Memang ada banyak 'jenama' Yong Tau Fu Taiping diperkenalkan. Yang membezakannya ialah dari segi kuah. Bahan-bahan mentah lain sama je, lebih kurang.
Lokasi Menjamu Yong Tau Fu Taiping Original
Kalau nak yang real, original Yong Tau Fu Taiping .. aha, kenalah pergi ke bandar Taiping tu. Ada satu tempat di Taiping yang boleh anda jumpa pelbagai jenis 'jenama' Yong Tau Fu ini, iaitu di medan makan sebelah Balai Bomba Taiping.Ia sebuah medan makan terbuka, yang dipenuhkan oleh penjual makanan Melayu, Cina dan India di satu tempat. Jadi, kalau datang ke Taiping, susah sangat nak cari tempat makan, bolehlah ke medan makan ini bersebelahan dengan Balai Bomba.
Kat situlah boleh jumpa Yong Tau Fu ni. Macam-macam ada. Semua akui menu mereka best dan sedap. Namun, lain tekak lain rasa .. ye tak?
Kalau saya makan di situ untuk merasa Yong Tau Fu, saya biasanya akan pilih lebih dari satu kedai. Jadi, akan dapat dua jenis kuah. Bahan-bahan mentah tu, pandai-pandailah pilih yang mana berkenan.
In Sha Allah, semua halal.
Di sini ada aneka pilihan boleh anda pilih.
Ada tempat lain juga yang jual Yong Tau Fu, tapi tak semeriah medan makan sebelah balai bomba ni. Kalau cuti umum atau hujung minggu memang cukup meriah dengan pelanggan yang nak menjamu selera Yong Tau Fu.
[Dah Baca?] Lokasi Nak Borong Buah Jambu Batu Murah Berdekatan Taiping
Bagi saya, Yong Tau Fu yang sedap mestilah ada kuah yang manis-manis pedas... yang boleh buatkan dahi berpeluh.. hehe. Anda? Ada pilihan sendiri untuk menu Yong Tau Fu anda ke?
Pernah makan di lokasi saya sebutkan ni?
Asalam HH seronok makan bersama anak2 tersayang kan
ReplyDeleteSaya dh smpai bulan lepas. .Memang sedap. . Byk kedai kt situ. .Saya pilih kedai sebelah gambar ais kacang byk2 tu. .
ReplyDeleteNk balik siap tapau kuah yong tau fu yang depa jual.
Kuah tu yang penting ... mana-mana kedai jual bahan lebih kurang sama je, mungkin harga lain skit kot - ni kena check. :)
Deletefeberet ni...tapi area sini ada sup skali. susah nk cari yg btul2 sedap
ReplyDeletefuh lama dah tak jjcm ke sana. kecur air liur. huhu...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.