Bila Mee Kari Udang sampai depan mata, perghh .. memang nampak sedap giler. Tapi, pandangan telah menipu saya. Apabila kuah Mee Kari Udang singgah ke dalam mulut dan meniti setiap rongga di dalam .. saya rasa ada sesuatu yang tidak best.
Mee Kari Udang Nampak Sedap, Tetapi ...
Baru-baru ini, saya telah ke sebuah kedai makan yang terletak berdekatan sebuah simpang di kawasan Parit Buntar - Nibong Tebal. Kedai makan tu nampak menarik juga, dan ada pelbagai menu masakan berasaskan sumber laut seperti udang, ketam dan ikan.Lokasi kedai makan ni memang berdekatan dengan muara sungai dan juga tidak berapa jauh daripada tempat pendaratan ikan nelayan pantai.
Jadi, bila lokasi dah syantik ni .. saya buat telahan, tentu menu masakan berasaskan sumber laut ni adalah segar-segar, manis dan pastinya sedap.
Tapi itulah.
Bila saya dah merasa kuah Mee Kari Udang yang dipesan, saya terasa ada rasa yang tidak kena.
Saya pun ambil seekor udang yang ada dalam mangkuk Mee Kari.
Buang kulit, dan rasa.
Aduh.
Hanyir dan ada rasa sedikit hamis. Tak seperti kesegaran udang segar yang biasa saya makan.
Penampilan udang dalam Mee Kari dah cukup menarik dah. Tetapi itulah, gagal dari segi rasa. Lidah ni jarang nak menipu kalau badan masih sihat wal'afiat.
Alhamdulillah, walaupun rasa Mee Kari Udang yang saya makan tidak 'seindah' penampilannya, saya berjaya juga habiskan. Rugi tak habiskan apabila melihat tanda harga tertera.
[Dah Baca?] Mee Kari Udang Besar Penuh Mangkuk RM7 di Bagan Serai, Perak
Itulah, sekadar nak beritahu .. benda nampak cantik tak semestinya benar-benar cantik. Menu makanan yang nampak sedap pada pandangan tak semestinya sedap dari segi rasa di lidah. :)
Sedapnyaaa Tuan...tengok dah nampak sedap..
BalasPadamTapi betul kata Tuan, Lidah tak menipu rasa, kalau tak sedap, betullah tu tak sedap...jujur kan...
Betul...setuju...terlihat indah belum tentu indah juga hakikatnya..nampak menyelerakan tidak semestinya ngam dengan citarasa..
BalasPadamCantik pada keindahannya tidak semestinya cantik juga rasanya kan...nampak memang sedap...takper la..rezeki kan..
BalasPadamOk dh tahu kt mna mee udang ni. .. Nmpk menarik dgn udang dia. Tapi rasa pulak kurang mmberi ummph. .
BalasPadamHaha. Tapi tak tahulah lain tekak lain rasa kan ..
Padamnampak sedap...takpa lah yang penting dah ada pengalaman 'merasai' atleast banyak pengajaran yang kita dapat..tak cuba tak tahu...
BalasPadamBesar-besar udangnya. Mungkin stok lama dia guna. Tak fresh.
BalasPadamkebnyakkan peniaga gunakan udang lama. tak segar sbb tu la xsedap. susah nak cari kedai yg betul2 gunakan bhn fresh
BalasPadamKedai ni, saya tgk ada kolam udang di belakang kedai, guna tong hitam besar tu.
PadamUdang mungkin fresh, tapi ada beza antara udang bela dengan udang yang ditangkap nelayan kat laut/sungai.
Padammemang sedap ..memang pakar di dapur otai blog kita ni..
BalasPadamMemang nampak sedap tapi ruginya apabila rasa tak seperti yg di harapkan... :(
BalasPadamalamak terliur la pula tgk gambar.. sayang x jadi plak. takpelah praktice make perfect
BalasPadamkena komen kat kedai tu utk dia improve
BalasPadamKalau gitu nak sedap dan mahal, meh datang mee Udang tanjung tualang, Bt.Gajah. Harga pakej sama minuman RM28.00. Harga mahal tapi seddappp!
BalasPadamTak jauh dari kampung, in Sha Allah ... memang ada kawan yang buka restoran di Tg Tualang tu, tak tahu sama ia restoran yang sama atau tak. Harap tak la .. hehe
Padammee tu nampak sedap sangat...
BalasPadammakanan ibu hamil
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.