Kalau ikutkan apa yang difikirkan dalam kepala, memang tak susah pun nak buat resume ni. Dalam Microsoft Word tu pun dah ada template tersendiri untuk menghasilkan satu resume kerja yang bagus. Tetapi, itulah .. dah buat ... dah hantar, tak ada pula yang sangkut.
Rahsia Resume Kerja
Masalah utama dalam penulisan resume ialah menghasilkan satu resume yang mantap dan menarik, sesuai dengan perjawatan yang diminta selain menepati objektif serta misi syarikat majikan.Ramai lepasan IPT, lepasan kolej yang gagal hasilkan satu resume yang mampu memikat majikan. Mereka hanya bersandarkan kepada template resume biasa-biasa yang tersedia di internet atau menerusi carian Google. Walhal, resume-resume tersebut adalah template yang dah agak lapuk dan tidak seiring dengan keperluan majikan sekarang.
Resume bukan sekadar memberitahu majikan berkaitan butir diri dan kelayakkan akademik. Ia lebih daripada itu. Ramai yang menulis resume secara rambang dan rawak, bukan bersifat spesifik dengan jawatan atau kerja yang dipohon.
Akibatnya, majikan awal-awal lagi tong-sampahkan resume yang dihantar calon. Uhh sia-sia buat resume sampai berhelai-helai, dengan duit setem segala bagai.
Walaupun ada syarikat yang menyediakan platform online untuk mengisi butiran calon yang seakan satu resume, namun .. pasti ada satu ruangan di dalam permohonan kerja tersebut yang memerlukan calon meletakkan 'kelebihan diri' selain 'kenapa perlu memilih anda' dalam ruangan tersebut.
Sekali lagi, inilah yang menjadikan aspek penting bagaimana calon tersebut ditolak mentah-mentah oleh majikan.
Saya ada sedikit pengalaman dalam menemubual calon-calon pencari kerja semasa bertugas di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal.
Apa yang saya dapati, perkara yang terkandung di dalam resume tak seiring dengan apa yang disebutkan ketika temuduga.
Contohnya, di dalam resume tertulis mempunyai kemahiran dalam Microsoft Excel tetapi bila saya minta untuk terangkan fungsi 'calculate' dalam Excel .. mereka gagal untuk memberikan jawapan yang saya inginkan.
Jadi, jangan main-main dengan apa yang ditulis di dalam resume. Setiap patah perkataan, ayat yang tertera di dalam tu, akan ditanya kelak seandainya dipanggil temuduga. Nak impress majikan dengan resume hebat, jangan sampai memerangkap diri.
Jadi, bagaimana cara nak hasilkan satu resume yang betul, lengkap dan memikat pihak majikan?
[+] Gunakan panduan ini - http://jvsecurepay.com/affiliates/resume/2624
Ia merupakan panduan yang merungkaikan teknik serta rahsia dalam menghasilkan sebuah resume yang bagus, paling penting menepati kehendak majikan yang menawarkan kerja yang dipohon.
Panduan tersebut telah disediakan oleh Tim Infokerjaya, yang selama ini mempunyai reputasi cukup baik dalam membantu para lepasan siswazah, lepasan ijazah dan diploma untuk mendapatkan kerja terutama di sektor awam.
Tim Infokerjaya telah menerbitkan banyak ebook panduan kerjaya antaranya Rahsia Resume Kerja, Rujukan Ujian Psikometrik, serta Panduan Temuduga Kerja Kerajaan.
Kalau anda dalam permasalahan dalam mengetahui cara terbaik untuk hasilkan sebuah resume yang lengkap dan memikat majikan, terus ke link ini - http://jvsecurepay.com/affiliates/resume/2624
Semoga anda berjaya dalam pencarian kerjaya idaman anda.
Rabia pun baru tahu yg resume ni ada template nya..Dulu rabia tulis resume dekat word je.Tapi alhamdulillah dapat jugak kerja sebagai assistant teacher and baby sitter.
ReplyDeleteKan... Sy pun camtu gak dulu, tp lepas tu dpt.template resume dr member yg dh dpt kerja
Deletethank you for sharing
ReplyDeletebagus panduan ni utk fresh grad yg sedang mencari kerja
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.