Kalau anda ke MARDI Cameron Highlands, jangan lupa untuk masuk ke dalam Taman Rama-Rama ini. Walaupun ia tidak seperti taman rama-rama lain di Cameron Highlands, tetapi ia cukup memadai untuk tujuan pembelajaran anak-anak kecil yang ingin tahu mengenai serangga cantik ini.
Taman Rama-Rama MARDI Agroteknologi Cameron Highlands
Lokasi Taman Rama-Rama Mardi ini memang agak terselidung sedikit. Anda perlu masuk sehingga ke kilang teh dalam MARDI untuk tahu lokasi tepat taman ini.Sebelum ini, taman rama-rama ini memang banyak rama-rama. Mungkin disebabkan banyak yang mati, dan tidak membiak ... jadi, jumlah serangga ini jelas nampak berkurangan.
Pun begitu, ia masih lagi ada .. dan berterbangan bebas di dalam kawasan bertutup. Jika anda suka bergambar dengan serangga yang mempunyai kepak yang cantik ini, bolehlah masuk ke dalam taman rama-rama ini.
Ada pelbagai jenis rama-rama di dalam Taman Rama-Rama Agroteknologi MARDI ini. Setengahnya itu adalah dari spesies yang memang rare dan hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.
Tapi itulah, kalau dah masuk ke dalam Taman Agroteknologi MARDI ni, elok pergi ke semua lokasi menarik di dalamnya termasuklah Taman Rama-Rama MARDI ini... huhu .. dah bayar kot harga tiket masuk ... :)
Post ini merupakan sambungan kepada kisah saya dan keluarga membawa keluarga angkat Amri dan Najmi bercuti ke Cameron Highlands. In Sha Allah, ada lagi cerita pasal Cameron Highlands ni, terutama pasal satu tempat baharu di Kea Farm yang best untuk bergambar.
Jangan lupa follow Instagram saya ye .. :) Ada banyak gambar di sana boleh anda lihat.
Tahun lepas sy pergi dalam bulan 11 sy pong ada singgah dekat sini.. dekat taman rama-rama tu mula-mula macam tak banyak rama-ramanya tapi bila goncang daun2 dekat pokok keluar semua rama-rama tu rupanya rama2 menyorok he he he
BalasPadamOhh ye ke? Hmmm saya tak buat dan tak terfikir lak.
PadamBetul gak tu ...
wah bestnya. mama tak pernah sampai lagi ke sini
BalasPadamErrr .. tak pernah? Cameron Highlands mesti pernah pergi kan? Tempat peranginan popular untuk semua .. anak2 sekolah mesti ke sini kalau ada rombongan .. :)
PadamCantik gambar rama-rama. Close up shot. Bagus!
BalasPadamOh terima kasih tuan, guna kamera smartphone je.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.