Namun begitu, masih juga terdapat penjual di Shopee yang tak tahu cara nak tingkatkan jualan, walhal tools di Shopee memang sudah tersedia untuk digunakan secara percuma!
5 Teknik Untuk Melariskan Jualan di Shopee
Sebenarnya ada pelbagai cara, teknik dan kaedah untuk melariskan jualan di Shopee. Itu sebab ramai penjual dan usahawan online yang sebelum ini menjual menerusi Facebook dan Instagram beralih ke Shopee.Saya juga dapati ada beberapa penjual di Lazada, 11Street, dan beberapa laman web shopping online lain juga membuka kedai online percuma di Shopee. Ini bukan satu kebetulan. Ada sebab mengapa ramai yang menggunakan platform Shopee untuk menjual produk.
Kalau anda perasan, CJ Wow Shop di rangkaian Media Prima pun turut ada kedai online di Shopee Malaysia.
Tarikan utama orang mula menjual di Shopee adalah kerana ia membolehkan anda menggunakan segala tools yang ada di dalam dashboard penjual (seller) Shopee secara percuma. Ia cuma perlukan sedikit pengetahuan, ilmu dan juga tindakan.
Benda dah ada, kalau tak digunakan sebaiknya, ia tidak akan jadi apa-apa. Begitulah adanya tools promosi di dalam Shopee tu.
Ada beberapa teknik percuma di Shopee yang boleh anda gunakan untuk lariskan produk anda.
Letak Gambar Sempurna dan Mengundang
Apabila anda meletakkan gambar produk di dalam Shopee, anda pasti akan nampak satu pemberitahuan oleh Shopee tentang cara bagaimana nak letakkan gambar sempurna dan mengundang pelanggan.Gambar produk yang sempurna ini mestilah berlatar-belakang kosong tanpa ada apa-apa benda lain yang membuatkan gambar produk itu tenggelam. Biasanya latar putih untuk menyerlahkan produk.
Jika anda menjual produk seperti pakaian, selain meletakkan gambar pakaian tersebut, letakkan juga model yang mengayakannya. Ia pasti akan menarik perhatian, kerana ramai pelanggan yang ingin tahu 'rupa' pakaian tersebut apabila dipakai.
Gambar kena jelas. Untuk lebih menjelaskan produk anda, letaklah banyak gambar secara lebih detail mengenai produk anda. Pelanggan tentu nak tahu gambaran produk ini selain daripada deskripsi produk yang telah anda tulis.
Boost Now
Jangan abaikan tools ini sebaik sahaja produk anda telah selesai dimuat-naik ke kedai online Shopee anda. Boost now ini akan diberikan secara percuma kepada anda setiap kali produk telah berada di dalam database produk untuk dijual di Shopee.Apabila produk anda telah dimuat-naik ke Shopee, pihak Shopee akan menyenaraikan produk anda sebagai produk terbaru di dalam web tersebut. Itu sebab saya katakan, penampilan produk anda sangat penting di saat ini.
Okey.
Boost now ini anda boleh gunakan untuk lima produk anda setiap 4 jam. Jadi, pilihlah produk terbaik anda untuk boost ini. Anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan tools ini.
Perkhidmatan Penghantaran Percuma Poslaju
Saya pasti ramai usahawan yang dah tahu mengenai program ini. Anda boleh hantar produk yang dibeli oleh pelanggan tanpa dikenakan sebarang kos oleh Poslaju selagi tidak melebihi 5kg.Jika anda mahu produk anda dilihat dan dinilai oleh para pengunjung di Shopee, gunakan servis ini sebaiknya. Apabila kedai online anda memilih untuk memasuki program Poslaju ini, secara automatik akan keluar label 'free postage' pada produk anda.
Pengunjung pastinya tertarik untuk membeli apabila sudah tahu kos penghantaran adalah percuma. Untuk memohon program ini, boleh ke link ini - https://shopee.com.my/poslaju
My Discount
Tetapkan harga produk yang ingin anda jual pada harga diskaun. Apabila harga diskaun ditetapkan, secara automatik produk anda akan ada label berwarna kuning yang menunjukkan kadar diskaun pada produk anda.Pengunjung, pelanggan dan bakal pembeli di Shopee sangat sukakan diskaun. Label diskaun tersebut pasti akan menarik minat mereka untuk singgah di kedai online Shopee anda.
My Campaign
Satu lagi tools yang sangat hebat untuk melariskan jualan produk anda di Shopee. Anda tentu dah sedia maklum yang Shopee ada banyak melakukan kempen promosi samada di media cetak mahupun media elektronik.Kempen khas seperti 11.11 dan juga jualan hari lahir Shopee 12.12 adalah antara kempen yang sering dibuat dan biasanya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ketika kempen ini berlangsung, ramai kaki shopping online akan menerjah ke Shopee.
[Baca] 5 Kelebihan Berniaga Online Menerusi Shopee
Dengan teknik-teknik yang telah dikongsikan di atas, disertakan dengan tool My Campaign serta promosi besar-besaran Shopee, pasti jualan anda akan meletup.
Aha, sekarang anda dah tahu lima teknik yang sering digunakan oleh usahawan Shopee untuk melariskan jualan. Cuba anda praktikkan teknik-teknik ini dan lihat hasilnya. Anda kena berusaha sedikit kalau nak pastikan kedai online Shopee anda dikenali dan mendapat banyak pelanggan.
Panduan Untuk Berniaga di Shopee
Jika anda mahu belajar lebih lagi selain mendapatkan tips terkini untuk menjual barang di Shopee dan cara-cara untuk melariskan jualan, saya syorkan dapatkan pakej ebook Bisnes Shopee disediakan oleh Tuan John Jenin.Berminat? Terus klik link ini - https://bit.ly/37ebOWU
Panduan ini telah bantu ramai peniaga baharu mahupun lama untuk merasai jualan secara online. Ada yang bermula niaga di Facebook dan Instagram tetapi akhirnya beralih ke Shopee. Ini adalah kerana Shopee mudah dapatkan jualan. Ia memang tempat menjual, bukan seperti FB dan Instagram yang lebih kepada untuk bersosial.
Lihat testimonial mereka yang dah dapatkan ilmu Shopee dari ebook ini. ....
Seronok kan? Alangkah bagus jika anda juga boleh membuat jualan seperti peniaga Shopee yang lain. Maka, tak tahu mana nak rujuk? Gunakanlah ebook Tuan John Jenin ini. Klik banner di bawah, dan anda akan dibawa ke ruangan untuk mendapatkan ebook ini.
Rezeki dia hebatnya ..wajib bersyukur kiranya titik peluh juga tu
ReplyDeletethanks for sharing. dah lama ada kedai di shopee tp brg x laku2.
ReplyDeleteTak laku sebb tak buat promosi kot? Kena buat strategi pemasaran juga Abam ... baru lah boleh laku .. hehe.
Deletei should try this tips...
ReplyDeletesunscreen
Yes. You should try.
DeleteBerbaloi tak beli ebook ni?
ReplyDeleteBerbaloi sbb ada group sendiri yang orang lain tak leh join suka2 ..
DeleteBerapa harga ebook tue,tuan?
ReplyDeleterm100
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.