Dalam agama pun, diharuskan untuk menjadi seorang yang berduit dan kaya raya. Kalau anda menonton drama rangkaian Mencari Qiblat di TV3 (dah tamat dah siaran), anda nampak bagaimana dengan menjadi seorang yang kaya boleh membantu orang lain, ironinya dalam drama tu, ia tak tunjukkan yang kita perlu membantu orang dengan memberikan wang ringgit.
6 Cara Untuk Menjadi Kaya
Anda tahu tak, dalam dunia ni ada 6 cara untuk menjadi kaya raya. Seorang ustaz pernah berkata kepada saya, "Kalau hang nak jadi kaya raya berduit dengan cara mudah, maka warisilah kekayaan itu"... menung saya sekejap.Errr .. nak warisi daripada siapa? Arwah ayah saya cuma seorang askar pencen. Duit pencen yang dapat dari khidmat bakti pada negara, sanggup korbankan nyawa hanya mampu menampung kehidupan seharian sahaja. Mana mungkin saya dapat mewarisi kekayaan kalau ibu bapa pun tak kaya raya.
Sekali ustaz tu sambung ... "Kahwinilah seseorang yang memang berharta dan kaya".
Ting ...
Ya, betul cakap ustaz tu. Ia memang berlaku. Ramai je yang jadi kaya-raya sebab ini. Tak kiralah anda lelaki atau perempuan. Nak kaya raya mudah, warisinya daripada mereka yang kaya raya.
Bila lihat kembali sirah Nabi Muhammad S.A.W, nabi pun berkahwin dengan Siti Khadijah a.s yang kaya-raya. Dengan perkahwinan tersebut, Rasulullah telah mengembangkan agama Islam sehingga tertubuhnya negara Islam pertama di Tanah Arab.
Jadi, apa yang ustaz tu beritahu memang betullah. Warisi kekayaan.
[Dah Baca?] Amalan Sunah Nabi Yang Jadi Faktor Kejayaan Seorang Usahawan Online
Seorang usahawan internet yang menulis ebook "Rahsia TaoBao" turut juga berkongsi cara yang sama. Aha .. seorang tauke berbangsa Cina yang dah bantu ramai usahawan buat duit dengan berniaga borong barang dari China secara online...huhu. Kalau anda nak baca ebook beliau, boleh terus ke sini - Panduan Rahsia Taobao.
Okey.
Jom kita lihat beberapa cara lain lagi untuk menjadi kaya raya.
#1 Mewarisi Kekayaan
Seperti di awal saya cerita, mewarisi kekayaan adalah antara cara untuk menjadi kaya raya dengan mudah, lebih-lebih lagi kalau keluarga memang berasal dari keluarga kaya raya.
Tapi satu je masalah bila menjadi kaya dengan cara ini.... ia takkan kekal lama kalau tak tahu cara nak manage kekayaan yang ada. Lagi haru, bila tak tahu nak gunakan kekayaan yang ada itu untuk menjadi lebih kaya atau paling tidak mengekalkan kekayaan yang telah diwarisi.
Ramai anak-anak orang kaya yang akhirnya tersungkur .. tak tahu cara nak dapatkan duit dan berdikari kerana selama ini, duit mudah dapat kerana keluarga kaya raya. Inilah bahaya besar kalau kekayaan itu datangnya daripada diwarisi. Silap-silap generasi seterusnya boleh jadi papa kedana.
Kena bijak urus kekayaan yang dah diwarisi ini.
#2 Mengahwini Kekayaan
Dalam drama kat TV banyak kisah macam ni. Aha, nak jadi kaya cepat, nikahi dan kahwini orang yang memang dah kaya raya. Anda mengahwini kekayaan orang tersebut, bukannya individu itu sebenarnya.Anak dara yang gilakan harta kekayaan, akan mencari samada suami orang, duda yang memang ada duit untuk dijadikan pasangan hidup. Mereka mahu hidup mewah dengan cara segera. Mereka cuma mahukan duit yang dimiliki oleh pasangan.
Hakikatnya, apabila anda mengahwini kekayaan, mereka sebenarnya telah ‘menjualkan’ sesuatu untuk memperoleh kekayaan tersebut – harga diri dan kebebasan.
