Tengok barisan menu yang ada, memang semuanya nampak sedap. Saya pula adalah penggemar Mee Kari, bila nampak dalam menu sebuah kedai makan ada jual Mee Kari Udang, saya bagai kelabu mata terus pesan untuk merasa.

Bila Mee Kari Udang sampai depan mata, perghh .. memang nampak sedap giler. Tapi, pandangan telah menipu saya. Apabila kuah Mee Kari Udang singgah ke dalam mulut dan meniti setiap rongga di dalam .. saya rasa ada sesuatu yang tidak best.

Mee Kari Udang Nampak Sedap, Tetapi ...

Mee Kari Udang
Baru-baru ini, saya telah ke sebuah kedai makan yang terletak berdekatan sebuah simpang di kawasan Parit Buntar - Nibong Tebal. Kedai makan tu nampak menarik juga, dan ada pelbagai menu masakan berasaskan sumber laut seperti udang, ketam dan ikan.

Lokasi kedai makan ni memang berdekatan dengan muara sungai dan juga tidak berapa jauh daripada tempat pendaratan ikan nelayan pantai.

Jadi, bila lokasi dah syantik ni .. saya buat telahan, tentu menu masakan berasaskan sumber laut ni adalah segar-segar, manis dan pastinya sedap.

Tapi itulah.

Bila saya dah merasa kuah Mee Kari Udang yang dipesan, saya terasa ada rasa yang tidak kena.

Saya pun ambil seekor udang yang ada dalam mangkuk Mee Kari.

Buang kulit, dan rasa.
Mee Kari Udang
Aduh.

Hanyir dan ada rasa sedikit hamis. Tak seperti kesegaran udang segar yang biasa saya makan.

Penampilan udang dalam Mee Kari dah cukup menarik dah. Tetapi itulah, gagal dari segi rasa. Lidah ni jarang nak menipu kalau badan masih sihat wal'afiat.
Mee Kari Udang


Alhamdulillah, walaupun rasa Mee Kari Udang yang saya makan tidak 'seindah' penampilannya, saya berjaya juga habiskan. Rugi tak habiskan apabila melihat tanda harga tertera.

[Dah Baca?] Mee Kari Udang Besar Penuh Mangkuk RM7 di Bagan Serai, Perak

Itulah, sekadar nak beritahu .. benda nampak cantik tak semestinya benar-benar cantik. Menu makanan yang nampak sedap pada pandangan tak semestinya sedap dari segi rasa di lidah. :)

17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sedapnyaaa Tuan...tengok dah nampak sedap..
    Tapi betul kata Tuan, Lidah tak menipu rasa, kalau tak sedap, betullah tu tak sedap...jujur kan...

    ReplyDelete
  2. Betul...setuju...terlihat indah belum tentu indah juga hakikatnya..nampak menyelerakan tidak semestinya ngam dengan citarasa..

    ReplyDelete
  3. Cantik pada keindahannya tidak semestinya cantik juga rasanya kan...nampak memang sedap...takper la..rezeki kan..

    ReplyDelete
  4. Ok dh tahu kt mna mee udang ni. .. Nmpk menarik dgn udang dia. Tapi rasa pulak kurang mmberi ummph. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tapi tak tahulah lain tekak lain rasa kan ..

      Delete
  5. nampak sedap...takpa lah yang penting dah ada pengalaman 'merasai' atleast banyak pengajaran yang kita dapat..tak cuba tak tahu...

    ReplyDelete
  6. Besar-besar udangnya. Mungkin stok lama dia guna. Tak fresh.

    ReplyDelete
  7. kebnyakkan peniaga gunakan udang lama. tak segar sbb tu la xsedap. susah nak cari kedai yg betul2 gunakan bhn fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai ni, saya tgk ada kolam udang di belakang kedai, guna tong hitam besar tu.

      Delete
    2. Udang mungkin fresh, tapi ada beza antara udang bela dengan udang yang ditangkap nelayan kat laut/sungai.

      Delete
  8. memang sedap ..memang pakar di dapur otai blog kita ni..

    ReplyDelete
  9. Memang nampak sedap tapi ruginya apabila rasa tak seperti yg di harapkan... :(

    ReplyDelete
  10. alamak terliur la pula tgk gambar.. sayang x jadi plak. takpelah praktice make perfect

    ReplyDelete
  11. kena komen kat kedai tu utk dia improve

    ReplyDelete
  12. Kalau gitu nak sedap dan mahal, meh datang mee Udang tanjung tualang, Bt.Gajah. Harga pakej sama minuman RM28.00. Harga mahal tapi seddappp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh dari kampung, in Sha Allah ... memang ada kawan yang buka restoran di Tg Tualang tu, tak tahu sama ia restoran yang sama atau tak. Harap tak la .. hehe

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement