangat nipis berbanding kulit di wajah. Kulit bibir, cuma terdiri dari 3-5 lapisan selular, ia sangat tipis berbanding dengan kulit muka biasa, yang mempunyai sehingga 16 lapisan.
5 Tips Untuk Menjaga Bibir Dari Lipstik Agar Tidak Menjadi Gelap
Anda tentu tak mahu bibir bertukar warna yang tidak mempesonakan, ye tak? Ok. Mari lihat 5 tips di bawah ini untuk memastikan bibir tidak menjadi gelap akibat menggunakan lipstik atau gincu.- Apabila pulang ke rumah, tanggalkan kesan gincu pada bibir dengan menggunakan ‘makeup remover’. Jangan digosok terlalu kasar, cuba lap secara perlahan-lahan kesan gincu itu sehingga bersih.
- Selain ‘makeup remover’, anda juga boleh mengggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk menanggalkan kesan warna pada bibir.
- Seminggu sekali, disarankan untuk melakukan scrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati pada bibir. Ini dapat memastikan semua pigmen warna dari lipstik atau gincu yang anda pakai dapat dibersihkan sepenuhnya dan dapat mengelakkan akumulasi pigmen. Mudah saja nak buat scrub bibir ni. Anda boleh gunakan campuran gula dan madu saja. Bibir pun boleh menjadiu lembut, lembap dan tidak mengelupas.
- Sebelum mengoles sebarang gincu atau lipmatte, sapu lah lipabalm terlebih dahulu sebagai perlindungan pertama pada bibir. Yang terbaik, pakai lipbalm yang mengandungi ciri-ciri SPF.
- Jika boleh, elakkan lah lip tint/paint yang warnanya boleh kekal lama di kulit bibir sampai 12 jam. Ada wanita yang pernah cuba untuk uji dengan menyapu lip paint di lengan, rupanya hanya selepas 2 hari baru ia akan tertanggal sepenuhnya. Cuba bayangkan andai warna itu kekal lama di kulit bibir anda? Aha ... sudah pasti pigmen warnanya bersentuhan lama dengan kulit bibir dan meningkatkan risiko bibir gelap.
Dah dapat sesuatu daripada perkongsian ini?
Disyorkan carilah lipstik yang tidak berisiko untuk menggelapkan bibir anda. Boleh cuba cari jenis lipstik diperbuat dari bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan diperkaya dengan Vitamin C & E.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.