Biasanya mereka yang berkahwin dengan orang kaya bukan sebab dia baik, bukan sebab sayang, tapi lebih kepada sebab kekayaan yang dimiliki. Jadi, wujudlah istilah telah ‘menjual’ cinta untuk wang dan harta.
Bila dah mengahwini kekayaan ini, nak tak nak .. hidup jadi terkongkong kerana tidak mahu kehilangan kekayaan ini. Kena ikut ke mana sahaja kekayaan ini pergi. Kena ikut cakap. Hidup jadi tak bebas. Kalau tak ... mungkin diceraikan lalu hilanglah kekayaan yang telah dinikahi.
Berbaloi tak?
#3 Guna Nasib
Saya pernah lihat seseorang yang jadi Orang Kaya Baharu (OKB) dalam sekelip mata hasil nasib. Nasib menang judi .. hahahaha ... uhh ramai oo percaya dengan cara begini untuk menjadi kaya. Tak payah susah nak berusaha, gunakan nasib je untuk peroleh kekayaan.Tu yang ramai pergi kedai nombor ekor, kedai TOTO, Magnum 4D. Pergi naik Genting Highlands setiap minggu. Aduhai.
Bila gunakan nasib ni, maka mulalah buat benda kurafat. Allahu Akbar. Baik dijauhkan cara jadi kaya dengan gunakan nasib ni.
Percayalah, tak berkat langsung. Sekejap je duit yang dapat hasil nasib ini diperhabiskan. Paling haru, dihabiskan untuk tujuan yang sama ... apakes ...
Ingat ye, judi nasib adalah haram di sisi agama. Mana-mana agama pun tak galakkan anda untuk berjudi. Sebab dengan berjudi, anda sebenarnya sedang memperjudikan kebahagian anda secara kekal.
#4 Kerja Keras
Kerja keras boleh menbawa kekayaan. Ini memang pasti. Bangun pagi, kerja sampai malam, overtime, gaji lebih tinggi.Tapi masalah dengan kerja keras sahaja ini adalah… anda hanya ada 24 jam sehari. dalam 24 jam ni kena bahagi 3 lagi – 8 jam pertama untuk tidur, 8 jam kedua untuk pengurusan diri (makan, mandi, solat, ulang-alik), tinggal dalam 8 jam lagi untuk kerja.
Nampak isunya di sini? walaupun kalau anda sanggup kerja keras, anda masih tak cukup masa untuk menjadi kaya.
Pernah perasan kenapa doktor, peguam, doktor gigi, pilot, orang-orang oil and gas (yang gaji gaji besar tu) tak masuk senarai jutawan top 10 Malaysia? Sebabnya mereka hanya mampu ‘kerja keras’, dan tak ada ‘leverage’. Doktor hanya mampu jumpa 1 pesakit sekali. Doktor gigi tak boleh rawat 2 pesakit sekali jalan…
Jadi nak jadi kaya dengan mengharapkan kerja keras sahaja tak jadi. Kena kerja dengan cerdik (work hard, work smart).
#5 Melakukan Jenayah
Ini realiti. Memang boleh kaya raya dengan menjual barang terlarang macam Dadah, jual orang, jual barang seludup. Dalam TV, boleh dikatakan setiap bulan, ada je pihak polis tayang duit bersusun-susun hasil jenayah ni. Bukan sedikit ... juta-juta tu.Memang senang buat duit dan jadi kaya dengan melakukan jenayah, tetapi sanggupkah anda hasil kerja jadi kaya begini dilaknat Tuhan? Nak hidup bahagia? Jangan buat kerja gila melakukan jenayah semata-mata nak menjadi kaya.
Ada cara yang lebih baik, lebih afdal, lebih diberkati dan paling penting boleh mendatangkan bahagia dunia dan akhirat.
Tak tidur tenang ooo kalau kaya raya hasil melakukan jenayah ni. Percayalah .. huhu.
#6 Jadilah Usahawan
Berniagalah. Jadilah seorang usahawan. Zaman sekarang dah ada banyak peluang mudah untuk anda berniaga. Anda boleh berniaga walaupun anda tak ada kedai. Anda boleh mula berniaga walaupun tak ada produk sendiri. Anda boleh berniaga walaupun modal anda hanya RM100!Niaga paling senang dapat sambutan ialah berniaga untuk menyelesaikan masalah orang lain. Anda kenal-pasti masalah yang dihadapi oleh orang lain, dan anda berikan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Orang nak smartphone murah, anda berniaga dan juallah smartphone yang betul-betul murah - jangan jual barang seludup pulak ye ...
[Dah Baca?] Borong Barang dari China Secara Online, Jual di Shopee Kaut Untung Besar
Anda jual solusi.
Anda bukan sahaja akan jadi kaya raya, tetapi pada masa yang sama membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka. Mereka gembira, anda gembira.
Samada sedar atau tidak, anda menyumbang kepada pembangunan manusia (dengan membantu menyelesaikan masalah kehidupan manusia). Tuhan sangat suka orang yang membantu orang lain. Tak kah itu nanti akan membawa keberkatan kepada kehidupan anda?
Pokok pangkalnya, dengan menjadi seorang usahawan ....
- Anda tak perlu bergantung kepada nasib, anda hanya fokus kepada usaha marketing anda.
- Anda tak perlu menjual harga diri dan kebebasan anda, anda boleh je buat bisnes, dan berkahwin dengan orang yang anda cinta.
- Anda tak perlu risau tak dapat tidur malam, sebab anda menawarkan penyelesaian yang baik kepada masalah. Orang yang beli produk anda sangat berterima kasih dengan usaha anda, sampai mereka sanggup bayar anda untuk mendapatkan produk/khidmat anda.
- Anda tak perlu risau tak cukup masa, kerana anda boleh membina bisnes yang boleh bantu anda menjual 24/7 walaupun ketika anda sedang tidur! Lagi-lagi menerusi bisnes secara online ni.
[Dah Tahu?] Rahsia Usahawan Shopee Buat Jualan 5 Angka
Saya memilih cara ke-6. Ianya memang terbukti lebih baik, lebih aman, dan paling penting ia menggembirakan saya dan keluarga saya. Malah, dengan membuat bisnes dan menjadi seorang usahawan, saya ada lebih masa untuk keluarga saya, saya boleh pergi bercuti dan makan makanan yang sedap-sedap.
Sekarang memang cukup mudah nak berniaga ni. Anda boleh berniaga online di lama sosial seperti FB dan Instagram, boleh buka kedai online percuma di Shopee, di Lazada .. malah anda boleh bina website untuk bisnes dengan cepat menerusi EasyStore dan beberapa platform lain.
Semua ini dah ada. Anda gunakan sahaja untuk memastikan anda menjadi usahawan berjaya. Ada banyak tools marketing yang boleh anda gunakan.
Macam saya.
Saya berniaga khidmat saya menerusi blog. Saya jual produk orang lain menerusi blog dan juga media sosial milik saya. Alhamdulillah, walaupun saya tak jadi 10 orang terkaya .. tetapi saya gembira, cara saya menjadi usahawan telah bantu ramai orang lain.
Paling penting, rezeki dari menjadi seorang usahawan diberkati, halal dan tidak menyalahi undang-undang. Tidur pun lena je, in Sha Allah.
hmm,tapi menjadi usahawan bukan mudah,banyak keperitannya
BalasPadammemang pasang niat nak kahwin dengan orang kaya tapi calon tak muncul2 lagi :P
BalasPadam������
PadamTahniah income naik dalam blog ya HH..kawin dengan jutawan..kena terima kah jika kita tak setaraf..hehehe gurau ja ya
BalasPadamkawin dgn org kaya x semestinya bahagia kan
BalasPadamYa betul.
PadamPilihan saya jadilah usahawan, kaya dengan cara yang indah dan terus berusaha!
BalasPadambetul. peluang sekarang dah semakin banyak .. tak macam dulu. Jadi rugilah kalau tak gunakan untuk amal sunnah nabi ini.
PadamKalau aku kaya gara-gara banyak diguna oleh orang..orangnya sudah jadi billion trillion aku masih ratus-ratus..entah bila aku ada rumah kereta kebun dan padang..
BalasPadamKita nak bahagia kan?.. tak semestinya kena jadi kaya saja boleh bahagia..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.