Kecoh pasal duit hilang dari akaun CIMB sehingga memaksa bank CIMB mengeluarkan kenyataan berkaitan ciri-ciri keselamatan yang terbaru di CIMBClicks. Ia bukan isu baharu, tetapi dah lama. Ia soal keselamatan akaun online yang sepatutnya pengguna ambil berat dan peduli sejak dahulu.

Dari apa yang saya lihat, ramai pengguna internet jarang nak kemaskini kata laluan (password) mereka. Mereka kurang prihatin dalam soal menjaga keselamatan data online ini sehinggalah sesuatu berlaku ke atas mereka.

Pengguna Perlu Prihatin Soal Keselamatan Data Online

cara elak data online kena curi
Sebelum ini, saya pernah mencadangkan bagaimana nak hasilkan password yang kuat agar sukar diceroboh. Anda boleh baca di sini - Tips Buat Password Yang Sukar Diceroboh Tetapi Mudah Diingati

Password perlu kerap ditukar bukan hanya untuk urusan jual-beli melibatkan transaksi perbankkan ini, tetapi juga akaun online lain seperti email, laman web shopping online dan laman-laman web yang ada menyimpan butiran peribadi seperti juga laman sosial - facebook, instagram dan lain-lain.

Isu keselamatan online ini adalah isu berat yang sering diperkatakan, dibincangkan malah dah banyak jalan penyelesaian disediakan dan dicipta.

Jangan Sampai Penggodam Ingatkan Anda

cara elak data online kena curi
Malah, mereka yang dikatakan sebagai penggodam internet juga dah berikan banyak situasi di mana data peribadi termasuk data kewangan mudah untuk diceroboh andai pengguna tidak prihatin dan proaktif dalam soal ini. Mereka juga turut berikan penyelesaian umum bagi memastikan akaun pengguna selamat sentiasa dan tidak mudah digodam.

Ramai yang akan persalahkan penggodam kerana menggodam akaun online mereka tetapi kalau ikutkan tanggungjawab menjaga akaun-akaun ini adalah terletak pada pengguna itu sendiri.

Mungkin kerana kejadian penggodaman ini berlaku dalam skala kecil dan tidak terkena batang hidung sendiri, maka ramai yang remeh temehkan soal keselamatan online seperti menukar password mahupun menyediakan nombor telefon untuk recover akaun online.


Sejarah Hacking Dah Lama ..

Kejadian godaman pertama (hacking) yang pertama disebut dalam sejarah adalah kejadian yang berlaku kepada syarikat Bell Telephone pada tahun 1878. Ia lebih kepada penggodaman secara fizikal dan bersifat tidak membahayakan.

Zaman berubah, teknologi juga berkembang.

Munculnya internet telah menyebabkan sejarah penggodaman juga turut berevolusi. Dari penggodaman secara fizikal menjadi kepada penggodaman bersifat virtual.

Sejarah penggodaman (hacking) memang panjang. Kalau saya nak cerita memang tak mampulah. Anda yang berminat boleh membacanya secara sekali lalu di sini - https://encyclopedia.kaspersky.com/knowledge/a-brief-history-of-hacking/
cara elak data online kena curi


Tips Elak Penggodam Mudah Akses Akaun Online

Kita boleh mengelak kejadian seperti yang telah berlaku pada pengguna-pengguna CIMBClicks yang mendakwa akaun mereka diceroboh dan wang mereka telah 'hilang' tanpa pengetahuan mereka. Isunya adalah keselamatan. Pengguna perlu titik-beratkan soal ini kalau mahu semua data online terpelihara dan tidak diceroboh dengan mudah sesuka hati oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ambil perhatian mengenai cara nak kemaskini kata laluan anda:

  • Cipta kata laluan yang terdiri dari aksara huruf besar dan kecil + nombor + simbol
  • Jika ada ingatan kata laluan atau passcode, gunakan sesuatu yang tidak terlalu menonjol memberikan hint terlalu jelas kepada kata laluan anda, contohnya kalau password anda "Noki@3310", jangan pula letakkan passcode sebagai "Nokia 3310"
  • Pastikan anda sentiasa kemaskini nombor telefon anda yang terkini. Ada kemungkinan akaun online anda termasuk akaun bank anda boleh diakses gunakan telefon lama anda yang sudah tidak digunakan.

Sila prihatin soal keselamatan data online milik anda ini. Jangan sesekali berkongsi dengan orang lain yang tidak anda kenali. Sentiasa alert mengenai setiap sms atau email yang dihantar oleh pihak bank mengenai sebarang transaksi online - jangan abaikan. Simpan dan jangan buang untuk rujukan.

Oh ya, sebelum terlupa .. pastikan software yang anda gunakan di komputer dan laptop adalah perisian yang sah. Perisian antivirus juga perlu kerap dikemaskini termasuklah di smartphone anda.

Semoga sama-sama dapat manfaat dan berhati-hati agar tidak jadi mangsa kerana sikap kita yang tidak ambil peduli soal keselamatan online.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Risaunya la perkara macam ni berlaku.

    BalasPadam
  2. simpati pd yg hilang duit dlm akaun tu.. sekelip mata abis duit gaji

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement