Musim durian tiba lagi. Kali ini, kami berpeluang merasa makan buah-buah durian segar dari Taiping. Alhamdulillah, rezeki makan durian tahun ni memang banyak. Kalau anda baca blog ini sedari awal tahun ini (2018), tentu dah tahu saya dan keluarga murah rezeki dapat makan buah durian dari pelbagai tempat.

Yang bestnya ialah, kami dapat makan buah durian dengan harga murah. Durian kampung? Durian kacuk? Durian import? Alhamdulillah, rezeki. Tahun ni, memang banyak tempat yang luruhkan Raja Buah ini.

Rezeki Dapat Makan Buah Durian Akhir Musim 2018

Musim durian akhir tahun di Taiping
Baru-baru ini, kami dapat merasa lagi makan buah durian. Musim buah durian baru bermula balik di sekitar Taiping. Buah lain seperti rambutan dan manggis pun dah mula muncul kembali.

Jika anda sedar, awal tahun 2018 pun dah ada musim buah durian, rambutan dan manggis ni. Memang banyak. Siapa yang ada dusun di kampung memang syok dan meriah dapat makan buah durian yang segar.

Tempat Buah Durian di Perak dan Penang

Kalau di Perak, antara tempat nak mendapatkan buah durian segar adalah di Batu Kurau, Taiping. Tempat lain macam di Kuala Kangsar, Bota, Kg Gajah dan juga sekitar Grik pun ada banyak buah durian. Nak merasa makan buah durian hutan, boleh cari di Selama, Perak.

Di Penang, durian Balik Pulau memang tidak asing lagi .. macam-macam jenis dan gred buah durian boleh jumpa. Hari tu, kami dapat makan kat dusun buah durian di Simpang Ampat, Penang. Saya ada cerita pasal tempat makan ni yang memang syokkkkk habis .. :)

[Dah Baca?] Durian Farm Stay - Tempat Makan Durian Dalam Dusun yang Best di Bandar Baharu, Kedah

Rezeki akhir tahun 2018, kebetulan adik ipar saya berkenalan dengan tauke dusun durian. Sekali satu bonet kereta diberikan kepada adik ipar saya tu .. jadi, dapatlah kami merasa makan buah durian kampung dari Taiping.

Durian segar... memang best dapat makan. Tak kiralah dari gred apa pun.

Meh saya belanja gambar-gambar makan durian kami .. keh keh keh ..
Musim durian akhir tahun di Taiping
Musim durian akhir tahun di Taiping
Musim durian akhir tahun di Taiping


Musim durian akhir tahun di Taiping
Kami beramai-ramai makan di sebuah kedai makan di tepi jalan. Masa ni, saya dan famili sedang bercuti di Damai Laut, Teluk Senangin berdekatan Lumut. Kami ajak ipar saya dok Taiping untuk datang sekali 'bertandang' .. jadi, dapatlah kami semua makan buah durian sama-sama .. kongsi rezeki gitu.

Bila menumpang makan di kedai makan orang, kami sedekahkan sedikit buah durian yang ada tu. Nanti apa pula kata tuan punya kedai .. ye tak?

Di tempat anda, ada musim durian akhir tahun tak?





3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sedapnya ni. .. Saya sempat merasa durian kt perak. . Tapi tu pon kt rnr bukit gantang. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal kan kat situ? saya tak pernah beli lagi kalau jual kat Rnr ni

      Delete
  2. wah.. terkenangkan makan durian dekat semananjung.. memang murah.. kalau beli harga RM10 boleh kennyang sekeluarga. tapi durian sebelah Sabah mahal.. siap main timbang lagi haha..

    http://mdekmal.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement