Percutian hujung minggu ke Cameron Highlands, Pahang. Seminggu sebelum bermulanya cuti persekolahan rasmi akhir tahun 2018, kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Cameron Highlands. Percutian kali ini, kami bawa sekali keluarga pengasuh si Amri dan Najmi... memandangkan mereka tak pernah merasa percutian ke kawasan tanah tinggi ini.

Percutian di Cameron Highlands memang dirancang untuk bawa sekali keluarga angkat Amri/Najmi sebab mereka dah lama tak pergi bercuti ke tempat peranginan. Kalau kami beri mereka cuti pun, biasanya akan ke rumah anak mereka di Tanjung Malim, Perak.

Percutian ke Cameron Highlands Bersama Keluarga Angkat Sebelum Cuti Sekolah Akhir Tahun

Percutian Cameron Highlands Sebelum Cuti Sekolah
Dalam kesempatan peperiksaan akhir tahun anak-anak yang dah tamat, maka saya dan isteri ambil keputusan untuk ke Cameron Highlands. Lagipun, Amri dah lama kata nak bercuti ke sini.

Banyak kali rancang, tapi tak ada masa yang sesuai. Lalu saya dan isteri sepakat nak bawa satu keluarga bercuti sebelum tibanya cuti rasmi persekolahan akhir tahun. Percutian ke Cameron Highlands ni kami buat pada 27 - 28 Oktober 2018.

Memang excited semua.

Isteri saya telah membuat tempahan hotel penginapan di pekan Brinchang. Sebuah hotel bajet yang cukup selesa untuk dua buah keluarga. Tempahan dibuat menerusi Agoda.

Sejak Traveloka dah tak berikan diskaun yang best, kami dah beralih untuk menempah hotel online menerusi Agoda. Nyata, Agoda ada kelebihan tersendiri untuk mendapatkan harga hotel yang sesuai dengan bajet kami.

Trylah tengok tawaran menarik di Agoda di sini - Hotel Bajet Harga Diskaun di AGODA

Perjalanan dari Penang ke Cameron Highlands memang memenatkan, apatah lagi kalau bawa satu famili ni... macam-macam kerenah. Tapi, alhamdulillah .. bila dah sampai ke kawasan Cameron Highlands ni, semua tu jadi hilang.

Green View Garden - Destinasi Pertama Percutian Cameron Highlands

Tempat pertama kami singgah pastinya Green View Garden, Cameron Highlands.
Percutian Cameron Highlands Sebelum Cuti Sekolah
Setiap kali kami ke Cameron Highlands, tak sah kalau tak singgah ke sini sebaik sahaja sampai ..bukan apa, inilah tempat paling best dan selesa untuk 'tunaikan hajat' setelah berjam-jam dalam kereta.

Air sejuk. Tempat pun selesa untuk persinggahan.

Green View Garden. Tak rugi kalau singgah. Ia ada beberapa sudut menarik kalau anda gemar berselfie dan ambil gambar kenang-kenangan.

Kat sini ada taman kecil, dan juga ada zoo mini. Jadi, sambil anda lepaskan lelah setelah lama memandu, bolehlah biarkan anak-anak atau ahli keluarga yang lain melihat dan bermain dengan haiwan kecil seperti arnab di sini.

Lagipun, bukannya kena bayaran pun.

Meh saya belanja beberapa gambar semasa saya sekeluarga berada di Green View Garden ni.
Percutian Cameron Highlands Sebelum Cuti Sekolah
Percutian Cameron Highlands Sebelum Cuti Sekolah
Green View Garden, Cameron Highlands
Green View Garden, Cameron Highlands
Jadi, kalau dari arah Simpang Pulai, eloklah singgah sini dahulu. Boleh rehat, minum-minum dan jamu selera di sini walaupun tak adalah macam restoran mewah yang ada air-cond .. hehehe...

Green View Garden ada dekorasi unik menarik yang mungkin patut anda tengok. :) lebih-lebih lagi kalau anda seorang yang cintakan alam sekitar dan mahu mencari idea kitar semula bahan lama untuk hiasan dalam taman.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. moga di murahkan rezeki selalu siap bawa pengasuh anak2 lg tu.

    BalasPadam
  2. Eh! LeYa tak perasan pulak Green View Garden ni. Walhal byk kali jugak dah ke Cameron. Ok.. Nanti pergu kene singgah and tgk ni..hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement